Thursday, November 11, 2010

Stay Up

Malam tadi saye tak tidur. Study 1 page then facebook, baca lagi satu page then buang whitehead kat muka, study 1 page lagi then pergi bancuh nescafe....sudahnya, sampai ke sudah tak habis study. Lepas tu asyik cakap


"adoi..pe aku nak jawab esok ni...arghhhh*!!!" (jerit dalam hati je untuk elakkan saye dituduh histeria)

Nak elak mengantuk saye study sambil karoke. Walaupun suara tak merdu macam siti nurhaliza Tarudin, tapi saye still nak nyanyi. Apa ada hal, roommate tak marah punya. Menyumpah dalam hati ada la kot..theehhee~

Lagi satu, saye kalau study takkan boleh fokus lebih daripada 20minit. Jadi setiap 20minit sekali saye akan buat upacara sampingan iaitu tarian tiang* tettttttttt tipu. Hah jangan bayangkan saye buat tarian tiang pulak ye.

"Alamak...nak terberak!" jerit saye kepada roommate. Saye annoying?? memang ah.
"Pergi ah toilet.." jawab roommate.
"Pergi toilet??? at this time?? no way" kata saye pula. Oh masa tu jam pukul 2 setengah pagi
"coward!" kata roommate...oh pronounce kami untuk perkataan coward adalah COWET~
"aH, memang lah aku coward pun, kalau kau tak coward jom teman aku pergi toilet." kata saye.

Thanks to roommate sebab sudi melayan GILA saye sepanjang kami stay up. Aishhh asyik nak buat typo je, nak taip stay jadi satay..apa maknanya yeh?? kalau tahu sila jawap dalam hati.

Gila? Eh, mana ada gila betul-betul. Gila sekejap je. Gila boleh membatalkan puasa, tahu!!

Alamak...mama juwie daripada majalah mangga tanya I pasal Mr F lah..

Soalan : Mr F tu stand for Farah ke...which means dat guy belong to you???
Jawapan : Haaasyummm!*bersin

Hahaha..apa lah, Mr F tu stand for Mr F lah. Kot-kot saye maksudkan Fahrin Ahmad ke Farid Kamil ke Fong Sai Yuk ke mana lah tahu kan...Btw, tq. U make me noticed that I'm Miss F hahahaha.

Woi study!!! orang lain sibuk study kau sibuk online..!!!~ Ok dah-dah jom blah jom....ngee~



Nota cincai = nota last minute. Aishh indahnya kalau nota ni boleh berjuang bersama saye dalam dewan exam

Cuba baca sikit, nak dengar


Bila kekusutan mengatasi segalanya. Ahh dah mula mencarut.
 













No comments: