Monday, February 28, 2011

Pengalaman adalah guru terbaik..betul kan?

Perkara yang saye belajar baru-baru ini.

Jangan assume yang kita tahu tentang sesuatu perkara, selagi kita tak melaluinya. 

Contohnya jangan cakap macam ni pada kawan yang baru putus cinta sedangkan kau tak pernah bercinta apatah lagi putus cinta ekeke kejam!

"So sorry for you Lisa, tak sangka Farid nak dumb u...i really know how u feel.."

Tu contoh sahaja okeeeennngg!

Memandu di Kuala Lumpur benar-benar memerlukan kesabaran yang tinggi.


Ini tak perlu dihuraikan, semua orang yang melaluinya juga akan tahu. Ohh kalau kawan tengah stress memandu kau disarankan zip mulut rapat-rapat.



Epal hijau betul-betul melawaskan kalau dimakan pagi-pagi buta.


Hahaha ini berdasarkan pengalaman sendiri, fuhhh lawatan ke tandas secara marathon memang memenatkan.


Jalan jangan tengok ke depan sahaja, sesekali kena pandang bawah.

Hehehe saye memang suka jalan menonong je...akibatnya selalu terpelecok terpijak batu. Jadi for the sake of me, jalan pandang bawah dengan lebih kerap. Eh kalau nak melintas kena tengok kiri-kanan juga walaupun jalan one way.

Jadi diri sendiri memang senang, tapi nak jaga hati semua orang sangat susah. 

Yang ni malas nak cakap apa-apa, nanti ada yang terasa pulak, lepas tu hantar sms kat saye


"eh awak ingat saye tak ada perasaan ke??"


ekekeke terasa tak?




 p/s : Saye bukan seorang yang kuat untuk hadapi dugaan, maka jangan duga saye dengan macam-macam kerenah....






~sehingga ke next entry

3 comments:

Fatin Najwa said...
This comment has been removed by the author.
Fatin Najwa said...

kalau hari hari makan epal hijau .... boleh menang marathon la kan ? haha xD jkjk

farahAzreenHJAhmad said...

fatin, hahaha boleh saje :)