Monday, January 17, 2011

Semangat hari Isnin

Hari ini dimulakan dengan ini

err abaikan komen-komen tersebut. Yang mahu di highlight kan ialah status saye

Kelas yang pertama adalah kelas Marketing...yesss!!!!

Setengah jam pertama : Fokus tahap ikan segar ok. Dengar presentation dengan teliti, dibuatnya Lecturer tanya nanti mampos tak boleh jawab.

Setengah jam kedua : Topik The mission statement...

Well defined mission statement should also be
-meaningful
-motivating
-firm's strength
-ikan siakap tiga rasa???
-sedap kot ikan siakap tiga rasa
-tapi macam ada bau ikan sungai sikit..
-ikan siakap asal laut ke sungai eh???

"Ehem-ehem..are you with me???" lecturer bertanya secara random..

"Yessss...!!!!" semua jawab dengan penuh berkeyakinan termasuk yang berbual topik ikan siakap tiga rasa tadi.

Masa seterusnya : Topik Firm objectives and goals

Mission to translated into supporting objectives...eh jadi tak pergi sungai congkak ni?? Oh aku tak bolehlah..hujung minggu nih nak balik rumah mak sedara aku...bla bla bla...sewa kereta..bla bla bla..shawl cantik..bla bla bla...kain cotton...jalan tar..bla bla bla...pergi dating....

"Ok everybody's understand rite???"Sekali lagi lecturer bertanya secara random

"Yesss...!!!!" sekali lagi semua menjawab dengan penuh yakin tanpa was-was.

"See you in the next class."

"Yesss..!!!!" dalam hati sahaja ;)


p/s : saye duduk di barisan hadapan sekali di dalam kelas....ini cerita benar.

~sehingga ke next entry

No comments: