Sunday, November 21, 2010

tv addicted???




Byul - Kim Ah Joong (sedutan 200 pound beauty)

Cuba dengar lagu ni, best an...kalau rasa bosan study sila jadikan lagu ini sebagai selingan.


Ermm sepatutnya saye tulis pasal mimpi best saye, tapi tiba-tiba mood bertukar. Malam ni asyik layan lagu-lagu korea sampai lebam theeheee.

 Ok next kita tengok series or drama yang memberi pengaruh besar terhadap saye. Let's cekidaut bebeh

~Nombor 5

Dulu-dulu setiap hari jumaat pukul sepuluh ada series CHARMED. Wuishh cerita ni memang terbaik. Sampai sekarang saye tak boleh lupa. Ada watak PIPER, PRUE ngan PHOEBE. Lepas tu ada adik tiri diorang kot nama PAIGE. Bila teringat kat series ni, saye teringat kawan saye, Marlina, dia sangat suka pada LEO. LEO ni husband PIPER kalau tak silap. Kalau dia tengok LEO dia akan seperti terkena renjatan elektrik. Sangat comel beliau ni.


Piper, Prue, Phoebe

~Nombor 4

F4 dari Taiwan kan, kan, kan??? Dulu gigih lah nak tengok drama METEOR GARDEN yang F4 berlakon tu sampai ponteng riadah bagai. Oh dulu kat asrama kena riadah setiap petang. Mainlah kau bola jaring, tak pun kalau tak pandai main bola jaring mainlah taman=)

Orait, back to the F4, haku memang kipas susah mati (die hard fan) diorang sampai tampal poster kat tepi katil. Hahaha comel sungguh perbuatan saye tu kan. Bila tengok drama METEOR GARDEN tu sentiasa senyum dan tengok jam. Senyum sebab tangok hero-hero yang comey belako dan asyik tengok jam sebab rasa bila tengok je drama tu, sejam macam 2 saat je, perghhh cepat sungguh masa berlalu.

Semuanya kacak bukan?? Tapi saye suka yang dua dari kiri tu, nama dia dalam meteor garden HUA ZHE LEI. Nama sebenar saye tak ambil tahu=)

Yang tengah-tengah tu nama tipu-tipu dia SAN CHAI. Nama dia chumel!!

Gigihlah saye dan rakan-rakan menonton drama tersebut selama isnin-jumaat pukul 4setengah kalau tak silap kat NTV7. Last-last terkantoi dengan ibu (warden). Kantoi, dah lah tak turun riadah, tengok tv pulak, memang dia hangin satu badan la..jadi sebagai denda jeng3x beliau menghadiahkan kami vcd complete set drama meteor garden. Yeay!!! Terima kasih ibu *______*

Jadi menontonlah kami seisi aspuri drama meteor garden pada setiap hari jumaat dan sabtu. Siap cop-cop tempat lagi, nak duduk depan-depan aje, sayelah tu sebab saye ni rabun kena duduk depan tv , kalau boleh nak masuk terus dalam tv tu.


~ Nombor 3


Dunia Baru
 Drama ni di tayangkan kat tv3 masa saye form 5. Ok kenapa drama ni memberi impak kepada saye?? Sebab saye cuba-cuba nak dress up macam si Opie. Saye juga sanggup tak menyiapkan kerja sekolah yang cikgu bagi sebab nak tengok drama ni dan esoknya terkelam pagi-pagi niru homework kawan.

Eh mana ada pengaruh negatif, sebab tengok dunia barulah saye jadi semangat nak masuk U hahaha* tetttt semua kena tipu

~Nombor 2

Sailormoon
 Maaf ku tak pernah berterus-terang, bukan ku tak mempercayai mu..lalalala. Gugurl macam saye haruslah menonton series anime ini. Saye sanggup nak tengok sailormoon sampai skip tolong mak tekan putu kacang. Buat putu kacang boring, sakit jari, tengok sailormoon baru best.

Sebenarnya saye suka juga Dragon Ball, Doremon bal bla bla tapi Sailormoon ni lain sikit, sebab saye ada kenangan lebih sikit. Hik3 dulu saye dengan empat orang lagi kawan saye masing-masing gigih pilih sorang satu character dalam series ni untuk dijadikan idola. Hahaha saye punye idol, yang kaler biru tu, JUPITER kalau tak silap. Saye suka dia sebab dia bijak, ada macam saye sikit-sikit hahaha. Sila abaikan statement tersebut. Nasib baik saye tak tiru cara diorang dress up. Kalau tak tak tahu lah apa akan jadi..ngeng~

Nombor 1


Forum Perdana Ehwal Islam

 Yess, ini sepatutnya yang saye tengok daripada dulu. Tapi secara jujur dan ikhlas saye akui sepanjang hidup saye, sejak saye pandai menekan remote tv, berapa kali sangatlah saye menonton program keagamaan. Kalau tengok pon tertonton secara tak sengaja, dan kalau tengok pon akan terlena-lena sebab rasa bosan. Ish3x sentap sekejap kan.

p/s : tapi saye suka dengar ceramah USTAZAH NUR BAHYAH...nice dan terbaik

No comments: