Wednesday, March 30, 2011

This is just a short entry...errr actually not too short la

Aktiviti saye sekarang adalah buka laman web giant.com.my, carrefour.com, tesco, jusco, mydin, cold storage....dot com. Nak update blog pun tak boleh lama-lama sebab hantu Giant, hantu Tesco semua tengah tunggu.

Adakah ini aktiviti seorang shopaholic+surirumahtanggasepenuhmasa ????

Ok thanks to Dr Ganesh sebab kasi assignment yang begini rupa. So sekarang saye lebih arif tentang harga ayam sekilo di pasaran. Lepas ni boleh jadi pengguna yang bijak bestari ^,^ Eh harga daging kambing, harga gula, susu pekat, susu tepung, dan payung pun saye tahu juga.




p/s : kepada blogger-blogger comelkacak yang sudi singgah kat blog ni tq eh, then silalah tinggal jejak anda kat mana-mana so that saye boleh trace balik. Hahaha tak mo nanti ada pulak komen macam ni
"sombong, you ingat blog you bagus sangat ke!" T__________T



~sehingga ke next entry

Tuesday, March 29, 2011

Miss my sunshine

Cuaca gila freaking hot, bila jalan kaki dari bus stop nak ke kelas memang boleh kembang otak, then masuk dalam kelas aircond yang aman damai boleh buat otak kecut balik. Bila otak asyik kembang dan kecut hasilnya kepala akan berdenyut-denyut.

Ok intro mengadu domba da selesai.

The reason why i'm still wake up at this time (sekarang da pukul 1 pagi okeenggg) cuz i'm missing someone. YES I AM *eh kenapa harus capslock??


Rindu kat budak mata besar ni, sudah berapa lama kita tak jumpa ye??? Ok baru 2 mingguT___T

Budak mata besar ni nampak periang-ria kan tapi sebenarnya dia ni sangat pemalu. Hahaha even dengan saye pun dia malu-malu. Selalu cakap "acu nak makan apa?" sambil bawa kertas dengan pensil. OOO rupanya sedang main masak-masak.

Kanak-kanak umpama kain putih, kitalah yang mencorakkannya.Kalau anda ada anak sila corakkan dengan warna yang betul. Eh jangan terlalu PINK yeh.


p/s : she is "aye", my little niece.





~sehingga ke next entry

Monday, March 28, 2011

Saye join contest lagi dan lagi




ok,untuk yang nak join...ni syarat2 nyer.... :
  1. ade blog sendiri....jangan tumpang blog orang lain yer..hehe...
  2. letakkan gambar cikyuz yang kat atas ni....xcomey pun,tapi letak je la kan..sebagai syarat : )
  3. nak follow sayer atau x, terpulang...xpaksa...tapi susah sketla kalau xfollow, mcm mane nak tau update terbaru pasal contest ni kan....??name pemenang akan disiarkan selepas tamat contest ni..dalam blog ni jugak : )
  4. letakla gambar korang bertudung
  5. cite sket sejarah pembabitan korang dalam bertudung ni..hehe....dan kenape korang bertudung? xde limitation jumlah perkataan.. :)
  6. tag 3 orang kawan2 korang untuk join contest ni....jangan lupe lak gtau diorang...
  7. dan last skali, tinggalkan link korang kat entri ni untuk sayer jejak balik...

~copy and paste from here

Syarat 1-3 done, syarat ke 4...nah ambik gambar ni T___T


Saye mula bertudung sejak saye bersekolah...tetapi kurang istiqamah sebab selalu on dan off. Tapi tu cerita dulu lah, cerita sekarang.....Alhamdulillah saye sudah berubah.

Kenapa saye bertudung??? kerana semua manusia pasti mahukan perubahan ke arah kebaikkan dan saye tidak terkecuali.

Ok sekarang saye tag tiga orang kawan :

yana
farah
ika

p/s : telah di tag oleh cik izan salleh


~sehingga ke next entry

Saturday, March 26, 2011

Eh, ada kura-kura di sebalik batu


Saye ni bukanlah seorang peminat kura-kura, malah saye tak pernah pun cakap "kura-kura..nak sain...."

Tapi....

Entah kenapa sejak cik kupu-kupu bela dua ekor kura-kura yang nama dia UPIN dengan IPIN ni, saye jadi suka nak spend time dengan kura-kura beliau.
Ni kura-kura beliau, UPIN dengan IPIN. Sekali pandang comel, lama-lama pandang macam CICAKman pun ada rupa sekor-sekor. Hahahaha tapi macam mana kitaorang kutuk pun, cik kupu-kupu tetap dengan pendirian beliau yang kura-kura beliau adalah kura-kura terhansome di dunia.

Hobi saye sekarang adalah angkat kura-kura ni dengan daun kelapa plastik yang memang provided dalam rumah kura-kura tu. Nak angkat guna tangan saye geeeliiiiii hahahaha. Jadi gunakan je kemudahan yang ada.

Cita-cita saye sekarang pulak, teringin nak tengok kura-kura berenang dalam COKE, macam manakah rupanya nanti ye??? Mesti sambil menyelam dia minum air hahahaha. Pssstttt jangan bagitau cik kupu-kupu ye.

Setakat ni pencapaian tertinggi kura-kura beliau adalah lari rumah. Baik IPIN mahupun UPIN dua-dua tak boleh harap, pantang kasi can, mesti buat cubaan lari rumah. Lepas tu buat cubaan bunuh diri iaitu terjun daripada RAK BUKU TIGA TINGKAT. Kan tinggi tu.

Jadi saye cakap kat cik kupu-kupu "kau kena kasi diorang ni pengajaran.." 

Jadi pengajaran untuk salah seekor daripada mereka adalah... mempamerkan rupa sebenar IPIN tanpa makeUP hahahahaha. Sila belajar daripada kesilapan. (kau patut rasa bersyukur sebab saye snap muka kau pakai kamera phone yang cikai..hasilnya gambar jadi blur nak mamp )

p/s : kura oh kura kenapa engkau hijau..macam mana aku tak hijau...err....





~sehingga ke next entry

OPERA MINI???

Guys, korang jeles tak bila tengok kawan-kawan korang pakai smartphone, then online dalam class. Tapi korang tak dapat la nak ikut jejak langkah diorang kan sebab phone korang macam tak berapa nak smart sangat.

Ok siapa kat sini pakai DIGI???

Untung la siapa pakai DIGI sebab sekarang ni DIGI bagi kau peluang yang sangat-sangat best. DIGI boleh bagi kau free OPERA MINI. Hahaha benda free kan, siapa taknak..ye dop??

Ok cuma sms OPERA hantar ke 2000. Senang la sangat alahaiiiiiii....

Bukan itu saja, jika anda adalah prepaid sub, anda mempunyai peluang untuk memenangi 1MB PERCUMA penggunaan data jika anda tekan link FREE 1MB di Opera Mini anda. Promosi ini tidak akhir disini, kerana anda boleh jadi salah satu yang beruntung untuk memenangi HTC Mozart dengan membuka Opera Mini dan klik pada Refer-A-Friend.

So menarik kan?? Kalau rasa tertarik tu jangan ragu-ragu untuk dapatkan lebih banyak info kat sini


~sehingga ke next entry

Sebelum naik kenderaan apa yang patut kita buat ye???

Lisa :  "Awak nak gerak dah ye..take care, drive safe.."
Farid :  "Ok, saye bawak slow je..."
Lisa :  "Jangan lupa mengucap dulu..eh baca doa naik kenderaan sekali tau.."
Farid :  "Hahaha macam nak pergi berperang pulak, yelah..yelah.."
Lisa :  "Jangan yelah je...cuba baca sikit, saye nak dengar..."
Farid :  "gulp...*telan air liur sebab tak tahu baca doa naik kenderaan..."

~sekadar cerita hiasan~

Sebenarnya saye pun tak hafal doa ni, kalau naik bas pergi kelas tu, saye duk ralit menyembang dengan kawan, tak pun layan lagu-lagu kat SINAR FM yang pakcik bas duk pasang, so memang tak ingat pun nak baca doa naik kenderaan.

Kalau nak bonceng motor dengan kawan-kawan tu, macam ada la kesedaran nak baca bismillah kan...sebab motor ni safety dia macam kurang sikit, jadi kita akan beringat lebih.

So hari ni saye nak share doa ni dengan korang semua...at least ada gak input berguna dalam blog ni kan...Yelah selama ni asyik merapu meraban je..kan kan *ahh kau angguk siap kau!!


DOA NAIK KENDERAAN



Mari baca bersama-sama SUBHANALLAZI SAHKHARALANA HAZA WAMA KUNNA LAHU MUQRININ. WAINNA~ ILA RABBINA LAMUN QALIBUN.

Maksunya :
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!



Let's have a safe drive..vrooommm...vrooommmm...even u're using "basikal tua"


p/s : malam ni hari bumi, jom kita padam lampu kat rumah selama 1 jam. Ohh yang bawak motor atau kereta plizzz dong, jangan padamkan lampu kenderaan anda sekali.





~sehingga ke next entry


(kredit kat someone tu sebab dia buat permintaan untuk update pasal doa ni =)

Wednesday, March 23, 2011

R.A.W.A.K

Sekarang kalau saye baca status kawan-kawan kat fesbuk, rata-rata menulis tentang kepala otak yang berserabut sebab banyak assignment dan test. Final dah dekat, dan itu normal.

....................................

Hari ni ada presentation Human Resource, over all ok. *saye tak boleh bercakap di hadapan orang ramai, nanti suara macam parkinson

....................................

Saye dilanda demam, mungkin sebab kurang makan sayur, atau sebab makan durian.




ni kerja part-time saye dalam kelas

p/s : saye bersin sejam 11 kali, saye harap itu adalah normal



~sehingga ke next entry

Update yang tertangguh...tapi cerita ni belum basi lagi tahu.

Lately, saye terasa macam betul-betul seorang pelajar institusi pengajian tinggi sebab dah tak ada masa yang banyak untuk bersosial di fesbuk tapi lebih kerap mengadap Microsoft Office Word 2007 dan Microsoft Office PowerPoint 2007. *perisian yang ketinggalan zaman...fine saye tahu!...

Saye juga tiba-tiba menjadi seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang sibuk atau berpura-pura sibuk sehingga tak ada masa untuk lunch pada waktu lunch T_____T Jadi tak hairanlah kalau saye makan sepinggan penuh nasi *sampai orang kata eh kau kurus tapi makan banyak*.. Please dong, jangan fikir saye bela hantu raya okenggg, untuk menjimatkan masa, sarapan+lunch+dinner terus jamak sahaja.

Eh tapi kalau betul-betul mahu feeling bagai seorang pelajar institusi pengajian tinggi, kau kena main bowling. INI WAJIB TAHU!


Apa yang seronok sangat dengan menggolekkan bola atas lane..tunggu sama ada bola itu berjaya meredah pin, atau melencong ke longkang???

Apa yang seronoknya dapat peluk tiang?? Urghhh that place memang banyak sampah, kesian betul kepada sesiapa yang tak pandai nak buang sampah di tempat yang betul.



p/s : Ini entry hari isnin...asyik bertangguh mahu update blog.




~sehingga ke next entry

Monday, March 21, 2011

Malam-malam saye takkan dingin keseorangan lagi


Sebelum tu, saye nak ucapkan tahniah kat kawan-kawan yang dah melangsungkan majlis perkahwinan baru-baru ni. Dah ramai kawan saye yang sudah bergelar PUAN rupanya. 

Berbalik kepada tajuk...eh?? 

Tajuk yang menggelikan dan buat boleh buat usus jadi kejang, maaf ye....blogger-blogger hebat, tajuk yang penuh kontroversi dapat menarik lebih ramai pembaca untuk singgah di blog anda. Am I that desperate?? Hahaha saye cuma mahu bereksperimentasi.




Kini siang, malam, pagi, petang (asalkan haku ada kat bilik) saye akan di temani oleh beruang gebu yang menggoda ini. Saye belum namakan beliau lagi. Fasha Sanda ok ke????
Benda berbulu ni, hadiah daripada my niece..tq wanie..taun depan acu nak yang jantan pulak, boleh diorang main kawen-kawen hahahaha.

p/s : nak update panjang lebar tapi.....masa mencemburui T___________T




~sehingga ke next entry

Thursday, March 17, 2011

Jangan baca entry ini, kalau tak kau menyesal. Ini memang serious.

Assignment dengan test masing-masing patah tumbuh hilang berganti. Even sekarang pun sepatutnya saye kena bergelumang dengan buku sebab ada test esok, tapi curi masa untuk update sekejap. Tegar bukan??

Setiap hari adalah masa untuk bekejar dengan masa. *tiba-tiba terbayang arnab pakai kemeja jalan laju-laju sambil tengok jam....

Seriously, saye rindu zaman awal semester...ahhhh dimanakah keadilannya!!!! *jerit dan ada gema-gema.



p/s : ini entry merapu, penulis cuma mahu mengekspresikan rasa bosan kerana perlu mengadap buku tebal-tebal yang diimport dari UK.


~sehingga ke next entry

Wednesday, March 16, 2011

Kalau boleh mahu duduk bawah ketiak emak sahaja.

Hujung minggu lepas bukanlah hujung minggu yang biasa.

Sebab saye dapat pergi ke tempat ini lagi.

Sedar tak, sebenarnya kalau dapat luangkan masa dengan keluarga, hampir 90% daripada stress kita akan hilang. (.tak nak percaya pun tak apa sebab memang main petik je tu huhu )


cuti sekolah..kalau tak ada kenduri kawen memang tak sah la kan. Congrate cousin..awak sudah berkahwin.

sudah bersedia mahu menyelam...nampak google atas kepala itu???


Gembira sebab dah spend quality time dengan family. Gembira sebab dapat layan lagu P. Ramlee dengan emak sama-sama dalam kereta. Gembira tengok orang kawen.

Ok moral of the day..apa-apa pun, keluarga memang utama, pakwe nombor 10. Done!!! Tepuk tangan tanda penghargaan.


p/s : mungkin saye parents saye patut tahu yang saye sayangkan mereka from bottom of my heart jadi nanti akan dapat elaun tambahan setiap bulan iaitu elaun kasih-sayang miahahahaha.



~sehingga ke next entry

Tuesday, March 15, 2011

10 sebab kenapa saye tak update blog saye

Hurmmm...

Jeling kiri...kanan...Ok selamat, boleh mula update 5 minit daripada sekarang.

Hye...lama tak update kan..kan..kan??? (please sila angguk..saye merayu). Internet kat kolej dah tak ada, mana dia pergi, siryesly saye tak tahu. Dan sekarang ni saye gigih update blog kat LAB faculty saye hahahahaha.

Ha tengok tu..baru nak update, orang sebelah dah jeling-jeling saye...jeles saye ada blog letewww...Eh apsal orang kat depan pun pandang-pandang ni??

Ok fine, saye ketuk keyboard kuat..bising eh??? Ok saye undur diri T___________T


p/s : Hipotesis : semakin banyak pergi kenduri kawen, semakin banyak kita makan telur rebus *crap (jangan rasa tertipu dengan tajuk entry kali ni..muahahahaha)


~sehingga ke next entry

Thursday, March 10, 2011

Sesekali kita kena jadi seperti belut pulang ke lumpur....

Saye sayang blog saye  (wei saye linkkan kat blog ni jugak so tak payah klik kat situ ye..saja mengada je)

Eh, baru perasan yang saye tak update dah berapa hari kan. Me talking like people care kan T________T nangis sebab no one care pasal blog ni.

*Crap*

Ok siryesly, saye tersibuk lately, eh bukankah final exam semakin dekat dengan corner (just around the corner) jadi kena la buat assignment laju-laju. Stress?? Mana ada, saye suka gila vavi kalau assignment banyak lepas tu kan..lepas tu kena kejar dateline....memang heaven gila.

Eh,,,,,

Tiba-tiba rasa rindu nak balik rumah, minum teh cicah biskut depan TV sambil baca mangga, tengok kakak-kakak dengan abang-abang sepsi mandi kolam harharharhar.

eh sadap you!!! I need ketenangan...*gambar tak bermotif, sila abaikan.

Pernah dengar tak peribahasa "belut pulang ke lumpur" ???

Hahaha saye sampai perang kecil-kecilan dengan kawan-kawan sebab peribahasa ni tahu.

A : "Wei ingat tak peribahasa ni..belut pulang ke lumpur???"
B : "Bukan lumpur la...gondang?? Seperti belut pulang ke gondang??
A : "Hahaha merepak apa kau ni, tak pernah aku dengar pun.."
C : "Bukanlah..seperti belut pulang ke air.."
D : "Eh ada ke peribahasa belut??"
A,B,C,D : ????????

Guys, memang adalah peribahasa tu, saye sudah tengok kat wiki. Seperti belut pulang ke lumpur bermaksud pulang ke kuala lumpur eh bukan..pulang ke tempat asal.

Kenapa mesti bercakap pasal belut?? Orang cakap laksa belut sedap, betul ke? Ah *crap*. Sebab nak cakap pasal belut kerana sesekali kita kena jadi macam belut. Choi!! bukan jadi licin, lembik dan berlendir macam belut tu..bukan!! Tapi kita kena pulang ke tempat asal sekali-sekala.

Kesimpulannya, kepada yang lama tak balik kampung tu, jom balik kampung, jenguk parents masing-masing. Okeh tu je nak cakap.


p/s : Ok bye...nak tengok Atashinci No Danshi~




~sehingga ke next entry

Monday, March 7, 2011

Kitaran masa...



Semakin kita dewasa, semakin kita sedar yang hidup ini aneh.
Kitaran hidup dah tak sama macam dulu.

Dulu masa umur 5 tahun, bangun pagi then mak paksa mandi, lepas tu sarapan sambil tengok sesame street (burung besar kale kuning ajar ABC ngan tengok Elmo makan biskut)...then kawan datang rumah ajak main. Esok pun buat benda yang sama jugak. No stress, no hard feeling hehehehe.

Sekarang umur dah 22, bangun pagi-pagi (istilah pagi dah tak menentu, kadang-kadang pukul 8 adalah pagi, kadang-kadang pukul 12 pun pagi jugak), then pergi kelas. Sebelum pergi kelas kena berebut nak naik bas. Kena bersenggol-senggolan dengan Pak Arab, Mat Salleh, Bai Negro..aishhhh!! Esok buat benda yang sama. Always have stress, and always have hard feeling T_____T

Dulu masa umur 5 tahun, rasa nak beli Tora ke Ding-Dang ke, mintak je duit kat mak, nanti mak mintakkan kat ayah hehehe. 
Sekarang umur dah 22, dalam kepala otak, asyik pikir macam mana nak cukupkan duit PTPTN sampai hujung SEM. 

Ok tapi kenalah terima hakikat yang setiap tahun umur akan meningkat, tanggung jawab pun akan meningkat sama.









Kalaulah boleh kembali ke zaman umur 5 tahun thehehehe.


p/s : esok isnin, maknanya ada kelas pagi...damn!!!




~sehingga ke next entry

Saturday, March 5, 2011

Soalnya hati..bila selok belok hati dikemukakan...*eh kenapa tajuk entry begitu panjang??

Bila umur dah meningkat ni..ehem! dan dikelilingi dengan kawan-kawan yang sedang berpacaran sedangkan kau single..mesti rasa macam sedikit loser.


"Hello Lisa, U buat apa? Jom lepak dengan I malam ni..."


"Sorry lah..Farid ajak I makan malam lilin malam ni...eh tell u what, kami dah on again!!"

..................................


Adakah begitu loser kalau kau fall in love pada kawan kau sendiri?

Atau kau suka pada gay?

Atau kau belum baligh untuk ada perasaan cinta?

seumur hidup aku..ini yang pertama, pintu hatiku diketuk oleh dua wanita jejaka...*lagu ukays



p/s : ni entry lama sebenarnya...kesian saye tengok, dah beku duduk dalam draft.




~sehingga ke next entry

Ini iklan...tapi bukan iklan racun serangga

Ok kat blog saye dah tambah iklan baru. Niat memang taknak letak banyak-banyak iklan kat blog, tapi HEARTBEAT ni macam best je.



HEARTBEAT


Walaupun agak terlambat, tapi saye still nak share.

Ok senang gile vavi kalau nak letak HEARTBEAT ni kat blog. Semudah 12345..sampai 10.

  •  Mula-mula klik kat SINI
  • Pastu klik kat heartbeat.my
  • Then create account
  • Isi borang dan continue
  • Klik MY HB!Affiliate.
  • Klik online application (under Particaipation is Easy and Free
  • Isi borang lagi sekali...
  • Lepas tu dapatkan kod



Lepas dah dapatkan code, macam biasa masuk kat blog korang, klik design then add gedget..letak la code kat mana yang sesuai.

Itu sahaja...

Senang kan, kan, kan.......yess very the senang!!!



p/s : lepas ni tak payah pening-pening fikir nak bagi hadiah apa kat makwe, sebab HEARTBEAT ada banyak gift yang cun.



~sehingga ke next entry

Wednesday, March 2, 2011

Susah nak jumpa student lelaki dalam library..ini fakta!

Tempat lepak yang paling heaven sekali kat Upm ni adalah library...ok Farah, enuf dengan penipuan. Tempat lepak paling heaven adalah kedai makan :). Ok kalau kat Upm ni antara tempat makan yang best kat belakang library, dekat dengan Fakulti Pertanian.

Kedai ni best wei, tadi baru je saye makan nasi goreng sotong. Harga 3.50rm je, sotong ada banyak la jugak, tak mudah dibilang dengan jari...murah pun murah, sedap pun sedap..bak kata Fahrin Ahmad "berbaloi-baloi" (pernah ke Fahrin Ahmad kata begitu?)

Tapi takkan nak asyik lepak tempat heaven je kan..tak best la..sesekali nak jugak ada situasi macam ni dalam hidup..

Kriiinnnngggg (nokia three three ten..)
"Hello mak, awat nya telepon ni? sat gi tepon balik na.."
"Eh sat..awat yang hang duk bisik-bisik ni...??"
"Adik dalam pustakaan ni..ahaks" (gelak bangga..)

Ha..tak ke sejuk perut mak kau, kalau dia tahu kau lepak kat library. 

Ok tamat mukadimah panjang berjela :)

....................................................

Nak kata saye ni rajin sangat nak lepak library tu memang tak lah kan. Thanks to Haji Mazlan..kalau tak kerana dia, takkan saye berada di sini muahaha.


Ok sekarang ayuh...mesti serious kalau nak siapkan assignment statistik.

tolonglah percaya yang ini bukan pura-pura membaca...gambar ini adalah realiti


anak siapakah yang begitu rajin membaca ini...wuuu tengok buku-buku tu..tebal-tebal kan kan



ciss!! lepas tengok tajuk buku...cepat-cepat saye letak balik kat rak...that's not belong to me okeeng



p/s : try to having fun while you can hahahahaha




~sehingga ke next entry

Tuesday, March 1, 2011

If less is more..is it mean that more is less???














"kisah tegang gebu" macam mana keyword ni boleh sangkut kat blog saye?


Jangan salah faham, saye tak pernah menjual ubat-ubat untuk awet muda atau untuk kebahagiaan suami-isteri kih3x.

Kalau dah kurang tegang dan gebu maka muka akan jadi begini.....



adakah begitu hodoh??? agagaga


p/s : Dulu Pak Kordi pernah pesan, katanya "less is more" so sebab tu entry hari ni tak lebih daripada 200 perkataan je... tak percaya?? kiralah.




~sehingga ke next entry