Wednesday, November 10, 2010

Permata Yang Dicari dan Mr F



Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


credit to D'Hearty

Lagu ni memang nice, siapa kata tak nice memang ah dia tu. Thanks to Mr F sebab sudi share lagu ni dengan saye. Mr F siap nyanyikan tau. Live unplug U...jangan jealous hoccey!

Siapa Mr F?? tanya abang terjah
Oh, kami cuma berkawan, tak ada hubungan special.
Mungkin sekarang tak, esok-esok?? abang terjah cuba meng psycho saye.
No komenlah bang. Jawapan standard artis.

Ahh..perasan lagi kau ni, geliiiiii...blah jom.

..................................................

Perlu ke cerita pasal Mr F?? Hoccey biar saye cerita sedikit. Saye kenal Mr F dah lama dah. Teeettt tak boleh bagitahu berapa lama sebab nanti kantoi pula. Kenal dah lama tapi baru-baru ni baru lah saye kenal dengan lebih rapat. Dalam proses mengenali hati budinya.(standard jawapan artis lagi) Hah nak muntah hijau lah tu.

Ok pergi muntah sekarang!

Sambung. Mr F ni baik orangnya, romantik pulak tu, untunglah siapa jadi mak mertua dia. Entah-entah mak long Timah kot bakal jadi mak mertua Mr F..entah lah.. Apa? mak saye?? Mak saye namanya Hasemah yang bermakna cantik, berbudi, pandai masak, dan pandai tanam pokok bunga. Ngee~~

Oh berbalik kepada cerita asal, saye dan Mr F berkawan baik. Berkawan baik melalui sms. Setiap pagi jarang Mr F termissed untuk mengucapkan selamat pagi kepada saye. Terasa saye seperti cikgu yang selalu dapat ucapan selamat pagi daripada murid-muridnya;D Tapi ucapan daripada Mr F lebih sweet sweet sugar. Awww I like (gedix..MasyaAllah)

Cukup dah pasal Mr F yang baik hati. Kepada Mr F terimas sebab sudi menjadi kawan yang sweet. Esok-esok bila dah ada cik awek, jangan lah lupakan saye yeh.

Habaq mai sapa yang kata ceq tak layan nasyid???

No comments: