Friday, January 7, 2011

Stereotype

Pandangan masyarakat yang sangat streotaip terhadap kaum wanita.

Cewah macam good2 je kan nak tulis entry pasal ni. Sebenarnya taklah nak huraikan secara ilmiah sangat, cuma terasa nak luahkan pandangan dalam hal ni. Chewahhhhh lagi

Contoh 1

Perempuan tidak bertudung (free hair), berpakaian sopan menutup aurat.
~Dia ni pakai dah cantik dah, tapi cubalah pakai tudung, mesti cantik
~Pakai baju kurung pun tapi kalau tak pakai tudung tak guna
~Dia ingat rambut dia cantik???

Contoh 2

Perempuan tidak bertudung (free hair), pakai spaghetti stripe, skinny jeans dan pakaian yang sewaktu dengannya
~Nak tunjuk lurah pun agak-agak lah
~Ciss macam ni reject nak buat bini
~Ni stok pakai buang boleh sangat ni

Contoh 3

Perempuan bertudung labuh, berbaju kurung.
~Nak tunjuk baik lah tu
~Alah, entah-entah nak tutup love bite je tu
~Out dated fashion lah
~Macam makcik-makcik, tak mau lah keluar dengan dia ni

Contoh 4

Perempuan yang bertudung warna-warni, ada reben besar-besar, pakai baju stylo habis dan masih menutup aurat.
~Ek eleh perempuan ni, baik tak payah pakai tudung
~Dia ni mesti gedik
~Dah habis perasan lawa minah ni

Contoh 5

Perempuan yang biasa-biasa je dalam berpakaian, pakai tudung, pakai t-shirt dan jeans tapi tak sendat.
~Ha macam nilah ok

Tapi itupun kalau perempuan dalam contoh 5 tu cantiklah, cuba kalau dia kureeeennggg sikit cantiknya ada ke kau nak puji dia ok???

Tapi cuba kalau artis...

Ana Rafali, Yuna, Lisa Surihani, Nora Danish, Diana Danielle.....diorang ni gedik ke???

Tak kan....???

~
~

Tapi kata orang, daripada bertudung tapi pakai ketat baiklah tak payah pakai tudung. Tapi bayangkanlah kalau mereka-mereka ini ambil kata-kata tu bulat-bulat dan terus tak bertudung, tak ke nanti akan jadi cemuhan pulak.

Jadi seeloknya jangan nilai orang dari luaran sahaja. Sebab apa yang dia buat, macam mana perangai dia, cuma Allah yang lebih tahu.

~Kasihan wanita~

...........................................................

Eh, tiba-tiba nak selit kat sini.....ni outfit pada hari jumaat.


Eh po bondo kau bawak plastik-plastik bagai ni??? Ni namanya bershopping di kedai runcit.


Duhh!!! kantoi pakai seliper lak.

4 comments:

si para para said...

ikut la panduan agama dalam bab berpakaian...

kadang kadang orang tak suka..tapi Allah suka..tu lebih baik dari orang suka tapi Allah murka..

aLoNg.... said...

hahaha....
tu la...nk ikut ckp org binasa la...
juz be urself...
asalkan menutup aurat dan kehendak syara' suda memadai..
kekadang ni jnis tudung berbelit2...
nk pkai amek masa stgh jam..
tp x menutup pn bahagian yg sepatutnye...

farahAzreenHJAhmad said...

si para-para, memanglah dalam islam wajib tutup aurat. Tapi kami yg mana belum perfect ni akan cuba utk jadi lebih baik...pelan-pelan kayuh la kan...tq anyway

farahAzreenHJAhmad said...

along, hahahaha yup betul. InsyaAllah kita betulkan mana yg tak betul. Try tutup mana yang tak tutup