Thursday, January 6, 2011

My name is Azreen......Farah Azreen

Ada apa dengan nama?? 

Dulu masa saye kecik-kecik saye ada sedikit konflik dengan diri sendiri. Sebelum tidur, landing baik atas katil sambil kaki silang, tangan letak atas dahi, saye fikir kenapa nama saye farah azreen??? Azreen tu bukan nama lelaki ke??

Itu dah satu hal....

Tambah lagi hal lain....

Masa darjah satu, saye ada classmate nama INA (nama sebenar). Ina ni ada masalah kesihatan sedikit so setiap hari mak dia akan temankan dia di sekolah. Satu hari masa mak dia nak bawa dia ke kantin dan kebetulan saye dan rakan-rakan juga nak ke kantin. Saye pun dengarlah dia borak dengan mak dia. 

"Yang kat belakang tu nama dia azrin (merujuk kepada kawan saye yang bernama syazwani azrin)" Ina menerangkan.

"Yang seorang lagi nama dia azren *(pronounce like diz A.Z.R.E.N..)   Emak Ina angguk tanda faham.

Itu memang menjadi konflik dalaman sebab saye fikir kenapa nama saye tak di eja Azrin macam nama kawan saye so that bunyinya akan kedengaran nice. LOL


.....................................................................
Tapi itu kejadian masa saye kanak-kanak. Hormon masih kanak-kanak dan tidak ada kesedaran untuk menghargai nama sendiri. 
Sekarang.....

Saye sangat suka dengan nama saye. Dan saye suka kalau orang mahu memanggil saye dengan nama penuh setiap masa. Itupun kalau mahulah.

Dan kadang kalau ada sikap ingin tahu, beginilah saye akan buat

 ~cari berapa ramai orang lain yang ada nama macam saye kat fesbuk hehehehehe




Ramai dowh...tak la unik sangat nama haku nih rupanya.


Dan bila borak-borak dengan puan emak, dia cakap

"Ok lah tu, kalau tak mak nak letak nama siti hawa takpun aminah ja kat hang..."

Fine mak fine....harus diakui bahawa puan emak memang classic ever.



Nama saye ada maksud yang baik dalam bahasa arab. Farah bererti Joy. So instead farah, maybe you can call me joy. Hahaha bergurau ok bergurau.

Kalau azreen pulak...err setakat ni saye tak jumpa lagi. Puaslah cari dalam buku "nama-nama Islam" tapi masih tak jumpa-jumpa. Search kat google pon tak jumpa gak, tapi at least ada benda ni (yang semua orang even me can do it T____T)

Dapat benda ni kat laman web ini. Thanks anyway



p/s : Puan emak memang ah classic, agaknya kalau dia ibu zaman sekarang mau dia letak nama aku himegyaru takpun nora danish kehkehkeh

6 comments:

Aiza Isabela said...

nice name babe..
starting 2morrow, i will call u joy.. okey x...;p
hehehe

farahAzreenHJAhmad said...

aiza, joy tu macam geli skit la hahahaha

amier azrul said...

hai joy :p

farahAzreenHJAhmad said...

amier, hye T____T (macam ni ah kawan)

Azrin (Olin) said...

Nice name dik Farah Azreen..:Masa akak sekolah rendah dulu, ada sorg ustaz bagitau, makna nama Azrin/Azreen : kekuatan..sama makna dengan nama Azri. :)

Akak pun lega bila ustaz bagitau camtu sbb nama akak Azrin Binti Suroto. :)

Unknown said...

nama sy pon azrin, susah nak cari maksud nama azrin.. kalau betul nama azrin tu adalah kekuatan jadi nama sy kekuatan, merasa tenteram bersama Allah
(azrin unsu billah) alhamdulillah