Saturday, November 13, 2010

Packing..packing dan packing



Petang tadi saye berpacking-packing secara istiqamah. Cuti semester sudah hampir, harus kosongkan bilik, eh bukan harus tapi wajib hoccey. Jangan tanya kenapa, RULE is RULE.



Benda alah ni saye beli kat 'flat ikan' hahaha, Hanya siapa yang pernah atau sedang belajar di UPM sahaja yang tahu di mana located flat tersebut. Murah jah, 10 hengget sahaja. Besar dan chumelll=)

 






Mak saye yang ajar cara nak muatkan 60kg baju dalam 1 beg sahaja. Hehehe sudah cuba??? Harus cuba sebab sangat berkesan.




 Ni alat tulis saye sepanjang belajar. Kalau tak silap daripada semester 1 sampai sekarang. Gila ah kau nih Farah, tak pernah menulis ke?? Hahaha bukan, bukan, sebenarnya ini magic pen, ink boleh tahan dalam masa 5 tahun. Ada jual kat Yokohama dan Nagasaki je.




 Saye ada binatang peliharaan. Encik sotong CIMB hahahaha. Haku dapat percuma benda tu, rasa nak nanes sat sebab terharu dapat free gift..sob3x. Encik sotong ni bijak sebab dia grade lebih awal daripada saye pastu dia suka berdiet gak. Tahu tak makanan dia apa?? Tu yang kat sebelah encik sotong tu la. Puting ajaib.



Kemas punya kemas, jumpa 2 benda ni. Keychain roti dan keychain strawberi. Roti tu pemberian Encik A...sangat sedap kalau dimakan begitu saja hahaha. Keychain ni ada bau macam butter tahu. Strawberi tu Cik Yyna yang kasi, tapi tak tahu kenapa strawberi tu jadi reput. Macam kena makan semut pun ada. Tapi saye still simpan (*-*)

Dah habis?? Sebenarnya ada banyak lagi benda-benda nostalgia yang saye jumpa masa berkemas. Tapi tak nak bagitau kat sini, sebab malu hahahaha. Adalah hadiah daripada encik A, B, C, D sampai Z bagi kat saye* statement yang begitu tipu dan perasan hot. Mana ada begitu banyak encik dalam hidup saye ni. Ada sikit je, kira dengan jari sebelah tangan kanan pun cukup.

...........................................................................


Ok ok cukup lah pasal mengemas dan cinta-cinta tu. Dah tak ada benda lain ke nak cerita??? Tapi saye ada benda yang best nak cerita. Tadi kan saye tengok-tengok lah gambar kawan-kawan saye, tiba-tiba ternampak ini...

Ok, sila jangan cuba-cuba tackle kawan-kawan saye yeh, mereka dah berpunya. Hahaha sebenarnya haku memandai je cakap mereka berpunya sebab mereka adalah hotties!!! Yeay, saye berkawan dengan hotties. Eh, bukan nak cakap pasal tu sekrang ni. Cuba perati sat hat yang pakai baju belang-belang hitam putih nu. Hang tengok dia tu macam sapa??? Ada iras-iras dia ni tak..?

Fara Fauzana Fadzil =)

Perghh memang hot la. Muka kawan saye macam artis beb. PANAS!!! Dan kira saye hot jugak la sebab ada kawan muka macam Fara Fauzana....yeay!!!

p/s: Kalau Jannah baca ni, jangan marah ok, ini pandangan mata aku je....Sila bangga sikit =)

No comments: