Thursday, November 11, 2010

Terasa merdeka

OB's exam finally done...yeeehawww!! (buat gaya macam koboi)

Tinggal 2 paper lagi...tak sabar nak habiskan.

Sekarang saye mahu cerita tentang TRENSETTER.

Trensetter ni macam fesbukshop or blogshop yang kau tengok berlambak sekarang  ni. Kat situ ada jual beg, beg, beg, shawl etc. So apa yang specialnya?? Special sebab kat situ banyak beg yang cantik-cantik lagi murah dan yang paling penting cik trensetter adalah kawan saye. Jadi sebagai kawan saye menyokong usaha cik trensetter untuk bisnesnya.

Jadi kau jangan segan-segan pergi singgah kat page Trensetter ni dan silalah online shopping. Ha?? nak pergi jalan TAR weekend ni?? Tak payah hoccey, sana panas tahu. Duduk diam-diam depan lappie kau dan just shopping, waahhh

.....................................

Sambil update blog sendiri sambil blog walking, hahaha that's me!! Blog yang saye follow tak banyak, tapi sekali aku mencintaimu* tettt mengarut. Sekali saye dah follow, kalau cantik menarik tertarik, saye akan follow sampai lebam.

Sekarang menghitung hari untuk paper oral interaction skill pulak. Oh ya, macam tak sedar yang kita akan menyambut Aidiladha lagi beberapa hari kan. Alolo macam sibuk sangat sampai tak perasan dah nak raya. Ni semua sebab exam fever lah niT___T

Dah dah raya tetap raya, rendang tetap kena makan hik3...jadi sila aktifkan mood raya dalam diri anda Uhh dah tak sabar nak anyam ketupat palas. See, saye pandai menganyam ketupat palas ok. Saye boleh anyam sambil pejam mata atau sambil bercerita tentang jiran yang baru beli BMW...~ Cekap bukan??

Mengumpat??mana ada. Bukankah jiran baru beli kereta sesuatu cerita yang nice untuk dikongsi. Apa ada hal??? Lagipun jiran saye baik-baik belaka, tak ada apa yang buruk untuk dicerita. Hahaha hiperbola kau nih. Lagipun daripada kau bercerita yang tak elok tentang jiran, baik kau tengok chinta candury kat tv3. Mak saye kata drama ni best.

p/s "apa ada hal" adalah ayat pinjaman saye daripada seseorang. Sekali dah pinjam saye dah tak mahu pulangkan, mahu pakai terus. Uhh lagipun dah lama saye tak berhubung dengan encik tersebut

No comments: