Tuesday, November 30, 2010

asal-usul


Hari ni apa kata saye memperkenalkan kampung tumpah darahku pada kau semua. So hari ni entry ni secara rasminya akan berunsur ilmu sikit. Kita akan belajar SEJARAH hockey. Eh tak suka yeh?? Tak suka pun kena dengar jugak cerita saye ni. Saye paksa tahu..keh3x

Saye tinggal di Felda TROLAK. A ah saye ni tinggal kat felda. Ala felda..yang ramai mat rempit, mat dadah tu…Ok tak berniat nak guriskan hati sesiapa dengan pisau toreh getah, tapi ini antara persepsi masyarakat tentang felda.

Baiklah, tapi jangan kau ingat ynag buruk-buruk je pasal felda ni, sebab kalau orang-orang felda ni mogok pastu tak mau jual sawit, ha mau menggelabah nak cari minyak nak buat minyak masak. Lagipun ramai je anak-anak felda yang berjaya kat luar sana nun..sumpah tak tipu.

Sekarang nak cerita asal usul nama TROLAK.

Pada suatu hari, parameswari sudah lari daripada kerajaannya yang bernama Kerajaan Pasir Berdengung. Lari punya lari, pastu lari lagi dan lagi akhirnya parameswari sampai di kawasan hutan yang luas terbentang. Gigihlah parameswari mencari signboard untuk cari info pasal tempat tersebut malangnya tak ada satu signboard pun di kawasan tersebut. Jadi parameswari pun mendapat idea untuk membangunkan sebuah kampung  di situ. Lalu parameswari pun menelefon Ah Kong untuk membersihkan hutan dan menolak tanah-tanah bukit agar menjadi rata.

Ah Kong pun membawa jentolak untuk meratakan tanah.  

“Aiyak tauke, ini tanah manyak tinggi woo..mau terus tolak ka?” Tanya Ah Kong kepada parameswari.

“Ya la..terus tolak ma..kalau lu tarak tolak sapa mau bikin???David Becham??” marah parameswari kepada Ah Kong.

“Terus tolak ka?”

“Ya la..terus tolak”

“Betul ni tauke?? Terus tolak?”

Terus tolak!!”

“Lu serius ka tauke?”

“Terus tolak!!!!!!!!!!!”

Dialong tersebut berulang-ulang  sampai parameswari punya lidah terkehel dan secara laju-laju dia menyebut TROLAK.

Akhirnya parameswari menamakan kampung  baru itu sebagai TROLAK




Hahaha macam mana??? Adakah anda semua telah tertipu??? Keh3x


2 comments:

aLoNg.... said...

hahaha...
lebih auta dari fakta..

farahAzreenHJAhmad said...

along..

hahaha..tq for reading hahahaha