Saturday, January 29, 2011

Fairy Tale of Sindarela

Ini kisah sindarela dalam versi melayu. See It's sindarela not cindarella ;)

"wahai cermin, siapakah gadis yang tersedih dalam negara ini..??"

Ting!!!!

"Inilah gadis yang tersedih dalam negara ini."

"Mengapakah beliau begitu bersedih sekali wahai cermin ajaib??"

Haishhh..sedih??? Siapa kata saye sedih??? Ok kelmarin, semalam dan beberapa hari lepas saye memang dalam mood yang tak berapa nak stabil but now...sedih no more hahahaha.

Ok sambung cerita...

"wahai cermin ajaib..siapakah gadis yang paling gembira dalam negara ini??"

Ting!!!



"ciss muka dia nih lagi, boring ah..by the way, awat hang ni kotoq sangat cermin ajaib oi...tuan hang tak cuci ka???"

T__________________T


p/s : hahaha dah upload pic baru perasan cermin tu memang tak crystal clear langsung, ish ish ish my bad!! (sambil tendang kucing kuning sebab nak cover malu)


~sehingga ke next entry

Lama sangat dah tak bukak My Space

Dalam hidup saye, saye kenal dengan beberapa orang lelaki yang berjiwa wanita..err mungkin lebih tepat lelaki lembut

Eh..alamak..sebelum tu saye nak mohon ampun dan maaf yeh sebab tiba-tiba bukak topik macam nih.

Dulu insan berjiwa lembut luaran lelaki yang saye kenal adalah Jaafar Onn. Saye kenal dia nih sebab dulu saye suka tengok drama cili padi. Jaafar Onn jadi cikgu kalau tak silap. Macam lembut-lembut. Tapi dalam dunia sebenar beliau adalah normal. Mintak maaf yeh encik Jaafar~

Bila dah semakin membesar dan semakin mengenal dunia luar, saye jumpa lagi ramai yang lembut-lembut secara real bukan lagi lakonan semata-mata.

Masa saye kerja kat mcD lagi lah ramai customer yang luaran wanita dalaman lelaki. Sampai saye confused nak panggil abang ke kakak nih.

"Satu Mc Flurry ye dik ...!!!" masyaAllah kakak cantik macam Luna Maya bersuara Malik Noor....
"Okey!!" saye jawab sambil sengih-sengih kerang. Bila pusing belakang, bantai gelak dalam hati sampai nangis.

T_________________T

Eh tapi bukan itu yang saye nak ceritakan....

Tadi saye tergerak hati nak bukak My Space. Lama sangat dah tak bukak sejak-sejak My Space dengan YM saye kena ceroboh dulu. Sekali tak ingat password sampai kena create password baru.

Then bila dah bukak banyaklah mesej-mesej didalam inbox saye. Tiba-tiba nampak ada gadis cantik bagi mesej kat saye. Sebab rasa curious yang tinggi lalu saye open mesej tersebut.

"Join me in a group $#%^&. We can have fun together"


Pastu tengok detail pemberi mesej tersebut

Transsexual Group 
28/Female

Transsexual tu bukan geng-geng bapok ke???. Saye tak marah ok kau nak jadi bapok ke apa ke tapi pelissss dong jangan libatkan saye dalam hal-hal begini. Adakah haku nampak seperti luaran perempuan dalaman lelaki...T_________T Memang ah sangat shit!!!!

Tak mau dah bukak My Space dah pasni.





p/s : habit gigit kuku tak hilang-hilang...cane nak buat ntah.



~sehingga ke next entry..

Wednesday, January 26, 2011

Benci bilang cinta...eh mana ada, saye memang benci kau lah.

Tengok Shrek after forever pun boleh nangis...

Tengok Toy Story 3 yang mencemaskan tu pon nangis jugak...

Even tangok Ngangkung yang seram-seram kelakar tu pun masih menagis lagi.



Dasar cengeng!!!!

DEMMMMMM!!!!

Tuesday, January 25, 2011

Kalau dah umur 22 boleh dapat hadiah lagi tak???




Bila bangun pagi tadi...mula-mula rasa macam taknak bangun je. Mata bagai digam dengan beriyani gam. Tarik selimut dan pusing kiri...

eh???

Tiba-tiba saye nampak ini atas meja saye.






Hahahah terus tak tunggu lagi, terus serbu pakai gear lapan.

Yeay!!! Terimas kat Yyna Anas, Cik Shazana Laila dan Cik kupu-kupu sebab kasi saye hadiah nih, Sayeeeee suuuukaaaa sangat dong sama hadiahnya...!!!


Ahh sebelum terlupa akibat tenggelam dalam lautan keharuan tahap tsunami ni terimalah serangkap pantun daripada saye...



Dalam semak ada peti
Ayam kuning buat sarang
Tahun depan bufday haku lagi
Aku memang sayang gila la kat korang!!!

Saye dah jual pantun...kau beli lah...amacam???

p/s : kalau macam nih, nak bufday hari-hari lah...23 bufday saye, 24 bufday saye gak, 25 pon bufday saye bla bla bla...style en, en????

~sehingga ke next hadiah..eh silap next entry...

Monday, January 24, 2011

Kalau dah namanya class marketing.....

Class marketing memang menseronokkan sebab Dr Ganesh suka membuat jenaka. Beliau akan membuat jenaka sejam 3 kali. Maknanya kalau kelas 2 jam, beliau akan membuat jenaka sebanyak 6 kali, seronok bukan???

Tapi sementara menunggu jenaka daripada beliau, perkara yang selalu saye alami ialah syaitan yang direjam itu akan berpaut pada bulu mata palsu saye, jadi secara automatik rasa mengantuk akan datang.

Untuk menghilangkan rasa mengantuk ni, saye akan guna 2 strategi

1) Ajak kawan sebelah berborak secara bisik-membisik. Yang ini kurang efektif kerana kau asyik kena cakap "ha apa dia??" secara berbisik.


2) Ajak kawan sebelah kiri tangkap gambar bersama dan kawan disebelah kanan pelisss tolong ambilkan gambar kitaorang hahahaha. 



 

Cuma satu je saye nak pesan...walaupun sibuk tangkap gambar, jangan sampai tertangkap dengan lecturer T______________T


p/s : cita-cita saye adalah pegawai pemasaran hahahahaha

~sehingga ke next entry..




Pending

Gagal mengupdate blog dengan cerita terkini.

Mood : otak menjadi jammed...inilah yang dinamakan daya kreatif yang telah lumpuh.

Aktiviti : berhibernasi secara kerap dan menonton Tangled Rapunzel sebanyak 41/2 kali.


adakah gambar ini nampak seperti saye mangalami tekanan...atau sedang mengalami diarrhea..eh?


Oh lama-lama begini bisa buat kepala pusing dong. I really can't wait to be at home. Hmmmmm* mengeluh kuat-kuat.
Now I'm sick!!!!

p/s : mesti bila baca entry nih kau akan cakap "ish what the fish!!! apa yang budak Farah nih merapu ni...nyesal singgah sini..." huhuhuhu jangan ah nyesal tau, esok datang singgah lagi ok. Malam nih saye mengalami sindrom writer's block T__________T Esok janji tak buat lagi.


~sehingga ke next entry yang lebih bermutu




Sunday, January 23, 2011

Qu ni sheng er kuai le & Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu!!!!




Tika aku sedar dari mimpi
aku berterima kasih pada mu Ya Allah
kerana memanjangkan umurku
setahun lagi

Semoga dengan bertambahnya usiaku
seiring dengan
bertambahnya kematangan, rezeki dan kebijaksanaan
serta cinta pada-MU










p/s : qu ni sheng er kuai le adalah bahasa mandrin dan otanjou bi omedetou gozaimasu adalah bahasa jepun yang bermaksud nenek kau canteq..hahaha bergurau ok maksudnya selamat hari jadi.

~sehingga ke next entry

All about 22

 22 people who wish my bufday at fesbuk



Owrite sekarang saye akan beritahu kenapa ada entry ALL ABOUT 22 macam entry ini dan entry sebelum ni.

Sebab sekarang saye sudah berumur 22 tahun. Yeeee sekarang, hari inilah maksud saye.

Jadi sekarang mari lihat siapa 22 orang terawal wish bufday kat saye di fesbuk






Ok dah cukup 22 orang...thanks pada semua yang susah wish kat saye. Eh sebenarnya ramai lagi kawan-kawan lain yang wish jugak tapi sebab entry nih pasal 22 orang je so saye terpaksa ambil 22 orang terawal. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak.

Tapi ada seorang ni yang paling special sekali sebab dia adalah orang yang paling awal giving a wish

Tq so much kak ngah...I luv U from hujung rambut to hujung kaki hahahaha

Dan kawan-kawan yang wish via sms, call, chat dan paling special cik yyna yang wish me live unplug...thanks so much

p/s : ade seorang kawan saye yang panggil saye "blogger girl" hahahaha Thanks to Encik Azmir Azlan Masduki sebab pernah singgah di blog saye yang tak seberapa ni ye. Apa?? nak kenal??? alamak nanti saye check beliau nih available lagi ke tak.

Satu lagi, ada beberapa orang yang mention pada saye yang bufday saye sama dengan WAK. Walaupun saye tak kenal Wak siapakah, dan saye tahu Wak itu tak akan baca blog ni tapi saye tetap nak ucapkan SELAMAT HAPPY BUFDAY kat beliau ;)

~sehingga ke next entry

Saturday, January 22, 2011

All about 22 part 1

22 things I had

1. Mak ayah yang paling best kat dunia

2. 4 orang kakak yang superb

3. Seorang abang yang sempoi habis

4. 8 orang anak buah yang errr riuh

5. Ipar-ipar yang sangat ngam dengan saye

6. Keluarga yang besar..termasuk mak sedara, bapak sedara, sepupu sepapat dan sewaktu dengannya

7. Kawan-kawan dunia akhirat

8. Kawan masa childhood yang cantik refer to Cik Izan dan Cik Dayah

9. Guru-guru yang sentiasa berjasa dari darjah satu sampai sekarang. Saye tak sekolah tadika

10. Handphone sony ericcson dan nokia yang dua-dua tak canggih sangat

11. Lappie Acer yang old skool

12. Rupa paras yang sederhana

13. Mata yang rabun

14. Ex-boyfriend yang sporting..dan ada yang tidak sporting hahahaha

15. Bakat melukis yang tidak seberapa

16. Sense of fashion yang limited

17. Kad pengenalan warna biru

18. Ketinggian yang tak berapa nak cukup

19. Blog yang bernama Farah Azreen

20. Ada account facebook, twitter, myspace, friendster. Yang lain saye tak mempunyai

21. Kesabaran untuk menghadapi kerenah orang lain

22. Sedikit sikap hipokrit
 
That's a lot of thing i wanna to put here..tapi ruang hanya untuk 22 perkara sahaja


22 things irritating me

1. Add saye kat fesbuk...tapi rupanya tak kenal saye pun

2. Terasa nak update blog..tiba-tiba lost connection.

3. Baju kotor dah penuh dalam baldi

4. Serdak biskut/roti penuh dalam air nescafe

5. Tanya soalan "kau pernah ada berapa orang bf???"

6. Rasa haus..baru je nak minum air tiba-tiba nampak semut berenang dalam air tu

7. Kawan yang tak puas hati, tapi taknak cakap depan-depan..tapi tak habis-habis nak perli

8. Someone who keep make missed called until u reply his sms back

9. Nak draw duit kat ATM, tapi tak bawak card...T_____T

10. Order makan kat kedai makan...lepas 25 minit datang balik suruh order semula

11. Order jus tembikai..dapat jus epal

12. Harga makanan kat kafe kolej mahal setanding dengan harga kat steak house

13. Lappie hang..

14. Paip rosak dalam tandas...sedangkan dah kencing

15. Tandas tersumbat...cuma tersedar selepas flush..buwekkkk

16. Sidai baju kat ampai...lepas lima minit hujan turun mencurah ke ladang gandum

17. Jari sakit semasa menaip perkara ke 17......so sampai di sini sahaja ;)



p/s : Update blog sambil jeling-jeling buku Law (Akta Kontrak) Gigih tak???


~sehingga ke next entry

Friday, January 21, 2011

Lambang Yahudi dalam PC/Lappie anda

 Ini entry yang penting dan serious

Buka komputer/laptop anda pada direktoriC:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, cari gambar bernamaJ0285926 . Anda akan temukan gambar Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka). HAPUS! Gambar tersebut ada disemua PC di seluruh dunia.

SEBARKAN SEMAMPUNYA..

kopi dan pes from here

Walaupun kalau dah delete tapi tak effect apa-apa pun kat Israel lakhnat tuh, tapi saye tetap nak delete lambang tersebut.

Walaupun saye still makan mcD, minum kat starbuck dan etc etc, tapi saye tetap nak delete lambang tuh.

Walaupun saye pengguna fesbuk, tapi saye tetap nak delete lambang tuh...

Argghhhh bencinya..kenapa banyak sangat bayang-bayang yahudi kat dunia nih.

p/s : ... T__________________T

~sehingga ke next entry

Makcik kafe buli saye?????

Harga makanan di kafe kolej saye sudah meningkat.

Urghh..stress!!!

Memang ah makcik kafe tuh saja nak buli saye. Ambil ikan sardin dengan telur dadar pun harga lebih mahal daripada nasi ayam.

Macam nih nak ngadu kat best friend la...

Akhirnya seorang lagi kawan saye telah bertemu Miss Right nya. Happy for him tapi macam sedih jugak sebenarnya cuz i know after this he'll never be a same man. Mestilah beliau dah tak ada masa untuk saye lagi. Uhh mesti dah tak dapat lepak sama-sama lagi T_____T

"congrate...!!!!" I replied him after he text me "finally dah jumpa someone..now dlm proses hu3"

Hahaha nampak je yang saye macam ikhlas tapi sebenarnya terasa sedikit sedih dan kalau ada kucing kuning lalu depan saye time tu, pasti saye ambil nail clipper dan potong kuku beliau. Scary tak???

...............................

..............................

Err terpesong sekejap, ok balik kepada isu harga makanan di kafe saye yang naik mendadak. Naik mendadak?? tak jugak sebenarnya...harga makanan bergantung kepada makcik mana yang menulis harga pada resit. So kesimpulannya harga makanan memang tak menentu...untung sabut dapatlah kau makan dengan kadar yang berpatutan, tapi kalau untung batu...terimalah kau resit yang tertera harga makanan yang mencekik darah.

Sekian...itu je nak cakap.





muka kerisauan bila harga makanan naik dengan sesuka hati. aisssshhhh

p/s : Hari ni ualang tahun kelahiran yang ke teeetttt teacher Daing Nazatul Shima (DNS). Mari wish the best ramai-ramai kat teacher DNS.

~sehingga ke next entry

Heart broken.....

Sometimes we need a break sebab hati dah terpecah-pecah. When we have broken heart maka selera makan akan berkurangan, tenaga tidak banyak untuk menaip, otak menjadi block kesannya entry untuk blog menjadi seperti sampah.

Urghhh...

Yelah..yelah...with all my heart I'll let you go....hope u'll happy ever after with her.

...............................

...............................

...............................





sumber dari sini

p/s : hahahah taklah, saye tak frust pon Zaquan dah nak kawen. Sebab Ayu Raudah look really suit him. Kita doakan mereka bahagia ok.

~sehingga ke next entry

Wednesday, January 19, 2011

Di telan mati mak di luah mati bapak..burppp!!

Mak bapak korang bekerja tak???

Busy kan diorang sampai tak ada masa nak lunch sama-sama dengan kau.

Hari nih, saye nak bawa anda semua menyelami isi hati dan kesusahan ibu bapa yang bekerja.


bukan senang wei mak bapak korang tu kerja. Nak nak pulak dapat bos yang super bossy. Asyik-asyik nak suruh buat semakan semula. Tension tau
Tengok sampai pening garu kepala nak buat penyata kira-kira. Susah-susah kerja sampai lunch pun tak sempat apatah lagi nak balik rumah lunch dengan family

Kadang-kadang mak bapak nih buat je apa pun kerja asalkan hujung bulan dapat gaji, dapat belikan anak kepsi, dapat belikan buku teks, dapat belikan macam-macam lah

Walaupun kerna kerja teruk-teruk tapi mak bapak kita masih lagi boleh tersenyum.*.dengan riang..eh???

Kalau tengok drama melayu, adalah dialog lebih kurang macam nih

"mak nanti raya Anis nak baju baru ok..."
"ye sayang nanti mak belikan...." riak muka cuak sebab gaji dah tinggal berapa sen sangat. Persiapan raya tak buat lagi.

Susah kan...

So tak kira apa pun kerja mak bapak korang
CEO ke Accountant ke, Petani ke, Mekanik ke, Nelayan ke, Kerani ke, apa-apa kerja la
Sayangilah dan fahamilah mereka.

Habis...sekian.

p/s : Pandai kawan-kawan saye berlakon, Rosyam Noor takkan tengok je kot??? agak-agak bila boleh sain kontrak??? sambil angkat-angkat kening pandang Rosyam Noor hahahahaha

~sehingga ke next entry...

Tuesday, January 18, 2011

Ketika Cinta Bertasbih




AMARAN

Ini adalah enrty jiwang..sediakan baldi untuk muntah hijau..kenapa muntah hijau??? sebab kau kan makan cendol tadi muahahahaha

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Apakah cinta??

I Love U??
I Miss U??
Baby sayang Honey???
Mama sayang Papa??


Eh ni bukan puisi dong, ini soalan..tolong jawab pelissssss



i failed to make a definition about love until now..demmmm *kecewa lalu  makan maggi..


Sila pasang lagu Melly Goeslow "ketika cinta bertasbih" dan baca puisi ini dengan kelajuan 0.0013 km/j untuk lebih feel


Cinta itu adalah kekuatan,
yang mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta.

.........

Sekalipun cinta telah ku uraikan
dengan panjang lebar,
namun jika cinta ku datangi ,
namun aku jadi malu dengan keteranganku sendiri,
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menulikannya,
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta,
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tidak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan cinta,
dalam percintaan.

~dari novel Ketika Cinta Bertasbih~


p/s : hahaha jangan serik datang jengah ke blog saye walaupun terpaksa baca entry yang jiwang macam ni. Entry macam ni sangaja diadakan supaya kita tak lupa kat cikgu Bahasa Melayu masa sekolah dulu. Ha cuba kau sebut nama cikgu BM masa form 3 dulu....ingat lagi tak???

~sehingga ke next entry...

Nostalgia

"hye doremon...free tak???'

"so-so lah...ada hal ke???"

"doremon, jom pergi tahun 1993"

Ting!!!


Farah Azreen pada 18 tahun yang lepas. Apekebende binatang comel yang beliau peluk tuh...Tiba-tiba rasa binatang itu lebih gemuk berbanding Farah Azreen sendiri.


Ahahah..nostalgik lah gambar nih,

"Ok dah lah tu doremon....sekarang jom balik ke tahun 2011"

Ting!!!


Farah Azreen semasa menjalani usia akhir 21 tahun...Ok fine..nak cakap saye dah tua letewww..

 "Doremon jom pergi tahun 2020 pulak..."

"Maaf saudari...saye kena balik jepun sekarang jugak, nak makan dorayaki ;) "

"Ahhh blah la...kedekut!!!" sambil tendang bontot doremon laju-laju
.

p/s : doremon tak wujud...yang kat atas tu cerita rekaan semata-mata

~sehingga ke entry seterusnya...

Monday, January 17, 2011

Join Contest lagi...ayuh!




Contest Pic Hitam Putih Paling Cool
 

 
 Syarat-syarat penyertaan

1.okay macam biasa korang kena jadi follower blog ni
2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni
3.buat entry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau korang menang rm100? ?*ayat yang simple je tau!*
contoh : kalau saya menang , saya nak shawl banyak-banyak !
4.tag 5 kawan-kawan yang korang rasa mesti dia nak join !
5.tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011

 *kopi dan pes daripada blog penganjur...perlu ke??? hahahaha saje nak over di situ



Sekali lagi saye kena tag.
Ok saye join...uhhh lihat betapa sporting saye nih hahahaha...
Kali ini contest pic hitam putih paling cool. 

Dan Dengan Bangga Mempersembahkan....drummmm* bunyi orang main drum
....Teng Teng Teng....

 

Contest nih memang cool sebab suruh letak gambar cool. Tapi saye tak tahu nak pilih gambar yang cool so saye consider yang gambar di atas adalah cool jadi saye dengan coolnya telah telah upload gambar yang konon-kononnya cool ini. Hah kesimpulannya contest ni memang contest cool *kipas penganjur baik punya...

Kalau saye menang contest yang cool ni, saye akan mendapat hadiah bernilai seratus (RM). Eh ini pon paling cool sebab kita boleh pilih sendiri hadiah yang kita nak...tak ponah den sertai contest se cool nih hehehehe.

Owryte, kalau dapat seratus saye nak samsung galaxy pad idaman.

Tak logik???

Ais Krim Paddle Pop seratus batang...

Tak cukup best...

Baiklah kali ini saye akan fikirkan dengan serius. Kalau macam tu saye rasa hadiah yang paling sesuai adalah wang tunai rm 100. So penganjur tak payah nak tukar dengan apa-apa barang sebaliknya bagi je wang tunai. So saye boleh simpan duit tuh dalam tabung Haji buat modal pergi haji. COOL tak???

Ok saye akan men Tag seramai 5 orang...

yyna anas
Cik Hifaz
Cik Zetty
ali apeng
syaza safwan

Ok done!!!

p/s : sila doakan saye menang ye ;)

~sehingga ke next entry

Semangat hari Isnin

Hari ini dimulakan dengan ini

err abaikan komen-komen tersebut. Yang mahu di highlight kan ialah status saye

Kelas yang pertama adalah kelas Marketing...yesss!!!!

Setengah jam pertama : Fokus tahap ikan segar ok. Dengar presentation dengan teliti, dibuatnya Lecturer tanya nanti mampos tak boleh jawab.

Setengah jam kedua : Topik The mission statement...

Well defined mission statement should also be
-meaningful
-motivating
-firm's strength
-ikan siakap tiga rasa???
-sedap kot ikan siakap tiga rasa
-tapi macam ada bau ikan sungai sikit..
-ikan siakap asal laut ke sungai eh???

"Ehem-ehem..are you with me???" lecturer bertanya secara random..

"Yessss...!!!!" semua jawab dengan penuh berkeyakinan termasuk yang berbual topik ikan siakap tiga rasa tadi.

Masa seterusnya : Topik Firm objectives and goals

Mission to translated into supporting objectives...eh jadi tak pergi sungai congkak ni?? Oh aku tak bolehlah..hujung minggu nih nak balik rumah mak sedara aku...bla bla bla...sewa kereta..bla bla bla..shawl cantik..bla bla bla...kain cotton...jalan tar..bla bla bla...pergi dating....

"Ok everybody's understand rite???"Sekali lagi lecturer bertanya secara random

"Yesss...!!!!" sekali lagi semua menjawab dengan penuh yakin tanpa was-was.

"See you in the next class."

"Yesss..!!!!" dalam hati sahaja ;)


p/s : saye duduk di barisan hadapan sekali di dalam kelas....ini cerita benar.

~sehingga ke next entry

Sunday, January 16, 2011

Ini hari untuk mengenang kisah silam

Selamat hari ahad

Ini hari ahad pertama saye di bilik dalam semester ini...tak faham?? emm abaikan.

Eh pernahkah saye beritahu yang saye pernah ambil architecture course selama 6 bulan??? Tak pernah??? emm abaikan sekali lagi.

Pagi tadi saye mengemas bilik dan terjumpa ini...


Pen untuk melukis plan. Tinggal 2 batang je...2 batang lagi kemanakah menghilang???

Ini adalah pen untuk melakar plan. Tapi selain melukis plan saye selalu gunakan juga untuk menulis nota cinta dan diberikan kepada pelajar lelaki kelas sebelah muaahahahaha. Akibatnya mata pen yang sangat halus sebesar 0.2 mm ini akan tersumbat dengan bulu-bulu halus yang terdapat di permukaan kertas A4 cap indah kiat. Eh ini serius...kertas biasa memang ada bulu-bulu halus.

Jadi dah alang-alang jumpa pen untuk melakar...mari kita melakar....


Sketch yang tidak siap, garisan sangat kasar, tidak mempunyai nilai kesenian dan.......hodoh.......saye tahu

p/s : ye saye juga perasan yang saye suka buat peace macam dalam gambar di atas bila bergambar. Sekian Terimalah Kasih Sayang

~sehingga ke next entry

Puisi seorang pelacur

Dia seorang perempuan yang
badannya dilacur sejak umur 15 belas
tamannya lorong Haji Taib,
pentasnya tilam hamis berbau mani,
kawannya adalah lelaki-lelaki rakus
maruahnya adalah duit

Namun pelacur itu berhati manusia,
dialognya selalu begini
Aku pingin hidup seperti kamu,
tapi dayaku tiada,
aku cuma perempuan yang punya lulusan SRP
aku juga jijik dengan hidupku
aku benci sapaan miang yang singgah di punggungku
walau aku seorang pelacur
tapi aku pelacur berhati manusia

~sumber dari perpustakaan kampung

p/s : mood melankolik

~sehingga ke next entry

Saturday, January 15, 2011

Ada apa dengan sebuah puisi??

Aku lari ke hutan,
kemudian menyanyiku,
ku lari ke pantai,
kemudian teriakku...
Sepi..sepi dan sendiri aku benci.
Aku mau bingar,
aku mau di pasar.
Bosan aku dengan penat,
dan enyah saja kau..pekat
dan seperti berjelaga jika aku sendiri.
Pecahkan saja gelasnya,
biar ramai,
biar mengaduh sampai gaduh.
Ahh ada malaikat menyulam jaring
laba-laba belang di tembok keraton putih.
Kenapa tak goyangkan saja locengnya?
Biar terderah
atau...
aku harus lari ke hutan belok ke pantai...?

~dari filem ada apa dengan cinta

Pernah dengar puisi ini??? Puitis kan...dan sebenarnya puisi ini ada satu lagi versi...

Nak dengar????

Nah terimalah...

Ku lari ke hutan,
kemudian aku terdengar gemersik suara wanita menyanyi...
Romaku meremang...ahh hantu barangkali,
Ku lari ke pantai laju-laju tanpa pandang belakang...
Kemudian teriakku...
Sepi....sepi dan sendiri aku benci...
Aku mau bingar kerna aku takut...
Aku mau di pasar kerna perutku berkeroncong mau diisi.
Bosan aku dengan penat dan enyah saja kau..pekat??? *mungkinkah susu pekat F&N??
Dan seperti berjelaga jika aku sendiri.
Pecahkan saja gelasnya
biar ramai..biar pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas
Ahh ada malaikat menyulam jaring sang labah 
di tembok keraton putih.
Kenapa tak bunyikan saja loceng tanda waktu rehat sudah habis
Biar pelajar tahu waktu makan sudah permisi
atau ada yang tegar tidak mahu masuk ke kelas 
dan terus berlari ke hutan belok ke pantai.


p/s : jangan tanya mana saye dapat satu lagi versi ini hahahaha. Bila dah berpuisi tiba-tiba rasa urmm I wanna be in love kahkahkah *ketawa berdekah-dekah dalam hati...what tak kelakar?? ok fine tak payah gelak k.

~sehingga ke next entry..bye

Thursday, January 13, 2011

Segmen what I should know : Bagus ke air tu????

Ais atau air suam???

For those who are make cold water as a favorite drink, this entry are applicable for you. For me too..

Cuba bayangkan, lepas makan sepinggan spaghetti carbonara dan black pepper steak, then kau minum ABC dan Laici ais...yummy isn't??

Farah kami tak suka western?? Ok ok..ambil contoh ni pulak. Makan nasik lemak dan milo ais...yummy jugak kan???

However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Tahu?? Macam disaster kan.

Sebab ais telah membekukan lemak, maka ia akan menyempitkan segala saluran dalam badan, then kau akan bertambah gemuk dan akhirnya...tahniah anda telah memenangi banyak penyakit.

"ooo sebab tu lah orang Jepun dan Cina minum air teh panas selepas makan..."

Yupp, simple je kan..dan kalau kau benci teh, silalah minum air suam atau air tak suam janji tak berais selepas makan. Terutamanya selepas makan makanan yang berlemak.

Air ni banyak kebaikannya..*walaupun kau dah tahu still haku nak cerita. Pliz keep reading (nada paksa)

1. Kebaikan air yang paling baik ialah mengelakkan dehydration. Ok tanda-tanda dehydration adalah
fatigue, mulut kering, little or no urine, pening kepala.
2. Air membantu proses penghadaman dan membakar lemak. Dapat menguruskan badan wei..siapa   tak nak kan..
3. Air membantu kecantikan....How?? Ok minum air yang secukupnya dapat mengelakan kulit            menjadi kering. So kulit akan menjadi sihat dan nampak flawless macam barbie

Banyak lagilah kebaikan air ni. Kalau nak bagitau banyak-banyak nanti kau cakap saye membebel pulak.

p/s harap entry ni dapat bantu korang...bantu dari segi apa??? hahahaha lu pikir la sendiri.



~sehingga ke next entry

Wednesday, January 12, 2011

header baru saye.....santek tak???


My new header.

Got inspiration from cik yyna's friend. He's so talented, so am I hahahaha *perasan.

Sebab tengok beliau lukis comel sangat so saye pun cuba test tangan saye samada keras ke tidak. Hasilnya adalah seperti di atas. Opss tapi bila tengok balik nampak macam Zackzukhairi punya trademark pulak. (tapi kartoon encik zack 10 kali ganda lebih comel owh...so tak sama kan...??)

Ambil masa nak buat header ni dalam 10 minit. Lama kan...biasalah orang baru belajar. Nanti kalau rajin kita buat footer pulak. Lepas tu kalau rajin lagi saye tolong buat mural kat sekolah tadika pulak. "hahaha cikgu murni, boleh tak saye buat lukisan macam nih kat dinding class???"

 p/s : nak tengok movie the tourist...movie hantu kak limah pun belum tengok lagi T______T

~sehingga ke next entry

No ID fesbuk saye ialah 11938*****

Fesbuk nih best ke???

Tiba-tiba nak cakap pasal nih, sebab saye ada seorang kawan yang tak berminat dengan fesbuk. Tapi tahniah sebab sekarang kau dah pulun main poker kat fesbuk tu hahahahaha.

Bagi saye best la kot sebab...

1. Dapatlah cerita kencang pasal reunion dengan kawan-kawan lama padahal tak jadi pun.
2. Bila dah cerita pasal reunion, maknanya kau dah jumpa dengan ramai kawan-kawan lama kau walaupun di dunia maya sahaja.
3. Jarang gagal untuk wish besday kepada kawan-kawan sebab fesbuk akan ingatkan tarikh-tarikh tersebut. So jadilah macam seorang kawan yang caring kan.
4. Dapat tahu gossip terkini. Contohnya A in relationship with B. Nak harap A cerita sendiri kat kau..tak dapatlah.
5. Dapat share blog kat fesbuk...*application yang paling saye suka yeay!!!!

Ha macam tulah lebih kurang kegunaan fesbuk kepada saye...banyak lagha daripada faedah hahahaha.

Tapi benda nilah yang haku hadap selalu. Addicted wei...macam puan emak addicted dengan sinetron Alisa kat tv3 tu ahahah.

Mak nak 2 ringgit..hahahahaha

p/s : shower no 4 kat washroom kolej saye menyeramkan....ini sangat mengganggu emosi T______T

~sehingga ke next entry..bye


Tuesday, January 11, 2011

kisah Sepang pun ada Goldcoast dan kawan-kawan lama bhg 2


The title of this entry is supposed to be "baik punya cilok" cuz I took all dis pixca below, then edit it like my own and put my watermark. Hahahaha 

Credit to Assila for dis pixca, dia pun baru je tag saye kat fesbuk. But obviously I can't put it all, I choose all randomly. 

Sebelum ni dah cerita kan kitaorang pergi Goldcoast. Tapi tak banyak gambar kat sana kan sebab saye sibuk mengejar ketam sampai terlupa nak snap pixca. 

Siryesly memang banyak ketam di kawasan tu T______T

Baiklah, saye mahu berbicara jujur di sini....

Sebelum betul-betul sampai di Sepang Goldcoast, kami sampai di Sepang Bagan Lalang. Then we all spend almost the day at Bagan Lalang la. Patutlah rasa macam musykil je..

"Tempat ni macam tak boleh mandi je...."

Kalau nak mandi memang taklah kat Bagan Lalang tu, sebab orang mandi kat Golcoast which is kalau jalan kaki lebih kurang 100 meter je kot daripada tempat kitaorang lepak. Tapi siryes memang kitaorang tak perasan langsung.





Ni lah tempat kitaorang lepak tu, air surut sampai ke tengah kot. Macam tempat orang tangkap ketam dengan segala seafood yang lain je. Tapi muka kami tetap nampak gembira kan....
Hah kan betul...pantai ni tak ada air tahu...

Tetap rasa gembira walaupun tak jumpa air laut tapi jumpa batu besar-besar. At least u never drowned here rite????
Uji daya penglihatan anda: Wan, Assila, Atik and me

Pinggan haku licin kot pinggan Mira pun " Err kak pinggan ni saye dah tolong cuci...so kira yang makan tadi tu free la yeh"

Lepas berjalan konon-konon di pantai, barulah kami isi perut. No wonder lah kalau pinggan saye licin sebab saye lunch pukul 6 setengah petang.

Lepas makan barulah terjumpa Goldcoast tu...itupun masa on the way nak balik. So singgah sekejap. Ok lah tu...at least tetap sampai di Sepang Goldcoast kan.



p/s : jalan-jalan tiba-tiba ada bunyi "prap!!" guess what??? alahai i'm step on the crab..maaf la encik crab, saye tak nampak..kaki patah ke?? Jom pergi hospital Serdang.



~Sehingga ke next entry

Monday, January 10, 2011

kisah Sepang pun ada Goldcoast dan kawan-kawan lama

Ingatkan weekend akan jadi weak-end.

Nasib baik dapat hang-out dengan kawan-kawan so weekend kali ni jadi exciting-end.

So thanks kepada cik Mira Azilah yang sudi ajak saye berweekend bersama-sama.





Saturday, Jan 2011

Pagi-pagi cik Mira dah telefon ajak keluar, since saye pun tak ada hal jadi terus bersetuju keluar bersama beliau. We took train from KL central to Padang Jawa, then waiting for the others to pick us up.
Thanks Wan Nurul Shahidah for being a really cool driver and Assila as a co-pilot. While me, Mira and Wan's housemate, Atik duduk nice-nice kat belakang hehehehe.
They're decided to spend the day at Sepang Goldcoast. Sumpah teruja sebab tak tahu yang ada pantai kat Sepang. Cacat kan???

"we're heading to Australia rite???"

Hahaha..pergilah Sepang kalau nak pergi Goldcoast.


Dinner yang best dan harga yang lebih best daripada biasa.
Ini Sepang Goldcoast. Kanak-kanak tu anak sape ntah, pinjam sat na.

Malam tu me and Mira stay at Wan's place. Ermm rumah Wan bermakna rumah Assila dan Atik juga. Hahaha terima kasih kat mereka sebab jadi tuan rumah yang baik.

Oh that nite, we're met wanie, my ex roommate. Lama kot tak jumpa dia ni, lebih kurang 5 tahun macam tu lah.

"Eh muka korang still sama macam dulu, tak berubah pun..." antara ayat pertama wanie

Hahaha selain kulit yang makin tak licin...memang tak ada apa yang berubah sangat pun. Kecuali kalau saye buat plastic surgery...nak buat benda mengarut tu??? duhhh memang tak dapatlah kan.

Borak-borak dengan wanie sampai lupa nak snap picture sekeping dua.T______________T




Sunday, Jan 2011

Lepas 1 malam tidur di atas Marry dengan comforter tebal then we continue weekend dengan jumpa kawan yang seterusnya, Cik Madihah atau Madi atau Mad.

Then bercadang nak tengok Melodi kat rumah Kamilah. Cadangan tu memanglah kurang bernas sebab sampai depan rumah kamilah dah pukul 1.25

So...sambung berfoya-foya kat Bukit Cerakah, Shah Alam. Ni tempat paling releven sekali since Kamilah pakai t-shirt dengan track suit je kan...takkan nak pergi mall pulak.

"kau nak lepak mana??" Wan tanya saye

"Tak kisahlah...janji tempat tu sejuk dan kita boleh borak-borak"

Ok demi menunaikan impian saye tu, kami telah ke sini...

Korea...yeay!!!!

Ahahah memang tak dapatlah kan kalau nak pergi Korea, dapat masuk rumah 4 musim ni je.

Ingatkan lepas beli tiket, nak masuk tempat salji ni free...rupanya kena beli tiket lain pulak.
Assila, Madihah, Mira. Kat depan tu Kamilah. Mana Wan??? Mana saye???

~Malam tu tengok fesbuk kawan-kawan lama secara beramai-ramai.
~Ada kawan yang telah meninggal dunia. Takziah.

p/s : .......

~sehingga ke next entry...bye

Sunday, January 9, 2011

Into the Mirror Contest

Ok ini semua gara-gara pakcik ni.

Eh, pakcik ni bf kepada kawan saye. Jangan berani nak tackle ok.

Sebab pakcik tu dah tag saye, jadi saye akan melapangkan masa untuk join contest ni. Kahkahkah padahal saye memang lapang pun.



Into the Mirror Contest

Silalah jenguk-jenguk belog cik adik manis menjilat jari ni

Ok lah...setelah bersusah-payah belek-belek album folder selama duapuluhlapan minit, akhirnya saye terjumpa gambar ini....


Past year punya gambar. Hahahahah gelak kat diri sendiri.
Hahahaha...orang lain bukan main lagi pilih gambar chumel untuk contest ni, kau pilih gambar yang huru-hara nih jugak.
Rileks dulu...jangan bantai gelak dulu bila tengok gambar yang tak chumel kat atas tu...sebab saye ada kisah disebalik gambar ni..

"b, i ingat i nak tukar style rambutlah...."

"laaaa (enam harkat ok) apsal pulak dah....kan dah molek lagu nih..."

"i bosanlah...i ingat nak buat style posh bekem pulak..."( sambil kedip-kedip mata..sumpah tak comel)

"Ahhh...jangan harap i nak benarkan..." sambil tendang meja sampai terbelah dua

"tapi b...plizzzz" 

"over my dead body first!!!!" terus baring pura-pura mati sambil tunggu cik awek ni nak langkah ke tak...
Akhirnya hubungan mereka putus di tengah jalan....gagal disambung kembali.
Sekian tepuk tangan.



Pasangan di atas putus sebab cik awek dengan selambe je langkah badan brother tu dan terus berlalu ke salon. Bukan setakat langkah je, sempat lagi dia pijak perut kawan tu. T___________________T
........................................................
Hahaha sebenarnya cerita kat atas tu iklan je. 

Syarat contest yang ke 3 adalah perihalkan sedikit tentang gambar di atas. 

Sebenarnya tiada kisah yang menarik disebalik gambar di atas. Saye pilih gambar ni pun sebab ni je gambar dalam cermin yang saye ada. Ada satu lagi saye snap dalam tandas kat mid valley, tapi tak mau ah publishkan gambar tu sebab bowl tandas lebih jelas berbanding muka saye sendiri....

Ok lah...cerita panjang-panjang karang muntah pulak kau baca entry ni....

Syarat seterusnya saye kena tag contest ni kat sekurang-kurangnya tiga orang mangsa

Izan Salleh


Shaza Safwan


Ali Apeng


Yyna Anas


Kalau boleh nak tag semua blog yang saye follow, ahaha kau pun kalau ada belog, jom lah join contest ni...tak rugi pun...
p/s : adakah haku sudah memenuhi semua syarat-syarat yang cik hifazphat letakkan???


~Sehingga ke entry seterusnya.....



Soalan subjektif 25 markah

Assalamualaikum

Hari ni I nak bagi tips kat uolz semua cara-cara nak cantik *mood bertukar menjadi bapok kahkahkah

Hahaha taklah taklah...bergurau ok.

Bukan nak bagi tips pakai shawl ke, tips jaga kulit ke apa...tu semua kau boleh cari kat belog-belog orang cantik lawa. Saye just nak menjawab dengan lebih detail soalan kat bawah ni je.


Ok persoalan ni timbul masa saye sedang berchatting dengan kawan saye. "Babe kau cute je...jangan risau ok"

Well, if u're asking me about image, how to be stylish, actually u got a wrong person cuz honestly, saye bukanlah begitu pandai dalam bab-bab begini. Bab tidur dalam class haku pandai hahahaha.

Tapi apa salahnya kalau saye cuba jawab kan...betul salah belakang kira. *Hahahaha tak guna punya orang


Saya ada keinginan nak bergaya, tapi tak yakin dengan diri sendiri. 

Sebenarnya dari sudut pandangan saye yang rabun ni, kalau nak bergaya lebih sikit daripada orang lain, sila yakin dengan diri sendiri. One more thing, sila bersedia mental dan fizikal untuk menerima segala kritikan yang membina atau yang membinasa. Kadang-kadang bila kawan-kawan perli-perli sikit jangan lah cepat rasa down, sebaliknya errr...pendek kata tak payah lah nak peduli cakap orang sangat. Kan?? (angguk la..plizzzz)

Macam mana nak mula??? Nanti kawan-kawan terkejut pulak tengok penampilan baru saya....

Ha...silalah berubah sedikit demi sedikit kalau rasa malu nak berubah secara drastik. Contohnya kalau dah selalu pakai t-shirt, apa kata esok pakai t-shirt+cardigan. Kalau dah biasa pakai tudung warna pink yang plain je, apa kata esok pakai tudung pink berbunga-bunga ataupun pakailah shawl pink pulak. Hehehe so kau akan berubah sedikit demi sedikit.


Macam mana saya nak dapat guide yang betul tentang gaya saya. Takut nanti tak sesuai pulak.

Yang ni memang saye tak boleh nak jawab, sebab saye pun tak berapa pandai gak. Rajin-rajinlah belek-belek cleo ke dara.com ke rapi ke, takpun in-trend. Kalau ada masa lapang, usha la belog-belog awek trendy zaman sekarang ni. Kalau rasa tak cukup info cari lah kat you tube ke apa ke...Lepas tu jangan lah malu nak tanya pendapat kawan-kawan ok.

~

Ok macam tulah lebih kurang. Nak share lebih-lebih ilmu tak cukup lagi. Apa yang penting build up your confident level and be yourself.

Sehingga ke next entry....Bye

Friday, January 7, 2011

Stereotype

Pandangan masyarakat yang sangat streotaip terhadap kaum wanita.

Cewah macam good2 je kan nak tulis entry pasal ni. Sebenarnya taklah nak huraikan secara ilmiah sangat, cuma terasa nak luahkan pandangan dalam hal ni. Chewahhhhh lagi

Contoh 1

Perempuan tidak bertudung (free hair), berpakaian sopan menutup aurat.
~Dia ni pakai dah cantik dah, tapi cubalah pakai tudung, mesti cantik
~Pakai baju kurung pun tapi kalau tak pakai tudung tak guna
~Dia ingat rambut dia cantik???

Contoh 2

Perempuan tidak bertudung (free hair), pakai spaghetti stripe, skinny jeans dan pakaian yang sewaktu dengannya
~Nak tunjuk lurah pun agak-agak lah
~Ciss macam ni reject nak buat bini
~Ni stok pakai buang boleh sangat ni

Contoh 3

Perempuan bertudung labuh, berbaju kurung.
~Nak tunjuk baik lah tu
~Alah, entah-entah nak tutup love bite je tu
~Out dated fashion lah
~Macam makcik-makcik, tak mau lah keluar dengan dia ni

Contoh 4

Perempuan yang bertudung warna-warni, ada reben besar-besar, pakai baju stylo habis dan masih menutup aurat.
~Ek eleh perempuan ni, baik tak payah pakai tudung
~Dia ni mesti gedik
~Dah habis perasan lawa minah ni

Contoh 5

Perempuan yang biasa-biasa je dalam berpakaian, pakai tudung, pakai t-shirt dan jeans tapi tak sendat.
~Ha macam nilah ok

Tapi itupun kalau perempuan dalam contoh 5 tu cantiklah, cuba kalau dia kureeeennggg sikit cantiknya ada ke kau nak puji dia ok???

Tapi cuba kalau artis...

Ana Rafali, Yuna, Lisa Surihani, Nora Danish, Diana Danielle.....diorang ni gedik ke???

Tak kan....???

~
~

Tapi kata orang, daripada bertudung tapi pakai ketat baiklah tak payah pakai tudung. Tapi bayangkanlah kalau mereka-mereka ini ambil kata-kata tu bulat-bulat dan terus tak bertudung, tak ke nanti akan jadi cemuhan pulak.

Jadi seeloknya jangan nilai orang dari luaran sahaja. Sebab apa yang dia buat, macam mana perangai dia, cuma Allah yang lebih tahu.

~Kasihan wanita~

...........................................................

Eh, tiba-tiba nak selit kat sini.....ni outfit pada hari jumaat.


Eh po bondo kau bawak plastik-plastik bagai ni??? Ni namanya bershopping di kedai runcit.


Duhh!!! kantoi pakai seliper lak.

Selamat Pagi everyone....

Selamat Pagi rakan-rakan dan taulan. Senyum lebar-lebar ok

Yeay Jumaat already...!!!

Tomorrow we'll have weekend.

Weekend ok weekend....siapa tak suka kan....

But err...what people do on weekend yow???

~Shopping
~Tidur sampai petang
~Listening to ERA (paknil cakap)
~ .....
~ .....

Sometimes weekend can be so meaningless coz we have nothing to do. What ever it is....Happy Friday everyone and have a really nice day.

p/s : lorr itu je nak cakap??? ah nyesal la bukak belog budak farah ni....jom blah wei...T_________T

Thursday, January 6, 2011

My name is Azreen......Farah Azreen

Ada apa dengan nama?? 

Dulu masa saye kecik-kecik saye ada sedikit konflik dengan diri sendiri. Sebelum tidur, landing baik atas katil sambil kaki silang, tangan letak atas dahi, saye fikir kenapa nama saye farah azreen??? Azreen tu bukan nama lelaki ke??

Itu dah satu hal....

Tambah lagi hal lain....

Masa darjah satu, saye ada classmate nama INA (nama sebenar). Ina ni ada masalah kesihatan sedikit so setiap hari mak dia akan temankan dia di sekolah. Satu hari masa mak dia nak bawa dia ke kantin dan kebetulan saye dan rakan-rakan juga nak ke kantin. Saye pun dengarlah dia borak dengan mak dia. 

"Yang kat belakang tu nama dia azrin (merujuk kepada kawan saye yang bernama syazwani azrin)" Ina menerangkan.

"Yang seorang lagi nama dia azren *(pronounce like diz A.Z.R.E.N..)   Emak Ina angguk tanda faham.

Itu memang menjadi konflik dalaman sebab saye fikir kenapa nama saye tak di eja Azrin macam nama kawan saye so that bunyinya akan kedengaran nice. LOL


.....................................................................
Tapi itu kejadian masa saye kanak-kanak. Hormon masih kanak-kanak dan tidak ada kesedaran untuk menghargai nama sendiri. 
Sekarang.....

Saye sangat suka dengan nama saye. Dan saye suka kalau orang mahu memanggil saye dengan nama penuh setiap masa. Itupun kalau mahulah.

Dan kadang kalau ada sikap ingin tahu, beginilah saye akan buat

 ~cari berapa ramai orang lain yang ada nama macam saye kat fesbuk hehehehehe




Ramai dowh...tak la unik sangat nama haku nih rupanya.


Dan bila borak-borak dengan puan emak, dia cakap

"Ok lah tu, kalau tak mak nak letak nama siti hawa takpun aminah ja kat hang..."

Fine mak fine....harus diakui bahawa puan emak memang classic ever.



Nama saye ada maksud yang baik dalam bahasa arab. Farah bererti Joy. So instead farah, maybe you can call me joy. Hahaha bergurau ok bergurau.

Kalau azreen pulak...err setakat ni saye tak jumpa lagi. Puaslah cari dalam buku "nama-nama Islam" tapi masih tak jumpa-jumpa. Search kat google pon tak jumpa gak, tapi at least ada benda ni (yang semua orang even me can do it T____T)

Dapat benda ni kat laman web ini. Thanks anyway



p/s : Puan emak memang ah classic, agaknya kalau dia ibu zaman sekarang mau dia letak nama aku himegyaru takpun nora danish kehkehkeh

Got you -------> liar

Have a great breakfast today.

How great??

Erm you'll have know idea how great my breakfast today. Even I can't explain.

Bila dah kunyah-kunyah....rasa sayang gileeerrrr nak telan...( tak termasuk muka macam glowing + blushing sebab suka yang teramat)

See how precious it is.











~Citt great apa kalau makan 2 keping roti plus 1 mug susu. Hari-hari pulak tu~Kahkahkah

Wednesday, January 5, 2011

Please dong, kejutkan saye

Masa itu emas.

Yeah, that's true. Sebab tu bila kau terlewat bangun pagi kau akan rasa soooo looooossseeerrrr.

Macam saye pagi ni, bila buka mata je, terus bangun laju-laju dan cakap "oh my, what I missed???" dalam hati.

Arghhh!! I missed marketing class this morning. DEM!!

Guys, tell you what, itu adalah penyesalan ever. Rasa nak baling phone dekat dinding je dan cakap "why you didn't wake me up??? tak guna punya alarm"

T______________________________T


Just promise to myself, tomorrow it'll never happen again.


tengok lah jam sekarang sudah pukul berapa ma.....~
p/s : Kita manusia hanya merancang, Allah menentukan.