Friday, February 25, 2011

UPM masuk berita??? untung la..dan Insomia yang annoying


Semalam kecoh pasal UPM, masuk Buletin Utama, Berita Mutakhir, Berita RTM, Bernama, tak bernama..u name it. Semua sebab student buat rusuhan depan Pejabat Pentadbiran.

Rusuhan sebab tak menang dalam pilihanraya baru-baru ni.

Mungkinkah mereka ini berbangga dapat pecahkan pintu,pejabat pentadbiran, siap ada yang tercedera lagi.

Ok tamat cerita pasal rusuhan. 

Siapa ada Insomia 

Insomia ni penyakit tak boleh tidur, kalau kat kampung diorang panggil sleep difficulty. Ini memang sejenis penyakit dan kalau terhinggap kat anda maka anda amatlah menderita.

Saye jarang ada masalah nak tidur sebab tidur itu satu nikmat bagi saye bhahaha. Insomia?? uhhh tak main la...so kalau rasa nak share macam mana cara nak tidur lena meh ikut cara saye:)

First sekali, kau kena kemaskan cadar, tarik tegang-tegang macam katil kau masa kat sekolah asrama dulu. Pastu tepuk-tepuk bantal tu kasi gebu sikit.

Second, baring lah apa lagi, takkan nak tidur berdiri pulak kan. Bila baring tu, goyang-goyang kaki sikit sambil berangan. Ini untuk tambah feel ok.

Kalau nak berangan tu, biarlah kau angankan benda yang suuuwiiittt je, jangan pulak berangan palamin anganku musnah, sila bayangkan anda dapat date dengan Ricardo Izecson Dos Santos Leite, takpun apa nak buat kalau saye jadi jutawan MLM. Lepas lagu Travie Mc Coy, Billionaire terngiang dalam kepala... 
"different city every nite oh I swear the world better prepare for when I'm Billionaire"

Lepas tu kalau tak boleh nak lelap lagi, kiralah kambing biri-biri.
1 biri-biri...2 biri-biri...3 biri-biri sampai kau rasa bosan tahap vavi. Kalau letih kira tapi belum ngantuk, kau suruh biri-biri tu beratur panjang-panjang, suruh mereka kira diri mereka sendiri. Sementara biri-biri tu nak habis kira, kau sambung berangan lari-lari kat tepi reban dengan Ricardo Izecson Dos Santos Leite.

Ha dah mengantuk ke belum?? Kalau kau tak mengantuk lagi eloklah tu. Pergi tandas, angkat hadas kecil kau lepas tu sembahyang sunat. Pahala pun dapat..kan.


p/s : Kenal ke dengan Ricardo Izecson Dos Santos Leite??? 



~sehingga ke next entry





2 comments:

farid fizi said...

hebat betol sampai masuk bErita pasal kekecohan yg berlaku...sungguh tragedis betol..:P

farahAzreenHJAhmad said...

farid, cerita kurang manis...buat malu je