Tuesday, November 9, 2010

1 hari yang panjang

Walaupun tajuknya 1 hari yang panjang tapi jangan risau, entry ini tidak akan begitu panjang kerana saye tidak ada masa yang panjang untuk menaip panjang-panjang. Ahh merepek!!!


Sehelai baju kurung untuk permulaan hari selasa=)

Hari ni saye mulakan hari saye lebih awal daripada biasa. Pukul 5 pagi saye dah bangun. Saye dah tak mampu nak teruskan tidur, tuhan je yang tahu betapa saye risau nak jawab exam. Oh ya, biar saye beritahu, hari ni saye ada dua paper. Pukul 8.30 psychology dan seterusnya 2.00 petang account.

Walaupun mata berat 10kg tapi saye tetap nak belek-belek nota dengan harapan saye dapat input yang banyak pagi tu. Lagipun encik pakar motivasi kata, otak dapat terima banyak maklumat pada waktu pagi. Tapi harapan tinggal harapan je...saye terlelap dengan buku menutup mukaT____T. Cara macam ni boleh absorb ilmu tak?? Hahaha

Sebelum masuk dewan exam macam biasa saye akan lepak-lepak dengan kawan-kawan yang sedang sibuk buat revision. Strategi ni selalu berkesan untuk saye hehehehe. Strategi apa??? Oh biasanya bila kawan-kawan saye baca nota, cara mereka nak ingat ialah dengan melontarkan suara secara lantang dan saye akan menjadi tukang dengar. Jadi secara tak langsung kami berkongsi ilmu=) Eh jangan kata saye ambil kesempatan ye, ni win-win situation sebab macam mana kawan saye nak baca secara lantang kalau tak ada tukang dengar..kan kan kan.

Exam tadi?? Boleh lah..kalau senang bukan namanya final exam kan.

Selesai sudah 2 paper. Lega rasanya.

Akhirnya saye ada masa untuk buang whitehead kat muka. Yeay!!!!!!

Teringat cikgu sekolah rendah selalu kata

"Kalau susah sangat nak hafal, rebus buku tu, minum airnya!"
=)



No comments: