Monday, January 24, 2011

Kalau dah namanya class marketing.....

Class marketing memang menseronokkan sebab Dr Ganesh suka membuat jenaka. Beliau akan membuat jenaka sejam 3 kali. Maknanya kalau kelas 2 jam, beliau akan membuat jenaka sebanyak 6 kali, seronok bukan???

Tapi sementara menunggu jenaka daripada beliau, perkara yang selalu saye alami ialah syaitan yang direjam itu akan berpaut pada bulu mata palsu saye, jadi secara automatik rasa mengantuk akan datang.

Untuk menghilangkan rasa mengantuk ni, saye akan guna 2 strategi

1) Ajak kawan sebelah berborak secara bisik-membisik. Yang ini kurang efektif kerana kau asyik kena cakap "ha apa dia??" secara berbisik.


2) Ajak kawan sebelah kiri tangkap gambar bersama dan kawan disebelah kanan pelisss tolong ambilkan gambar kitaorang hahahaha. 



 

Cuma satu je saye nak pesan...walaupun sibuk tangkap gambar, jangan sampai tertangkap dengan lecturer T______________T


p/s : cita-cita saye adalah pegawai pemasaran hahahahaha

~sehingga ke next entry..




No comments: