Sunday, January 9, 2011

Soalan subjektif 25 markah

Assalamualaikum

Hari ni I nak bagi tips kat uolz semua cara-cara nak cantik *mood bertukar menjadi bapok kahkahkah

Hahaha taklah taklah...bergurau ok.

Bukan nak bagi tips pakai shawl ke, tips jaga kulit ke apa...tu semua kau boleh cari kat belog-belog orang cantik lawa. Saye just nak menjawab dengan lebih detail soalan kat bawah ni je.


Ok persoalan ni timbul masa saye sedang berchatting dengan kawan saye. "Babe kau cute je...jangan risau ok"

Well, if u're asking me about image, how to be stylish, actually u got a wrong person cuz honestly, saye bukanlah begitu pandai dalam bab-bab begini. Bab tidur dalam class haku pandai hahahaha.

Tapi apa salahnya kalau saye cuba jawab kan...betul salah belakang kira. *Hahahaha tak guna punya orang


Saya ada keinginan nak bergaya, tapi tak yakin dengan diri sendiri. 

Sebenarnya dari sudut pandangan saye yang rabun ni, kalau nak bergaya lebih sikit daripada orang lain, sila yakin dengan diri sendiri. One more thing, sila bersedia mental dan fizikal untuk menerima segala kritikan yang membina atau yang membinasa. Kadang-kadang bila kawan-kawan perli-perli sikit jangan lah cepat rasa down, sebaliknya errr...pendek kata tak payah lah nak peduli cakap orang sangat. Kan?? (angguk la..plizzzz)

Macam mana nak mula??? Nanti kawan-kawan terkejut pulak tengok penampilan baru saya....

Ha...silalah berubah sedikit demi sedikit kalau rasa malu nak berubah secara drastik. Contohnya kalau dah selalu pakai t-shirt, apa kata esok pakai t-shirt+cardigan. Kalau dah biasa pakai tudung warna pink yang plain je, apa kata esok pakai tudung pink berbunga-bunga ataupun pakailah shawl pink pulak. Hehehe so kau akan berubah sedikit demi sedikit.


Macam mana saya nak dapat guide yang betul tentang gaya saya. Takut nanti tak sesuai pulak.

Yang ni memang saye tak boleh nak jawab, sebab saye pun tak berapa pandai gak. Rajin-rajinlah belek-belek cleo ke dara.com ke rapi ke, takpun in-trend. Kalau ada masa lapang, usha la belog-belog awek trendy zaman sekarang ni. Kalau rasa tak cukup info cari lah kat you tube ke apa ke...Lepas tu jangan lah malu nak tanya pendapat kawan-kawan ok.

~

Ok macam tulah lebih kurang. Nak share lebih-lebih ilmu tak cukup lagi. Apa yang penting build up your confident level and be yourself.

Sehingga ke next entry....Bye

2 comments:

amier azrul said...

jwpn ko ni aku xdpt bg fullmarks.
heheheh

farahAzreenHJAhmad said...

amier, kalau bg jawapan full mark nanti orang kata "eh kau ni macam bagus je" hahahaha