Sunday, November 28, 2010

My pet


Tadi lepak-lepak sambil menonton drama melayu tiba-tiba saye terpandang sesuatu di tangan anak saudara saye. “ooo..haiwan itu..!!” kata hati saye penuh keterujaan.

Haiwan itu berkepala besar, tapi sayangnya dia buta. Entah siapa yang begitu zalim dah mengorek mata beliau, memang zalim ah dia tu. Badannya masih tak berubah warna. Masih colourful seperti dulu, ada warna kuning, purple dan merah. Kombinasi yang akan membuatkan mana-mana kucing mengiau..yauuuu!! *merepek



Inilah haiwan yang dimaksudkan. Dulu beliau sebesar tapak tangan, sekarang masih sebesar tapak tangan

Haiwan ini namanya penuhnya kura-kura, nama nick(nickname) dia kura-kura, nama manja bucuk-bucuk juga kura-kura. Kura-kura adalah teman sepermainan saye waktu kecil dulu. Kura-kura ni kalau lawan lumba lari dengan arnab mesti arnab kalah. Bukan kalah sebab tertidur tapi kalah sebab kura-kura ni lajuuuu sungguh.

Tariklah kura-kura ini sepuah hati kebelakang(reverse) kemudian lepaskan..tara!! tiga kelip mata dia dah sampai ke garisan penamat. Laju bukan.

"Mak ingat tak benda ni..?" kata saye sambil tunjuk kura-kura pada mak. 
Mak saye gelak-gelak je tengok kura-kura tersebut sebab kami berdua ada kenangan manis wooo berkaitan kura-kura ni hehehehe...

~

p/s : sayangilah haiwan kesayangan anda.


No comments: