Thursday, April 21, 2011

Mood baru...semangat baru...

Finally otak macam dah jadi super clear lepas habiskan masa hampir seminggu kat kampung. Seminggu duduk kat rumah, seminggu tak update blog, seminggu tak layan facebook, seminggu makan ikut nafsu. seminggu jugak saye langsung tak baca buku. Ohhhh tidak T________________T padahal final exam saye minggu depan.


Gambar kat atas tu tak ada kena mengena dengan entry ni langsung, tapi saja gatal siku nak letak gambar tu, manalah tahu ada yang rindu kan...*hak tuiiiihhh!!!

Bila duduk kat rumah sendiri memang syok habis, celik mata makan pastu pejam mata, celik lagi makan lagi. Petang-petang boleh ronda-ronda kampung, tak payah pakai helmet. Tengok kambing makan rumput, lepas tu tunggu lembu lintas jalan. Nasib baik tak ada gajah dengan tapir je. *sila bayangkan ikut imiginasi sendiri

Ok kampung saye memang best...tak dapat dinafikan lagi. Hidup orang kampung!!!!



p/s : Cukup-cukuplah saye mengarut hari ni, nak simpan energy sikit...lepas ni nak kena study..carry marks kali ini kurang membantu.





~sehingga ke next entry

2 comments:

nur anis said...

rindunya nak balik kampung..best kan duduk kampung..

farahAzreenHJAhmad said...

@nur, yuppp best sgt