Saturday, March 26, 2011

Eh, ada kura-kura di sebalik batu


Saye ni bukanlah seorang peminat kura-kura, malah saye tak pernah pun cakap "kura-kura..nak sain...."

Tapi....

Entah kenapa sejak cik kupu-kupu bela dua ekor kura-kura yang nama dia UPIN dengan IPIN ni, saye jadi suka nak spend time dengan kura-kura beliau.
Ni kura-kura beliau, UPIN dengan IPIN. Sekali pandang comel, lama-lama pandang macam CICAKman pun ada rupa sekor-sekor. Hahahaha tapi macam mana kitaorang kutuk pun, cik kupu-kupu tetap dengan pendirian beliau yang kura-kura beliau adalah kura-kura terhansome di dunia.

Hobi saye sekarang adalah angkat kura-kura ni dengan daun kelapa plastik yang memang provided dalam rumah kura-kura tu. Nak angkat guna tangan saye geeeliiiiii hahahaha. Jadi gunakan je kemudahan yang ada.

Cita-cita saye sekarang pulak, teringin nak tengok kura-kura berenang dalam COKE, macam manakah rupanya nanti ye??? Mesti sambil menyelam dia minum air hahahaha. Pssstttt jangan bagitau cik kupu-kupu ye.

Setakat ni pencapaian tertinggi kura-kura beliau adalah lari rumah. Baik IPIN mahupun UPIN dua-dua tak boleh harap, pantang kasi can, mesti buat cubaan lari rumah. Lepas tu buat cubaan bunuh diri iaitu terjun daripada RAK BUKU TIGA TINGKAT. Kan tinggi tu.

Jadi saye cakap kat cik kupu-kupu "kau kena kasi diorang ni pengajaran.." 

Jadi pengajaran untuk salah seekor daripada mereka adalah... mempamerkan rupa sebenar IPIN tanpa makeUP hahahahaha. Sila belajar daripada kesilapan. (kau patut rasa bersyukur sebab saye snap muka kau pakai kamera phone yang cikai..hasilnya gambar jadi blur nak mamp )

p/s : kura oh kura kenapa engkau hijau..macam mana aku tak hijau...err....





~sehingga ke next entry

2 comments:

apik pehe said...

peminat kura2 ek..hehehe..nk sekor

farahAzreenHJAhmad said...

apik, hik3 nak sekor??? g beli kat pet shop :)