Monday, February 28, 2011

Pengalaman adalah guru terbaik..betul kan?

Perkara yang saye belajar baru-baru ini.

Jangan assume yang kita tahu tentang sesuatu perkara, selagi kita tak melaluinya. 

Contohnya jangan cakap macam ni pada kawan yang baru putus cinta sedangkan kau tak pernah bercinta apatah lagi putus cinta ekeke kejam!

"So sorry for you Lisa, tak sangka Farid nak dumb u...i really know how u feel.."

Tu contoh sahaja okeeeennngg!

Memandu di Kuala Lumpur benar-benar memerlukan kesabaran yang tinggi.


Ini tak perlu dihuraikan, semua orang yang melaluinya juga akan tahu. Ohh kalau kawan tengah stress memandu kau disarankan zip mulut rapat-rapat.



Epal hijau betul-betul melawaskan kalau dimakan pagi-pagi buta.


Hahaha ini berdasarkan pengalaman sendiri, fuhhh lawatan ke tandas secara marathon memang memenatkan.


Jalan jangan tengok ke depan sahaja, sesekali kena pandang bawah.

Hehehe saye memang suka jalan menonong je...akibatnya selalu terpelecok terpijak batu. Jadi for the sake of me, jalan pandang bawah dengan lebih kerap. Eh kalau nak melintas kena tengok kiri-kanan juga walaupun jalan one way.

Jadi diri sendiri memang senang, tapi nak jaga hati semua orang sangat susah. 

Yang ni malas nak cakap apa-apa, nanti ada yang terasa pulak, lepas tu hantar sms kat saye


"eh awak ingat saye tak ada perasaan ke??"


ekekeke terasa tak?




 p/s : Saye bukan seorang yang kuat untuk hadapi dugaan, maka jangan duga saye dengan macam-macam kerenah....






~sehingga ke next entry

Sunday, February 27, 2011

I heart saturday...and also friday..but not monday..!!

So what u got on your last saturday? Hahaha tak payah tanya pun mesti masing-masing have really fun saturday rite? Nama pun hari minggu...tapi kalau yang kena kerja pada hari sabtu, sila bekerja dengan ikhlas okengggg!



hey look at me, wearing an awsome winter coat hahaha
 
 
pretty ugly face for each of us hahaha...semua bajet nak buat muka ugly tapi jadi pretty hahaha maaf kalau perasan
 
 
 
alangkah.....alangkah nice bilik ini, accept for that anjing..eh anjing??
 
Looking at the amazing+colourful+simple+awsome  furniture, mesti kau dapat agak kat mana saye spend my saturday...(siapa dapat teka dengan betul akan dapat hadiah misteri daripada saye..ekekeke)

Not to forget, sebelah pagi kami telah bermain-main air kat Sungai Lui..err bukan, bukan, kat Sungai Congkak sebenarnya. 

Lama dah nak pergi, but now baru berkesempatan. 
 
muka teruja+gigil...sejuk woooo macam dalam chiller je rasa
 
Tempat ni memang best, kalau tak pernah pergi lagi, silalah jejak kaki kat sana, dan jangan lupa bawak makanan-makanan sedap untuk breakfast dan lunch macam kitaorang :)

Oh thanks to Yyna Anas, Shasha and Cik Kupu-kupu...next time kita panjat gunung Nuang pulak ok.


p/s : Sebenarnya kami juga telah meronda The Curve, Tesco Mutiara Damansara dan One Utama pada hari yang sama...dan balik ke kolej sebelum pukul 12 a.m. Hahahaha hebat bukan???




~sehingga ke next entry



Friday, February 25, 2011

Today is friday..so let's have some fun



Farid Kamil call saye tadi, ajak lepak-lepak kat Baskin Robin, lepas tu main bowling...lama tak main bowling katanya. Kalau sempat petang dia nak ajak saye pergi muzium negara. Bukan apa, last pergi muzium masa zaman pakai pampers..lama sangat tak jejak sana.

Choiiiyyy..

Berangan~

Ok terima kasih sebab sudi baca mukadimah yang penuh pura-pura kat atas.

.........................................



ni saye curi-curi camwhore dalam clas economy tadi..yeay..tak ada orang yang perasan pun aktiviti saye ni


gigi arnab?? so what?? nak kena gigit ke

Eh orang kat sekeliling saye masih dalam mood hantu kak Limah. Hebat jugak kan dia punya impact sampai orang masih lagi sebut-sebut dialog "cer cite cer cite.." "kite bako, kite bako.." dan ada yang angkat tangan melambai-lambai macam usop penari kebudayaan.

Baguslah..hargai filem melayu. Kalau sayangkan Megan Fox sekalipun apalah salahnya sekali sekala tengok Lisa Surihani kat panggung kan.

Nanti kita tengok impact Hikayat Merong Mahawangsa pulak.




p/s : sebenarnya yang sering merendahkan martabat orang melayu adalah orang melayu tu sendiri.




~sehingga ke next entry

Amaran : Ini bukan entry sedih...nope..nope at all.

Kadang-kadang hati terguris...

Habis kau ingat saye ni cekal sangat?? Kalau hari-hari kena tabur garam, siput babi pun boleh cair..ye tak?


Tapi apa nak buat saye ni penuh ciri-ciri kemelayuan, selagi boleh tahan, tahan je..tapi bila hati dah jadi macam siput babi kena garam just shut my mouth ketat-ketat...nangis dalam hati T_____T






Bila sedih...tulis dalam blog..ekeke comel kan buat macam tu.



Opss maaf sebab tulis benda-benda crap macam ni,  ini untuk kenagan masa depan, simpan untuk anak cucu baca. At least tau jugak diorang yang saye ni barhati halus...bahahaha.



p/s : tarik nafas dalam-dalam dan lari-lari anak bersama Watson Nyambek




~sehingga ke next entry

UPM masuk berita??? untung la..dan Insomia yang annoying


Semalam kecoh pasal UPM, masuk Buletin Utama, Berita Mutakhir, Berita RTM, Bernama, tak bernama..u name it. Semua sebab student buat rusuhan depan Pejabat Pentadbiran.

Rusuhan sebab tak menang dalam pilihanraya baru-baru ni.

Mungkinkah mereka ini berbangga dapat pecahkan pintu,pejabat pentadbiran, siap ada yang tercedera lagi.

Ok tamat cerita pasal rusuhan. 

Siapa ada Insomia 

Insomia ni penyakit tak boleh tidur, kalau kat kampung diorang panggil sleep difficulty. Ini memang sejenis penyakit dan kalau terhinggap kat anda maka anda amatlah menderita.

Saye jarang ada masalah nak tidur sebab tidur itu satu nikmat bagi saye bhahaha. Insomia?? uhhh tak main la...so kalau rasa nak share macam mana cara nak tidur lena meh ikut cara saye:)

First sekali, kau kena kemaskan cadar, tarik tegang-tegang macam katil kau masa kat sekolah asrama dulu. Pastu tepuk-tepuk bantal tu kasi gebu sikit.

Second, baring lah apa lagi, takkan nak tidur berdiri pulak kan. Bila baring tu, goyang-goyang kaki sikit sambil berangan. Ini untuk tambah feel ok.

Kalau nak berangan tu, biarlah kau angankan benda yang suuuwiiittt je, jangan pulak berangan palamin anganku musnah, sila bayangkan anda dapat date dengan Ricardo Izecson Dos Santos Leite, takpun apa nak buat kalau saye jadi jutawan MLM. Lepas lagu Travie Mc Coy, Billionaire terngiang dalam kepala... 
"different city every nite oh I swear the world better prepare for when I'm Billionaire"

Lepas tu kalau tak boleh nak lelap lagi, kiralah kambing biri-biri.
1 biri-biri...2 biri-biri...3 biri-biri sampai kau rasa bosan tahap vavi. Kalau letih kira tapi belum ngantuk, kau suruh biri-biri tu beratur panjang-panjang, suruh mereka kira diri mereka sendiri. Sementara biri-biri tu nak habis kira, kau sambung berangan lari-lari kat tepi reban dengan Ricardo Izecson Dos Santos Leite.

Ha dah mengantuk ke belum?? Kalau kau tak mengantuk lagi eloklah tu. Pergi tandas, angkat hadas kecil kau lepas tu sembahyang sunat. Pahala pun dapat..kan.


p/s : Kenal ke dengan Ricardo Izecson Dos Santos Leite??? 



~sehingga ke next entry





Thursday, February 24, 2011

Camwhore dalam tandas dan cinta pandangan ke seratusenambelas

Perempuan suka kamera...betul tak??

Ha tengok semua perempuan yang tengah baca nih angguk kepala dalam hati. Kalau tak takkan lah  ada budaya camwhore dalam tandas ekekeke.

Orang kata kalau masuk tandas bawak kamera itu tandanya dia tak normal...err pervert barangkali, choiiii!!! tapi kami tak bawak kamera pun, cuma bawak phone sahaja :)



nah ambik ko, kalau gambar ni boleh berbau...mesti korang boleh bau pewangi tandas cap lavender..siryes!

 apasal korang nampak sweeettt macam tom yam ni??


Sebenarnya kan..sebenarnya kan...hari ni macam dah jatuh cinta pandang pertama ekekeke. Saye pandang mamat tu, mamat  tu tak pandang saye pun. Dalam kepala otak dah terngiang-ngiang lagu
"boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang" hahahaha. Aishhh mana ada pegang-pegang..nak kena pelempang?? hahaha

Eh jangan tanya lagi sebab cerita tu tamat kat situ sahaja. Kalau nak tahu saye memang macam ni. kau pernah tak?? Terpandang seseorang then kau rasa macam suka je nak pandang dia. Ala benda ni happened bukan bila saye pandang lelaki je...perempuan pun pernah. Hahaha saye lesbo?? ahh bukanlah.

Lagi satu benda macam nih selalu jadi kat saye

"Wei cuba kau tengok mamat tu.."


"Mano?? tak napok pong..."


"tu..tu..dekat motor LC tu.."


"bakpo nge jate tu??"


"kacak en en en..."


"mung ni...gi check mato mung la..."

*dialog adalah rekaan semat-mata. Hahaha dialek klate tu kalau salah sila maafkan sebab saye main tibai je.

Eh back to the topic, ecece speaking lok demo...saye nih susah sikit nak bezakan yang mana kacak dengan mana yang tak kacak hahahaha. Sebab kalau saye cakap orang tu handsome, mesti kawan saye kata tak, tapi kalau saye kata tak, diorang pulak cakap handsome. Adakah ini masalah???

Ahhh abaikan...tak peting pong...eh salah salah...tak penting pun.


p/s : adakah arnab itu lebih kacak daripada kuda???



~sehingga ke next entry







Wednesday, February 23, 2011

Surprise party yang tak jadi...selamat hari jadi Izan


Sebelum nih dah mention kan pasal hari jadi kawan baik. ingat lagi tak?? ingat ke tak ingat?? Kalau ingat tahniah, anda mungkin jarang termakan semut, bagi yang selalu makan kerabu semut sila tengok entry ini hehehe.

So macam biasa kalau ada hari jadi mestilah ada party hari jadi kan...takkan nak buat party buih pulak. Dan nak buat majlis pun mestilah surprise-surprise kan.
 
Party planner adalah Sidi, Atie dengan Yona, hahaha haku main bantai je nama diorang nih sebab baru je malam tu berkenalan. Tapi saye yakin 95% :). Kalau salah next time saye buat pembetulan.

inilah mereka yang dimaksudkan

Saye pun tak tahu pasal nih, kiranya macam saye pun tersurprise sekali la bhahaha. Dah petang dekat-dekat maghrib baru Mira invite. OK nasib baik ada kawan yang jenis tak lupa kawan hahaha. Sebab tahu plan ni dah last minute, so tak sempat nak beli hadiah untuk birthday girl kita.

Mira tak pandai tiup belon hahahaha.
Saye pandai tiup belon ekeke..(padahal pinjam belon Yona kalau tak silap T.T)
 
Perancang majlis sampai lewat, orang yang nak di surprisekan datang lebih awal. Maka surprise tak jadi.

Birhtday girl dan her boboy hahahaha. Alan la master mind semua ni.

Sweeeetttt...amboi2x hahahaha
 
 
Cup cake yang sedap tapi saye tak boleh makan banyak..mungkin faktor usia T,T
 
Fakta menarik
1- Alan takut dengan belon...aiyak
2- Yona dengan Atie very-very soft spoken...saye nak gelak kuat-kuat pun takut-takut hahahaha.
3- Makan kat Yunkies Hut Bangi. View memang terbaik.
4- Pergi majlis orang tapi tak sempat mandi hahahaha...ini memang menarik.


p/s : makanan free memang sedap heeeeeee
 
 
~sehingga ke next entry


pictures credit to Hasmira Hashim.

Tuesday, February 22, 2011

Entry Hari Jadi...Happy Befday Friends

Ini entry Istimewa.

Happy Befday kat 2 orang besties saye iaitu CIK IZAN (23 Feb) dan CIK DAIA (24 Feb)





Yang tu Izan...ni gambar kami masa muda remaja. Eh sekarang pun masih muda


Saye, Daia dan Izan. Weiiii masing-masing getting older..hahaha lepas nih sama-sama buat facial hilangkan kedutan


Diorang memang comel...saye tak hahahahaha

One year older..one year wiser.

Semoga murah rezeki dan bertambah kaya.

Semoga panjang umur dan diberkati Allah selalu.

Mereka ini sentiasa menjadi kawan yang baik untuk saye, dan saye akan sayang mereka sampai bila-bila (Sorry kalau geli...ok ini luahan hati yang sebenar)

Guys..amacam awal tak aku wish..terharu tak?? hahahahahaha


p/s : nak hadiah?? sila beli sendiri...Ini serious ;)


~sehingga ke next entry

Monday, February 21, 2011

Perempuan dan lelaki, dua-dua tak perfect. Stop blaming each other ya

Apa yang lelaki mahukan daripada seorang perempuan........??

Saye pernah tanya kat seorang kawan LELAKI, apa yang dia pandang pada seorang perempuan, dengan jujur dia jawab

"First mestilah nak tengok cantik ke tak...tapi kalau cantik perangai gedik pun tak guna."

"Hoi mana satu ni.....muka ke perangai...??"

"Hahaha muka la, lelaki bangga kot kalau dapat keluar dengan awek cantik."



Kalau perempuan pulak, apa ciri-ciri penting perlu ada pada lelaki ye....?

Selalu dengar orang cakap macam ni

"Kalau I nak cari boyfie, I harap dapat yang kaya, kalau ada rupa tu kira bonus la..."

Materialistik kan, tapi tu hakikat. Saye sendiri pun kalau boleh mahu yang punya kewangan stabil. At least tak la hujung bulan hantar SMS

yunk, bank in kan kat I 100rm, xde duit nak makan...plizzz


Choi!! tak ke haru kalau macam tu.

So pesanan penaja, perempuan jangan nak mengharapkan sangat duit lelaki yang tak seberapa tu. Dan bagi lelaki pulak, jangan nak pandang perempuan punya rupa lah, bentuk badan lah...semua tu tak kekal OK. Lagi satu lelaki jangan nak belajar-belajar jadi pisau cukur, perempuan tak apa..eh tak lah both ladies and man, dua-dua jangan jadi pisau cukur, beli pisau cukur untuk mencukur bulu's tak apa ekeke;)


p/s : Kami perempuan yang suka shopping pakai duit sendiri..eh, ada duit la...shopping pakai duit kutu bulan lepas.


~sehingga ke next entry

Saturday, February 19, 2011

Menyanyi bukan kepandaian saye, sekian terima kasih



Hari sabtu hari holiday...eh sebenarnya setiap hari adalah holiday bagi saye hahahaha.

Tadi pergi The Mines, lama dah tak jejak kaki kat sana, kawan-kawan lama tempat kerja dulu pun ambil masa 16 saat nak cam rupa saye. Sampai hati T__________T

Tadi Serdang hujan tak?? Hahaha kalau hujan jangan nak wonder sangatlah, sebab tadi saye pergi karok. ;)

tak pandai nyanyi tapi tetap nak nyanyi...kalau saye pegang mic, kau sila tutup telinga ok
tak sempat nak pandang camera..ah benci betul
Cik kupu-kupu sweet.....saye pulak?? cacat hahahaha

dah puas menyanyi haruslah lapar kan..stesen kopitiam sekarang nih dah tak best macam dulu.

Oh tadi ada peristiwa yang sangat mengerikan berlaku.

Tak sangka terserempak dengan orang yang pakai baju sama macam saye. Eh bukan setakat terserempak je, malah kami tunggu bas sama-sama, naik bas pun sama-sama. Maluuu wooooo.

Peringatan untuk diri sendiri. Lepas nih jangan pakai baju ni lagi bila pergi The Mines Ok


Last sekali sila jangan muntah tengok gambar besar kat bawah ni T_______T





Keluar dengan cik shasha dengan cik kupu-kupu


p/s : suara memang bisa pecah rumah nih hahahaha, lain kali tak mahu karok lagi


~sehingga ke next entry

Kebenaran itu kadang-kadang menyakitkan

 Fakta : Perempuan lebih banyak bercakap daripada lelaki.


"Perempuan ni memang banyak mulut ke??"

Check sekejap...

Ehhh rasa-rasa ada satu mulut je, mana ada banyak mulut.

Tapi perempuan memang lebih banyak bercakap daripada lelaki. Kalau ada masalah perempuan memang suka lepaskan, tak mainlah simpan-simpan. Bercakap nih memang medium bagi perempuan untuk melepaskan emosi...hahahaha lelaki tak payah nak kerut-kerut dahi bila dengar awek kau membebel. Dia bukan membebel tapi sebenarnya release tension. So bagi peluang Ok
 

Berbanding lelaki, lebih suka pendam perasaan. Kalau ada masalah, diam je...bila orang tanya cakap tak ada apa-apa. Tapi lama-lama simpan pun bahaya, takut kalau sekali meletup....choi!! saye malas nak komen.

Itu fitrah kejadian Allah sebenarnya, sebab manusia dijadikan berpasangan. Jadi mana-mana lelaki yang pendiam tu eloklah cari awek yang suka pot pet pot pet. Tapi kalau dah sama-sama pot pet pot pet, bawak-bawaklah sellotape time dating. Sorang bercakap, sorang lagi sellotape mulut. That's a win-win situation.




makcik ni kurang bercakap..betul kan?



gambar ni tak ada motif, pinjam basikal siapa entah...ehh saye pandai bawak basikal tahu


75% daripada kata-kata perempuan adalah nonsense, hanya 25% berlandaskan fakta dan ada isi. ~Cisss fakta ini memang sangat kejam T_______T

 
p/s : kesimpulannya, bercakap baik untuk kesihatan..erkkk


~sehingga ke next entry

Wednesday, February 16, 2011

macam yang facebook selalu tanya " what's on your mind????"

Blog dah bertukar warna. Template asal dah remove, puas hati saye.

Kulit pun dah bertukar warna, makin malap je...haku pun tak tahu kenapa. 

 Bawah mata I ada dark circle, bukan sebab tak cukup tidur sebab study.

Phone sentiasa senyap walaupun tak silence, petanda tiada kekasih hati T_____T

Ally Iskandar dah bertunang. Demm!!! tak jemput pun.

Tadi makan roti tampal yang superrrbbb...hasil air tangan mamak. Aiihhhh geli tapi makan sampai licin gak ;)


Sebenarnya ada orang tu nak snap pic cili sos dengan pinggan kosong tu je, tapi saye lebih pantas bertindak hahahahaha.
Diana Amir sekarang makin hot, makin mantap...nyesal remove dia dari friend List. Teettt itu tipu.

Hari nih tak nampak pun kucing kuning tu...dah mati kot.

Esok pukul 4 ada test BUSINESS LAW. Haku bukan nak jadi peguam kenapa kena belajar undang-undang pulak???

Update blog senyap-senyap sebab taknak dapat persepsi negatif daripada roommate.."eh dia ni tak study ke?? online je keje"

Eh roommate dah perasan yang saye tengah online..k lah nak pura-pura baca buku..BYE!!!

p/s : thanks sebab baca benda yang tak bermanfaat ni hahahahaha
~sehingga ke next entry







Tuesday, February 15, 2011

Hari selasa jangan memerap je...jogging?? oh kamon la

Petang selasa macam nih kalau kat Trolak mesti saye akan pergi "pekan selasa". Tempat tu macam pasar malam la tapi tak sampai malam. Lebih kurang pukul 6 semua gerai dah bungkus-bungkus nak sambung berniaga kat pasar malam Sungkai pulak.

Kalau pergi sana saye suka beli apam balik warahmatullah. Apa ke alim sangat nama apam balik tu?? Ah jangan nak pertikaikan nama apam balik tu ok.

Tapi kalau petang selasa kat UPM nih, mestilah saye kena pergi kelas kan. Sain attendance lepas tu tidur dalam kelas tettttttt itu tipu ok.

Tapi kalau hari selasa cuti, nak buat apa ye??

Ok kalau cuti jom kita pergi jogging yeay!!!


Susah la kalau jogging kat tempat yang banyak spot yang cantik, jogging tak seberapa, tangkap gambar je lebih
 

Baru hari nih saye perasan yang lembu itu seksi hahaha. Rasa macam nak suruh lembu tu semua pakai seluar je


Tips nak pergi jogging

1 - Jangan mekap tapi kalau Sunscreen sangat dialu-alukan.
2- Pakai track-suit, say no to jeans hahahahaha.
3- Pakai kasut OK. Slippers?? oh kamon la.
4- Pastikan t-shirt anda 100% cotton so akan serap peluh dengan baik.


p/s : sedang berlatih untuk senyum, senyum dan senyum...muka saye nampak sombong tapi hati baik tahu ;)



~sehingga ke next entry

12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah

Pukul 6 setengah dah bangun bersiap-siap.

"Ha tak mau makan dulu ka?" mak tanya

"Takpa lah..sat g ada makan-makan kat mesjid."

Pukul 7 semua dah berkumpul kat sekolah agama. Pakai baju kurung putih dengan kain hijau pekat, budak-budak lelaki pun sama pakai baju melayu putih dengan sampin hijau.

Dan setelah itu...beraraklah kami para pelajar sekolah agama rakyat, Ustaz dan Ustazah dan err makcik-pakcik yang supportive. Budak-budak tadika KEMAS pun joined jugak.

"Sallallah Ala Muhammad, Sallallah Alaihi Wassalam..." berarak sambil berselawat dari sekolah agama ke pejabat JKKR dan patah balik ke masjid.

Lepas tu ada ceramah agama kat masjid, ada pertandingan nasyid dan tilawah sekali kalau tak silap.
Tapi yang tak lupa ada acara makan-makan. Menu dia nasi minyak dengan ayam masak merah.
............................................

Itu kenangan masa sekolah rendah dulu. Memori 10 tahun lepas.

Sekarang macam mana nak ekspresikan Maulidur Rasul??

~Duduk diam-diam dengar lagu Maher Zain
~Tulis Blog pasal Maulidur Rasul, buat entry keagamaan sikit
~Pergi masjid, dengar ceramah

ataupun BERSELAWATLAH

  • Sabda Nabi Muhammad S.A.W
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat."


p/s : apapun yang kita buat, janji niat kita ikhlas...


~sehingga ke next entry

Monday, February 14, 2011

Cinta macam jellyfish..lembik2..euwww geli betul ahaks!!!

Contest Ada apa dengan Cinta by Qarl Haikal.





Contest ni simple. Gila simple sampai saye tak percaya dengan syarat-syarat yang super simple. Just tweet kat Qarl ayat-ayat cinta sahaja.



"Cinta bila seorang ibu sanggup berlapar demi melihat anaknya kenyang, kawan yang ada RM5 dalam poket tapi still offer belanja makan, kekasih yang sudi OT sebab nak kahwin cepat;)"

p/s : Hahaha merapu kan..ye saye tahu T_____T


~sehingga ke next entry

Entry Geli-Geli..Ahhh WTF

Tadi saye study statistik. Dah nama pun statistik kan so mestilah saye tak boleh nak fokus lama-lama. Kenapalah wujud subjek-subjek macam ni..aishhhh.

Then blogwalking sekejap.

Lepas tu terjumpa website ni,

"Love meter?? Kejadah apa benda mengarut ni..." kata saye sambil tangan terus taip nama sendiri dengan nama partner. Kehkehkeh...sebenarnya saye memang tak tahu nak letak nama siapa kat situ, jadi saye letaklah nama teeeeeeeeeeeettttttttttt. Tapi kerja-kerja macam ni kena lah pandai cover, dibuatnya dia baca entry nih..euwwww malu lah I



tengok situ...dalam perjalanan ke hubungan yang sukses, maknanya haku kena berusaha mengorat mamat ni lagi ..ewwyuuuu !!!

Nah kalau rasa boring then nak buat benda yang sebenarnya tak kelakar tapi macam kelakar just klik kat sini


p/ s : nama siapa ye saye taruk kat situ...entah-entah nama kau ^__^ hik2.


~sehingga ke next entry..sorry sebab gewdix sikit T_____T

.

5 fakta pada hari ini. Jom cekidaut!

Fakta 1

Nama saye Farah Azreen. Umur saye 22 tahun tapi siryesly wei saye tak tipu yang saye tak nampak macam 22 tahun. Senang cerita baby face lah kan hahahahaa. Hobi saye online. Kiranya saye memang suka berada di atas talian. Nak-nak pulak talian percuma kat UPM ni hahahaha.


Belah kiri tu saye belah kanan tu Aye. See kami nampak macam sebaya kan.

Fakta 2

Hari ni 14 February, hari V-day/Valentine Day. Benda ni ada state kat dalam kelander kuda. Tadi ada baca artikel, katanya V-day juga dikenali sebagai Viagra Day sebab permintaan Viagra pada hari Valentine ni akan meningkat. Hoi jangan gelak ini fakta Ok. Bagi yang tak tahu apa viagra tuh, sila search sendiri. Kenapa permintaan Viagra meningkat?? Fikir-fikirlah sendiri.


Fakta 3

Tadi saye check Nuffnang. Yes!! got earning. Alolo nilai dia sangat cumel. Nak beli cekelat Hacks pun tak dapat lagi. Apatah lagi nak beli DSLR sebijik kan.

Fakta 4

Minggu ni saye akan ada 3 test selama 3 hari berturut-turut. Jadi mungkin akan sibuk menjalinkan hubungan dengan buku. Paling teruk hari rabu test statistik. Ini adalah giler killer subjek untuk saye. Ada sesiapa yang boleh ajar saye statistik tak??? T____________T. I hate Maths.

Saye budak BBA a.k.a bisnes.


Fakta 5

Sekarang sudah pukul 2 setengah tapi saye masih belum mandi hahahaha. Ok nak pergi mandi sekarang. Bye


p/s : kawan-kawan sila rajin update blog sebab saye rajin blogwalking ;). V-day tak dianjurkan untuk orang Islam tahu.



~sehingga ke next entry





Sunday, February 13, 2011

Makan untuk hidup...

Burppppp!!! Alhamdulillah.

Ok sekarang sudah dinner, mestilah sudah kenyang. Kalau sudah dinner tapi masih belum kenyang mesti kau lupa baca Bismillah T________T

Sebenarnya saye mengidam nak makan laksa. Euwww ni semua gara-gara tengok blog cik Daia. Tapi tak jumpa laksa pun.

Cik perut sila jangan merajuk sebab tak dapat makan makanan idaman ok. Tak ada laksa kita makan benda lain ye.

Nah perut, haku bagi kau yang ini....



Spicy sausage, chicken lasagna and sanquick nyummyyy!!!


Uhhh sangat best makan pizza sambil duduk bersila lalu kenyang lantas duduk berlunjur sambil bukak button jeans kasi seluar longgar.

Selera makan saye sudah kembali. Syukur.


p/s : kalau lepas makan terus TERtidur lagi nikmat kan hahahaha




~sehingga ke next entry

Saturday, February 12, 2011

Thank You!!!!!

Lappie still macam hidup segan mati tak mahu..erk?

Eh hari ada orang yang celebrate birthday saye. Cara paling cool sekali, tak main ah tiup-tiup lilin then buat wish depan kek.

Thanks pakcik sebab bawa saye pergi main ROLLER BLADE yeeeehawwww!!!

Best sangat dan next time takkan serik pergi sana lagi walaupun kepala lutut lebam dah macam manggis dah haku tengok.

Saye tak pandai main wei. Lebih 10 kali jatuh, mula-mula rasa nak give up je. First time jatuh boleh lah gelak-gelak, lama-lama asyik jatuh je mula rasa fed up. Pastu pelik kenapa orang lain tak jatuh pun.

Bila jatuh dah tak boleh nak bangun. Terkial-kial, nasib baik ada pakcik hehehe. First time beliau hulur tangan nak tarik saye, memang dup dap dup dap jugak lah kan...tapi nak buat macam mana. Saye tahu mesti dia kesian sangat tengok saye T_______T

Thanks pakcik sebab jadi seorang kawan yang super cool.

Thanks sebab teman saye main roller blade.

Thanks sebab sudi tunjuk ajar saye.

Thanks sebab belanja saye makan kat T G I Friday. Mahal wooohhh makan kat situ. Rasa nak muntahkan balik semua makanan masa tengok bill.

Thanks sebab bagi hadiah yang super cool macam kau hehehehe.



tengok kat bawah tu tulis apa adik-adik.."specially for Farah Azreen" hehehe

Jeng3x. So dah ade air craft sendiri....pasni boleh pergi korea bila-bila masa je

So manyak-manyak thanks...aishhh tak tau dah berapa banyak thanks daa..

Ohh tak ada gambar-gambar kan...errr nanti saye mintak dengan pakcik super cool. Eh apasal saye tiba-tiba panggil beliau nih pakcik??? hahahaha dia bukan orang tua ok



p/s : Macam dah pandai sikit main roller blade...hehehehehehe


~sehingga ke next entry

Friday, February 11, 2011

Versi Happy Meal : Misi ke Australia.

Kan saye dah kata yang saye nak pergi bercuti kan..

So tahniah!!! Wish come true

Terimalah tiket ke Australia. Opsss one way sahaja, balik sila tanggung sendiri.

Eksaited bukan???

Jadi saye telah berkira-kira nak keluarkan duit simpanan untuk beli tiket balik. Yuuuu jom pergi bank!!

Eh tapi kenapa CIMB tutup?? Pelik ah, bank tutup on week days.

Dah jangan kecoh...jom pergi bank lain. Boikot CIMB!!!

Pergi bank apekenamenyentah. Sekali Cik kat kaunter cakap dah tak boleh berurusan sebab dah malam. Aihhh dah malam tapi kenapa bank bukak lagi?? Pelik lagi sekali.

Pelik...

Zssszssszsss* (bunyi cengkerik)





walaupun dah bangun pagi gosok gigi mandi dan pakai deoderen tapi kenapa muka masih aneh begitu



p/s : Dah tak rasa pelik sebab kejadian tersebut hanya mimpi. Tapi saye masih tertanya-tanya siapa yang kasi tiket pergi Australia dalam mimpi saye tu ye??? Boleh tolong mengaku tak??
Lagi-lagi mimpi sekerat jalan, tak mendatangkan hasil betul.



~sehingga ke next entry


wish Yyna Anas the best of luck for tonite. Selamat Berjuang!!! yaearghhhh

Kenapa blog kau asyik letak gambar kau???

Blog for me is a online diary.

Dalam blog ni cuma ada kisah saye dan orang-orang disekeliling saye sahaja.

Ahahah memang dull sangat kan...sorry.


Tapi apa pun buat kawan-kawan yang pernah baca, dan tak sengaja baca entry-entry di blog comot nih, walaupun tak ramai, saye tetap hargai dan nak cakap

THANK YOU SO MUCH
ARIGATOU GOZAIMASU
XIE-XIE
MERCI
MILLE GRAZIE
KAMSA HAMNEEDA
SALAMAT





Thanks wei...ni memang betul-betul ikhlas ni. Kepada follower yang 24 orang tu...lagilah thanks.

p/s : "follower kau baru 24 orang??? common la wei orang lain dah 7,8K dah"
        ...hahaha follower haku memang sikit...so what????


~sehingga ke next entry

Thursday, February 10, 2011

No audio output device is installed...oh no!!

 Balik dari kelas eksaited nak terjah lappie. Rindu lappie sebab dan 5 jam tak jumpa.

Tapi bila dah on rasa pelik bila tengok icon sound ada tanda pangkah-pangkah merah pulak.

Mute ke?? 

nampak tak kat situ...dekat sound tu ada lambang undilah saye


Rasa berdebar....

Cepat-cepat bukak winamp...test test 1 2 3

uwaaaaaaa!!!!

Nangis bila lappie dah tak ada sound.

Try repair...konon je padahal tak tau apa nak buat.


try fix konon-konon...dia cakap guwa tak install sound device, berani dia cakap cam gitu

Cara yang terbaik kecohkan perkara ini kepada roommate, siapa tahu depa nih tera ka kan..??

"weih..apsal ngan laptop aku nih..sound takde..???"

Cara macam nih memang berkesan sebab cepat je Yyna Anas tolong saye. Eh bukan tolong repair tapi tolong khabarkan berita tak baik ini kepada yang pakar.

So kawan Yyna pun tolonglah check my lappie. The best part is kawan dia nih check guna team viewer. Maknanya beliau nih dah tengok isi-isi lappie saye secara online lah. Saye macam terkagum je bila tengok cursor bergerak-gerak sendiri. Macam magic. Aihhhh kalau dah buta IT memanglah macam gini.

Tapi.....

Masalah tetap tak dapat di atasi.

Lappie still membisu.

Arghhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!111111

Macam mana saye nak dengar lagu??

Macam mana saye nak tengok movie??

Macam mana saye nak layan you tube??

Macam mana saye nak karok???

Macam mana saye nak dengar lagu kat blog kau best ke tak best??

Macam mana???

Macam mana??

Ahhh memanglah bulltahi!!!

Kalau format laptop boleh selesaikan masalah tak?


p/s : sedang berkira-kira nak beli laptop baru, ganti lappie nih sebab makin tua makin banyak pulak panyakit beliau....amacam cik lappie??


~sehingga ke next entry

Versi shahdu...bila mata jadi degil..suruh tidur dia tak mahu


Rasanya suhu badan dah menurun. Eh seronoknya sebab sudah sihat yay!! Tapi kan macam sedih sikit sebab nanti tak ada orang nak kasi pesanan penaja yang sweet-sweet.

"nanti jangan lupa makan ubat tau.."


" rehat la..ko kan baru nak pulih.."


"Jangan study sampai lewat malam, tidur awal ok.."

Hahahah terimas kat kawan-kawan yang ambil berat. Ohh pastinya berat saye sudah menurun sekarang sebab dah tiga hari tiada selera makan.

Minggu ni, terasa panjang dan lama, bosan dan tak teratur, malas dan menjemukan. Saye betul-betul terasa mahu pack barang-barang, tarik luggage dan pergi bercuti jauh-jauh.

Hmmmmmm





miss this moment so much



p/s : hoi mata, bila saye study kau beriya mangantuk, bila saye free bukan main kau degil yeh..


~sehingga ke next entry

Wednesday, February 9, 2011

Interview di MARDI

Menjadi wartawan bisu..

Hahaha

Ok ceritanya macam ni, on tuesday we got to interview human resource manager to completed our assignment.

Dan malangnya saye dalam keadaan yang tidak sihat. Yes, batuk dan selsema masih tidak mahu pergi, suara masih serak-serak itik maka jadilah saye seorang wartawan bisu hahaha.

Sepanjang interview tu, saye langsung tak bertanya apa-apa soalan, luckily have another 4 mouth yang tak bisu dan boleh sembang kencang dengan Encik tersebut. Haku jadi tukang tangkap gambar dengan tukang rakam je.

Encik Aizat dan para human resource manager wannabe. Abaikan muka sakit saye tu

Go away fever supaya saye boleh senyum dengan riang seperti mereka

Here is MARDI, where the research about Human Resource was conducted

Gigih nak bergambar walaupun tengah panas.


p/s : ..........................................................................


~sehingga ke next entry

Tuesday, February 8, 2011

Entry Hari Ahad



aku mula jatuh hati kepadamu
setelah kau kata cinta padaku
masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama
pertama kali kita bersua
bertentang mata
terasa ada kimia
diantara kita
kau kucup pipi ku
kau bisikkan cintamu
kau kata baby i love u
kau cairkan hatiku
bahagia
ku rasa disaat 
kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah
pelangi cintamu


Hobi saye yang ketigabelas adalah dengar lagu-lagu kat youtube. Tambah pulak ada kawan yang suggest satu lagu pada saye. Dia minta saye dengar lagu kimia by Melda Ahmad. Saye kenal Melda Ahmad dengan lagu putus, tapi lagu kimia saye memang tak pernah dengar. Jadi tanpa segan silu saye cari lagu kimia di youtube

Terfeeling sebentar...

Sedap..suara beliau memanglah nice, lirik lagu juga sangat nice.


.......................................


p/s ; eh kenapa pulak tajuk entry ni "entry hari ahad" ??. It's cuz i'm writing this entry on last sunday but only publish today then dah malas nak edit. Faham???

~sehingga ke next entry



I'm Sick

Saye budak hingusan...

Yup. It's true.

Got cough and flu, it's automatically rising up my body temperature. Condition saye tak elok sangat sebab tak dapat bernafas properly, tak dapat berdiri lama-lama sebab nanti rasa nak pitam, suara pun dah macam kanak-kanak lelaki akil baligh...

Hobi saye sekarang adalah makan ubat. Ye walaupun saye seorang yang penakut dengan ubat tapi saye kena makan ubat sebab perlu cepat sembuh kerana saye ada banyak test minggu ini. Dan semalam buat pertama kali dalam hidup saye makan panadol "soluble" yang rasanya macam watdefish hahahaha.


Jangan pisahkan saye dengan tisu unless kau sudi pinjamkan tudung kau buat saye lap hingusT___T


p/s : saye juga makan ubat cap kerajaan.



~sehingga ke next entry

Saturday, February 5, 2011

Random Entry

Mood : Sedih tapi lepas dengar lagu sahabat selamanya by Padi mood kembali ceria. Tahu tak kenapa saye sedih...??? sebab sudah meninggalkan Trolak T__________T

Sebab seminggu berada di kampung jadi hampir seminggu juga gagal mengupdate blog dengan jayanya. Busy beb busy hahahaha.

Aktiviti bila di kampung selain tidur, makan dan makan ialah....

MAKAN!!!

Hahaha duduk dirumah lama-lama bisa buat guwe gemok dong.

with my mak...at pizza Hut.

My sis with her son. Darwisy dah pandai pakai spoon and fork properly, Good!! sebab pasni boleh belanja acu lagi hahahaha

Another sis of mine..semua rahsia saye dalam poket beliau...

Selain tu, aktiviti saye yang lain ialah makan tengah hari di gerai kelas B. Cuma kelas B sahaja, tapi lebih baik daripada "takde kelaaaassssss" bukan.



Muka budak lapar, tunggu mee bandung yang tak sampai-sampai.
Cuti mid sem walaupun seminggu dan tak sempat nak kemana-mana sangat tapi terasa cukup precious bila dapat spend all time together with my family. 

I heart my family

p/s : siapa yang dah janji nak belanja saye makan itu hari ye??? hahaha jangan buat-buat lupa pulak.



~sehingga ke next entry