Thursday, November 18, 2010

At hostel already

   Still in Raya mood??? Ok selamat hari raya aidiladha

kami dua orang budak comel sedang tunggu bas sekolah =)
Raya Aidiladha kali ini tidak mengujakan. Stop, tidak mahu komen banyak.

Tapi rumah saye still meriah dengan adanya anak-anak saudara yang ramai dan mainan-mainan anak saudara yang banyak..theee. Banyak sampai haku terpijak-pijak. Kejam tak?? hahahaha

Tapi malam ni, secara rasminya saye kembali ke kolej dan akan tidur secara solo. Walaupun dalam hati masih berharap agar roommate segera sampai.

Tadi rasa berat hati je nak balik kolej, encik abang yang hantarkan kat stesen KTM. Nasib baik encik abang tak merungut bila saye tidur bagai tak hingat dalam kereta. Bila dah naik tren saye sambung tidur lagi. Dalam perjalanan encik abang call suruh saye cakap dengan Darwisy. Kesian Darwisy, dia tak tahu saye nak balik hostel hari ni, masa saye nak gerak tadi dia tidur teehee tak apa, ahad ni acu balik ye Darwisy, nanti kita main rempit-rempit lagi.

Sampai je kolej terus rasa sedih sebab tangok bilik kosong. Bantal tak ada, selimut tak ada, yang tinggal telekung dengan tuala dan beberapa helai t-shirt sahaja. Mujur toiletry saye bawa dari rumah. Actually I packed all my stuff already sebab saye cadang nak duduk di rumah sampai sabtu then take a last paper on sunday dan pulang semula ke Trolak pada petang ahad. Tapi kita hanya merancang tuhan yang menentukan, saye terpaksa pulang ke kolej awal sebab dah berlaku cuai terhadap diri sendiri. Ada ke patut segala buku dan nota ditinggalkan di kolej sementara tuan punya badan berlenggang kanggaru balik ke kampung...habis macam mana nak buat revision ye tak?

Saye tak bawa banyak barang kali ni, baju pun saye akan pakai yang mana ada je. Kot-kot kalau kau terserempak, then nampak saye serabut serabai, baiklah jangan tegur hahaha.

Dan yang paling menyedihkan saye tertinggal lipgloss. Jadi dalam masa 3 hari ni, starting from tomorrow to sunday, i'll look pale and dull. But it doesn't matter, I don't want to think too much about it. Boleh kan, boleh kan?????

Oh ya, I was reminding myself that don't ever use "lipice color gloss" because its totally suck. Hahaha even saye adalah peminat lipice, but for this one, i will never, ever use again. Bibir saye jadi kering kontang dan sakit dan pedih juga. Baru guna dua kali, tak luak pun tapi saye akan buang sebab saye lebih sayang bibir saye=)

Sebabkan saye bosan tinggal seorang di dalam bilik, jadi entry ini turut berjangkit menjadi bosan. Baik saye hentikan sampai kat sini sahaja sebelum saye kena boooo sebab niyang merepek kat blog.


p/s : saye perlu sambung tidur hahaha. Eh nak tanya kenapa lelaki suka nak naik ladies coach ye???

No comments: