Sunday, November 14, 2010

Mallwalking

Gelak la wei, gelak...Kuang hasam punya budak, hang gelak kat cek no..tak pa tak pa..
Ciss macam mana kau boleh perasan ni, hahahaha sumpah saye langsung tak perasan kesalahan yang telah berlaku. Ok, saye ngaku, bukan Amnesia tapi Insomia. *dah la haku siap caplock lagi word amnesia tu..huuuu malu. Kepada yang clueless silalah refer pada entry ini. Ha tak nak?? tak nak sudah, nak kawin dengan bedah, tuuttttt nya sebelah.


Sebab dah malu jadi baik kita tutup cerita. Siapa pernah pergi Times Square, sila angkat tangan. Ha kau tengok, kau tengok..semua orang pernah pergi Times Square. Tapi tak semua orang suka Times Square sebab kat situ macam ribut tambah-tambah bila weekend.


Saye suka TS sebab bila shopping kat situ rasa macam shopping kat downtown sahaja hahahaha. Shopping?? did I mention it?? Aishh mana ada, hujung semester ni mana mampu bai. Jalan-jalan sambil telan air liur je hahahaha. Tapi bila tengok stall jual headgear yang cun-cun hati saye jadi melting...pilih, pilih dan pilih akhirnya saye beli jugak.

Oh ya, kami ( merujuk kepada saye dan rakan dan rakan...cuba teka berapa orang ) ke sana dengan pengangkutan awam. Sungguh mulia bukan sebab dah selamatkan environment daripada pencemaran asap.




Muka gembira + penat. Saye suka warna tiang tu...!!!!

LRT is faster than KTM..siapa berani sangkal???

Gembira walaupun tersesat, Hambik kau, tersalah naik tren, sesat sampai ke MIHARJA.


Abaikan muka saye yang nampak macam orang sakit tu, ni semua gara-gara insomia..kali ni betul ok haku sebut insomia bukan amnesia. Muka pucat dan tak berseri tu adalah hasil daripada tak cukup tidur. Jadi kau jangan sekali-kali berani kurangkan waktu tidur kau sebab nanti muka kau jadi macam kat atas tu..Ada bran bai??? 

Cerita sikit pasal sesat, masa nak balik kami dengan selamba je naik mana-mana tren yang sampai dulu. Kira tren yang kami naik adalah tren yang bertuah la sebab dah terpilih* merepek! Jadi sebab naik secara melulu-hala, kami naik tren yang takkan tiba di Tasik Selatan sebaliknya tertiba di MIHARJA. LRT is confusing la...nasib baik boleh tukar tren tanpa perlu beli tiket baru. Fuhh selamat poket den*sambil urut dada. Ni lah pertama kali dalam hidup saye tiba di MIHARJA. Saye macam excited sebab nama tempat tu unik. Bila asyik sebut, terasa macam kau ada di BALI (^ - ^)

Eh, bila dah sampai kolej hati jadi riang gembira mencuba headgear baru. Hahaha sampaikan terasa syok sendiri dan tanpa sengaja tersnap pic pakai webcam camera. Hahahaha

Pink peshmina and blue syiria scarf.

Sekali lagi anda diminta untuk mengabai muka si pucat lesi di atas. Hahaha, haku patut mintak tips kecantikan kat Lisa Surihani ni. Then baru boleh tackle Farid Kamil...wink wink

Jadi sampai di sini sahaja entry saye sebelum pulang beraya di kampung..Ahahaha bunyi cam suspen. Lepas ni saye akan sibuk beraya dan mungkin tidak akan update blog ini buat sementara waktu. Kenapa sibuk??? oh saye nak tolong imam sembelih lembu =)

p/s:cek amek masa berjam-jam nak upload gambaq-gambaq ni...internet oh internet...
     Tunggu YES in the end of this year..Yeay!!!

No comments: