Saturday, March 26, 2011

Sebelum naik kenderaan apa yang patut kita buat ye???

Lisa :  "Awak nak gerak dah ye..take care, drive safe.."
Farid :  "Ok, saye bawak slow je..."
Lisa :  "Jangan lupa mengucap dulu..eh baca doa naik kenderaan sekali tau.."
Farid :  "Hahaha macam nak pergi berperang pulak, yelah..yelah.."
Lisa :  "Jangan yelah je...cuba baca sikit, saye nak dengar..."
Farid :  "gulp...*telan air liur sebab tak tahu baca doa naik kenderaan..."

~sekadar cerita hiasan~

Sebenarnya saye pun tak hafal doa ni, kalau naik bas pergi kelas tu, saye duk ralit menyembang dengan kawan, tak pun layan lagu-lagu kat SINAR FM yang pakcik bas duk pasang, so memang tak ingat pun nak baca doa naik kenderaan.

Kalau nak bonceng motor dengan kawan-kawan tu, macam ada la kesedaran nak baca bismillah kan...sebab motor ni safety dia macam kurang sikit, jadi kita akan beringat lebih.

So hari ni saye nak share doa ni dengan korang semua...at least ada gak input berguna dalam blog ni kan...Yelah selama ni asyik merapu meraban je..kan kan *ahh kau angguk siap kau!!


DOA NAIK KENDERAAN



Mari baca bersama-sama SUBHANALLAZI SAHKHARALANA HAZA WAMA KUNNA LAHU MUQRININ. WAINNA~ ILA RABBINA LAMUN QALIBUN.

Maksunya :
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!



Let's have a safe drive..vrooommm...vrooommmm...even u're using "basikal tua"


p/s : malam ni hari bumi, jom kita padam lampu kat rumah selama 1 jam. Ohh yang bawak motor atau kereta plizzz dong, jangan padamkan lampu kenderaan anda sekali.





~sehingga ke next entry


(kredit kat someone tu sebab dia buat permintaan untuk update pasal doa ni =)

2 comments:

apik pehe said...

hahaha..pandai ker naik beskal?

jap2..apik tgh cari suis utama lampu kt ump ni..malam ni nk tutup semua

farahAzreenHJAhmad said...

apik, amboi smpai nak tutp sume lampu..mmg gila kuasa u ni kan hahahah