Friday, November 26, 2010

anak-anak saye

Finally saye singgah di sini hehehe. Terasa macam tak biasa nak lepak di blog sendiri.

Duduk kat rumah tak terasa sangat nak online, macam banyak benda lain nak dibuat. Tadi teman anak-anak pergi klinik. Waaahh dengar tu, ANAK-ANAK ok.

Wani demam, kesian saye tengok..diam sepanjang hari, padahal sebelum ni saye panggil dia Wani becok hahaha.

Aidid pula mendapat bala yang lebih kronik. Entah apa yang dia dah buat sampai nak tercabut kuku jari kaki kanan. Jadi kami sekeluarga dah bersepakat (sepakat membawa berkat ok) bawa ke klinik, untuk cabut kuku beliau.

Tapi lebih kasihan lagi kepada kedua-dua anak ini, selepas ke klinik, terpaksa pula mengikut mak su bershopping. Mesti kau fikir saye kejam kan..kan.

Disebabkan mental dan fizikal beliau-beliau sekalian tidak begitu bersedia untuk bershopping bersama mak su maka mak su jadi bersimpati dan tidaklah bershopping secara rawak, sebaliknya cuma singgah di satu kedai sahaja untuk membeli kain cotton. Eh, saye tersinggah di kedai eksesori juga, err tapi tak lama sebab tak mahu buat anak-anak tertunggu lama. Jadi kesimpulannya saye tak kejam kan *___*



ni bukan Wani, ni Aidid=) (gambar kabur..sorry)
Banyak nak diceritakan, tapi nanti akan disambung pada next entry ok...daa~

No comments: