Friday, December 31, 2010

Countdown

New Year???

Yeah 2011 just around the corner. Only 2 hours and 37 minutes left. Taip laju-laju untuk entry ni walaupun ada banyak benda lain kena buat sebab nak jugak ada entry terakhir sebelum melangkah ke tahun baru. Tapi ni bukan entry, anggap jelah ni iklan since blog ni tak ada iklan...nuffnang failed~

Selamat Tinggal 2010


Selamat Datang 2011

Semoga kita mendapat banyak kebaikkan pada tahun 2011 ini. Dan segala  keburukan pada tahun 2010 dapat diperbaiki.

p/s : encik ayah dah bagi warning kat saye, katanya "pointer tu bagi elok sikit, kalau macam ni sape nak bagi kerja...?" huhuhu panas!
Nanti akan ada entry yang begini REVIEW TAHUN 2010...kehkehkeh..tunggu....!!

Wednesday, December 29, 2010

bola cinta

Ini entry untuk kaki bola....




*Teeeeeeeeeeeeeeet* semua dah kena tipu padahal haku pun baru je pandai tengok bola.

Tapi apapun congrate untuk semua pemain bola Malaysia, jurulatih, pegawai-pegawai, peminat-peminat dan semua sekali. Akhirnya Malaysia menang untuk piala affsuzuki. YEAY!!!!!

Saye ni kalau nak cakap pasal bola memang taklah. Tapi kalau nak pilih mana satu pemain yang kacak bergaya saye boleh heeeee~

Whatever it is, I truly excited watching the game. Tapi paling tak sangka ada kawan saye yang seorang ni, tiba-tiba cakap "MALAYSIA POWER AN"  padahal selama ni bukan main lagi dia kritik bola sepak Malaysia hehehehe.

Tapi tak apa, manusia boleh berubah...semoga penyokong bolasepak Malaysia semakin bertambah....~AMIN~

p/s : ada sorang pemain ni tiba-tiba saye jadi "can't keep my eyes off of you"...khairul fahmi wa ai ni kehkehkeh

Saturday, December 25, 2010

selamat ulang tahun kawan

Saye nak ucapkan selamat ulang tahun kepada Cik Farhana, yang selalu menjadi classmate saye sepanjang 3 semester saye belajar.

Selamat Hari lahir yeh Hana. Tapi maaf sebab entry ni terlambat sedikit.

Hari lahir Cik Hana ni pada 24 december. sehari sebelum krismas. Sehari lepas lahir dia ni dah boleh jalan-jalan main salji dengan buat snowman. Hebat kan??? 

Nak tulis panjang-panjang pasal beliau nih mana boleh, yelah dibuatnya nanti tersalah fakta...mampus haku.
Kalau nak berkenalan dengan cik Hana, jangan segan-segan

Taip ON CINTA dan hantar ke 28888

 

Hahaha...Hana sorry tau, Jangan marah pasal copyright yeh....

Eh happy birthday juga kepada Cik yyna....beliau pun lahir bulan december gak. 13 december kan..kan yyna kan???

Semoga my dear yyna dah tak bawa motor laju-laju lagi..ehaks

~Dan kepada semua yang lahir pada bulan december...

"SELAMAT HARI LAHIR"

semoga panjang umur dan murah rezeki.....( cliche*)

p/s : miss all my friends a lot. Can't wait to see them....arghhh dem

Teluk Batik

Sila buat pilihan ke destinasi percutian anda kali ini.

a) TELUK BATIK
b) BATIK BAY
c) PAVILION

Ok saye pilih teluk batik!!!!

Teluk Batik ni tak adalah special sangat, setakat nak mandi-mandi, kira so-so lah. Kalau tak pernah pergi lagi, silalah singgah yeh. Dekat area Manjung Perak.

Nak cerita apa yeh...???

Urmm kami bertolak agak lewat, sampai sana dah pukul 2. Ouh kat sana kurang kemudahan awam. Surau yang disediakan sangatlah tidak sesuai untuk wanita. Jadi kami check in chalet untuk kemudahan solat dan etc etc.

Lepas tu...???

Lepas tu kami-kami sekalian mandi laut macam tak pernah jumpa air. Sewa 3 pelampung besar then share 1 family. Sangat united bukan?? Eh saye sempat gak berperang dengan obor-obor. Dan saye telah kalah kerana sempat disengat...bunyi macam ngeri je...


Lagi...???

Ermm..bila dah puas telan air laut, hendaklah saye mencuci mulut. Bahan pencuci mulut adalah nasi dengan sambal tumis udang dan bla bla bla...dan minuman paling tipikal iaitu air sirap.

Then...??

Then..untuk memBESTkan lagi acara, kami pun naiklah banana boat yang berbentuk pensil tu. Lepas tu kami sewa boat untuk ronda kawasan keliling.

Lepas tu lagi...???

Lepas tu dah tak mo cerita, sila rujuk gambar dibawah ini.



Pulun naik banana boat ramai-ramai..kalau ada polis trafik kat laut mesti kena saman sebab dah lebih muatan ni. Bahagian depan sekali dan belakang sekali haruslah LELAKI. Tq abang n along sebab sudi mengcontrol keadaan hahaha
Nangis kegembiraan sebab dapat pusing-pusing teluk batik secara PERCUMA. Nangis lagi sekali sebab gagal memujuk abang driver untuk bawa kitaorang tawaf sebanyak 7 kali pusingan berturut-turut.
Gambar ni sepatutnya candid, tapi kami-kami sangat alert lalu sempat memandang kamera....hebat bukan. Ouh chalet ni chumelll kan.
Semua ni kakak saye yang sudah berpunya...hahaha..









p/s : Masa menaip entry ni, saye sedang dengar 'speak now' by cik swift. Ouh tiba-tiba terkenang seseorang..jeng3x

 Ayam berkokok di atas batang
yok tidur yok..

Saturday, December 18, 2010

Watermelon = melon air = melonair

Nom nom nom..nyum nyum nyum

Jangan tertanya-tanya kenapa ada bunyi yang macam tak senonoh kat atas tu, itu sound’s of happiness sebab ada pokok tembikai kat belakang rumah.

Hidup ni memang penuh kejutan kan...macam tiba-tiba puan isteri memberitahu kau akan jadi ayah dalam masa lapan bulan lagi, takpun celik-celik mata, puan emak suruh kau sidai baju kat ampai, pastu tiba-tiba kau nampak beberapa biji buah tembikai atas rumput. Pastu kau akan cakap dengan nada penuh kebodohan


"eh...sape buang buah tembikai pagi-pagi ni???"

Hahaha..mesti kau rasa hek eleh..gila poyo, tembikai pun nak heboh-hoboh kat blog. Hep3x ni tembikai yang di plant sendiri tahu, bukan dibeli dipasar borong Sungkai. Jadi sila berbangga bersama saye sebentar.

Eh, jangan nak puji saye pula, ini puan emak yang tanam, saye tukang heboh jeT_____T.  Orang tua-tua kata kalau kita tanam pokok dan tak menjadi tu maknanya tangan kita panas, orang kampung saye cakap tak green hand ok. 

Panas ke tangan saye?? Jap nak check jap..35’c.  Awwww panas

Comel kan???


Ada seorang roommate saye memang sangat suka planting, sebab dia ada kebun yang sangat besar di FARMVILLE. Nanti kalau saye senang saye belajar dengan beliau cara-cara menjadi petani berjaya hahahaha.


Encik ni lagi comel....kecil bangat dong
Emm dah lah tu, esok-esok kalau ada strawberi ke, anggur ke pulak saye heboh-hebohkan lagi ok.



p/s : tak dapat nak update blog secara kerap sebab internet slow macam kura-kura. Eh?? Tapi ada ke yang baca blog saye ni??? Hopefully ada yang sudi meluangkan masa membaca blog yang tak seberapa ni, eh awak yang sedang baca..thanks wak…muaaaXxx

Thursday, December 16, 2010

Najmi Darwisy dah besar


Selamat Hari Jadi
Selamat Ulang Tahun
Happy Birthday

Yang



KE-3


Semoga Najmi Darwisy Bin Mohd Nizam dewasa kelak akan menjadi orang yang berguna. Cepat-cepat besar dan jadi pria terhebat ok.

Hobi masa lapang


Apa hobi kamu masa kecik-kecik dulu??? Saye terlintas nak tulis pasal benda ni sebab terjumpa satu buku biodata saye masa kecik-kecik dulu.

Nama : Farah Azreen Binti Ahmad
Umur : 11 tahun
Makanan kegemaran : Yang halal
Minuman kegemaran : Coke
Orang yang dibenci : Rahsia
Orang yang disukai : Family dan kawan-kawan
Hobi :Membaca, mengumpul sticker, mengumpul setem
Cita-cita : Doktor
Ucapan : U always in my mind

Hahaha…kecik-kecik lagi saye dah pandai bagi jawapan yang cliché. I love myself hahahaha. Part hobi tu Nampak macam menipu kan?? Eh taklah, saye tak tipu tahu. Saye memang suka membaca, mengumpul sticker dan mengumpul setem. Hobi saye macam budak-budak nerd yeh?? 

Satu hal yang berkaitan dengan hobi saye ialah indoor game. Yelah saye memang lembik dan tak pandai bersukan, tak cakap pun tahu.

Saye suka main permainan ni.


Cara main mudah, setiap kategori akan dapat 100 markah tapi kalau jawapan kita sama dengan orang lain markah akan dipotong separuh. Kalau jawapannya tak logik dapat 0 markah.

Satu lagi permainan indoor yang best iaitu BINGO. Yang ni lebih tricky dan membuatkan bulu roma akan meremang. Hahaha saye memang gigih nak menang kalau main bingo ni, kalau kalah, mesti saye akan ajak ulang dan ulang sampai saye menang. Theheheee

Jom lawan bingo jom...ada beran???



~Sekian Terima Kasih~

Wednesday, December 15, 2010

anak manja??


"Haha, adik bongsu..patut la, mesti manja kat rumah"

Itu kata-kata kawan saye bila dia dapat tahu saye anak bongsu dalam keluarga. Memang kejam ah dia ni...

Siapa kata anak bongsu tu manja, cepat angkat tangan...

Theeehee...

Biar saye nafikan pandangan tipikal tersebut.

Kat rumah saye tetap kena masak, kemas rumah dan buat kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh mak-mak. Nampak tak di situ??? Nampak tak yang saye tak dimanjakan. Hepp3x siapa berani cakap saye manja ha!!

Saye tak ada adik, tapi saye ada ramai anak saudara. Ohh percaya tidak yang saye pandai pakaikan pampers untuk anak saudara saye, bancuh susu secara laju-laju pun pandai. Eh, pendek kata saye dah boleh impress kan mak mertua ni hahahahaha* (gelak bangga)

Eh jap mak mertua, baru-baru ni saye dah belajar menjahit tahu, senang-senang saye boleh jahitkan baju mak mertua hahahahaha

Dah..dah..saye dah tak ada kelebihan lain lagi. (Padahal kau tak tahu saye masak tak sedap, jahit baju benang bersimpul-simpul T____T* nangis sebab emak mertua dah reject untuk jadi menantu)

Eh, ada lagi satu saye nak cerita...(yang ni dedicated untuk kak ngah, saye tahu mesti kak ngah rindu dengan wanie)

Sejak anak saudara saye tinggal kat rumah tok wan diorang ni, beliau sekalian sudah pandai berdikari, sudah pandai cuci pinggan, sidai baju kat ampaian, lipat kain baju, kemas tempat tidur, sapu laman, dan main roundes*(typo error..macam mana nak eja permainan ni...??) ~

Oh satu lagi...diorang dah pandai cakap bahasa pelik. Contohnya kalau nak ajak acu main roundes, diorang akan cakap macam ni...

"amacumu, jommom mamainmin rounmoundesmes"

Theehehehee



p/s : wanie dengan mira..kejap lagi tolong picitkan kaki acu ok...=)
        Roundes tu main macam softball..tapi rules dia more simple...saye suka tengok diorang main.





Friday, December 10, 2010

Wanie & Mira

Kalau dah tak ada kerja sangat elok adakan kerja supaya kau tak gila sebab bosan. Hahaha thanks kat wanie and mira yang sudi melayan kerenah maksu korang ni...but acu know, u'll love it too rite?? hahaha

Outfit ni collection kakak saye, Bila budak-berdua ni jumpa je, terus excited nak pakai. Actual size untuk dewasa sebenarnya tapi nasib baik kakak saye tak kisah baju-baju ni di pin sana sini untuk muatkan beliau-beliau ni.


Here is wanie...she excited enough to pose like a model.

Hi-tea dress. The model is mira. Black and red is suit her very much
Hahaha..ibu jangan terkejut taw!!
muuuuaxxx





p/s : The gown and hi-tea dress are designed by my sis herself. 


Thursday, December 9, 2010

Makan

Hari ni mari menjamu selera di hotel 5 bintang*

Sangat tipu kenyataan di atas. Ok PEMBETULAN

“Hari ini mari menjamu selera di gerai yang nampak bintang”



Makan..makan..sampai muntah..kalau tak cukup sila order banyak-banyak lagi...
Makan sambil membulatkan mata, sambil berfikir yang mana satu lebih sedap, sate unta atau sate burung unta????


p/s : Kalau pergi SLIM RIVER kat perak, singgah la makan kat noor satay..not bad!!! Aishh tiba-tiba teringat makan sate dengan kawan-kawan macam masa ni.





Monday, December 6, 2010

saye budak baru belajar..kalau salah???

Assalamualaikum…

Pernah pakai baju kurung? Suka pakai baju kurung? 

Soalan ini ditujukan kepada kaum wanita sahaja ye..tapi kalau kaum lelaki mahu menjawab suka masih tidak salah.  Tapi kepada kaum lelaki sila jawab dalam hati saja, sebab kalau kau jawab kau suka pakai baju kurung, menangis ibu yang mengandungT_____T

Saye sedang belajar menjahit baju kurung. SEDANG BELAJAR ye…maknanya saye belum pandai lagi menjahit baju kurung. 

Bagi saye untuk menjahit baju kurung adalah sangat mudah,tetapi untuk menjahit kemas-kemas adalah sangat susah. Baju yang saye dah jahit telah di reject secara mentah-mentah oleh puan emak. Dan sekarang saye bersara daripada belajar menjahit selama 3 hari sebab merajuk hahahaha.

 

 "Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saye budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan..."

Kalau salah tolong tunjukkan yang betul ok, sila jangan reject terus hasil kerja saye sebab nanti saye akan merajuk 3 hari *_________*