Tuesday, November 30, 2010

asal-usul


Hari ni apa kata saye memperkenalkan kampung tumpah darahku pada kau semua. So hari ni entry ni secara rasminya akan berunsur ilmu sikit. Kita akan belajar SEJARAH hockey. Eh tak suka yeh?? Tak suka pun kena dengar jugak cerita saye ni. Saye paksa tahu..keh3x

Saye tinggal di Felda TROLAK. A ah saye ni tinggal kat felda. Ala felda..yang ramai mat rempit, mat dadah tu…Ok tak berniat nak guriskan hati sesiapa dengan pisau toreh getah, tapi ini antara persepsi masyarakat tentang felda.

Baiklah, tapi jangan kau ingat ynag buruk-buruk je pasal felda ni, sebab kalau orang-orang felda ni mogok pastu tak mau jual sawit, ha mau menggelabah nak cari minyak nak buat minyak masak. Lagipun ramai je anak-anak felda yang berjaya kat luar sana nun..sumpah tak tipu.

Sekarang nak cerita asal usul nama TROLAK.

Pada suatu hari, parameswari sudah lari daripada kerajaannya yang bernama Kerajaan Pasir Berdengung. Lari punya lari, pastu lari lagi dan lagi akhirnya parameswari sampai di kawasan hutan yang luas terbentang. Gigihlah parameswari mencari signboard untuk cari info pasal tempat tersebut malangnya tak ada satu signboard pun di kawasan tersebut. Jadi parameswari pun mendapat idea untuk membangunkan sebuah kampung  di situ. Lalu parameswari pun menelefon Ah Kong untuk membersihkan hutan dan menolak tanah-tanah bukit agar menjadi rata.

Ah Kong pun membawa jentolak untuk meratakan tanah.  

“Aiyak tauke, ini tanah manyak tinggi woo..mau terus tolak ka?” Tanya Ah Kong kepada parameswari.

“Ya la..terus tolak ma..kalau lu tarak tolak sapa mau bikin???David Becham??” marah parameswari kepada Ah Kong.

“Terus tolak ka?”

“Ya la..terus tolak”

“Betul ni tauke?? Terus tolak?”

Terus tolak!!”

“Lu serius ka tauke?”

“Terus tolak!!!!!!!!!!!”

Dialong tersebut berulang-ulang  sampai parameswari punya lidah terkehel dan secara laju-laju dia menyebut TROLAK.

Akhirnya parameswari menamakan kampung  baru itu sebagai TROLAK




Hahaha macam mana??? Adakah anda semua telah tertipu??? Keh3x


Sunday, November 28, 2010

My pet


Tadi lepak-lepak sambil menonton drama melayu tiba-tiba saye terpandang sesuatu di tangan anak saudara saye. “ooo..haiwan itu..!!” kata hati saye penuh keterujaan.

Haiwan itu berkepala besar, tapi sayangnya dia buta. Entah siapa yang begitu zalim dah mengorek mata beliau, memang zalim ah dia tu. Badannya masih tak berubah warna. Masih colourful seperti dulu, ada warna kuning, purple dan merah. Kombinasi yang akan membuatkan mana-mana kucing mengiau..yauuuu!! *merepek



Inilah haiwan yang dimaksudkan. Dulu beliau sebesar tapak tangan, sekarang masih sebesar tapak tangan

Haiwan ini namanya penuhnya kura-kura, nama nick(nickname) dia kura-kura, nama manja bucuk-bucuk juga kura-kura. Kura-kura adalah teman sepermainan saye waktu kecil dulu. Kura-kura ni kalau lawan lumba lari dengan arnab mesti arnab kalah. Bukan kalah sebab tertidur tapi kalah sebab kura-kura ni lajuuuu sungguh.

Tariklah kura-kura ini sepuah hati kebelakang(reverse) kemudian lepaskan..tara!! tiga kelip mata dia dah sampai ke garisan penamat. Laju bukan.

"Mak ingat tak benda ni..?" kata saye sambil tunjuk kura-kura pada mak. 
Mak saye gelak-gelak je tengok kura-kura tersebut sebab kami berdua ada kenangan manis wooo berkaitan kura-kura ni hehehehe...

~

p/s : sayangilah haiwan kesayangan anda.


Friday, November 26, 2010

anak-anak saye

Finally saye singgah di sini hehehe. Terasa macam tak biasa nak lepak di blog sendiri.

Duduk kat rumah tak terasa sangat nak online, macam banyak benda lain nak dibuat. Tadi teman anak-anak pergi klinik. Waaahh dengar tu, ANAK-ANAK ok.

Wani demam, kesian saye tengok..diam sepanjang hari, padahal sebelum ni saye panggil dia Wani becok hahaha.

Aidid pula mendapat bala yang lebih kronik. Entah apa yang dia dah buat sampai nak tercabut kuku jari kaki kanan. Jadi kami sekeluarga dah bersepakat (sepakat membawa berkat ok) bawa ke klinik, untuk cabut kuku beliau.

Tapi lebih kasihan lagi kepada kedua-dua anak ini, selepas ke klinik, terpaksa pula mengikut mak su bershopping. Mesti kau fikir saye kejam kan..kan.

Disebabkan mental dan fizikal beliau-beliau sekalian tidak begitu bersedia untuk bershopping bersama mak su maka mak su jadi bersimpati dan tidaklah bershopping secara rawak, sebaliknya cuma singgah di satu kedai sahaja untuk membeli kain cotton. Eh, saye tersinggah di kedai eksesori juga, err tapi tak lama sebab tak mahu buat anak-anak tertunggu lama. Jadi kesimpulannya saye tak kejam kan *___*



ni bukan Wani, ni Aidid=) (gambar kabur..sorry)
Banyak nak diceritakan, tapi nanti akan disambung pada next entry ok...daa~

Monday, November 22, 2010

Aku jatuh cinta

Fallin' in love with this one
Nak ni...

Bila nak dapat????

Can't wait to have one.

~Ok babai~

Entry ni pendek je sebab a picture tell thousand word. So kalau nak cerita samapi thousand word kat sini nanti kau jadi fed up pastu kau menyesal bukak blog ni...thehhehehehe.

Sampai di sini saja ye

p/s : ilysm bebeh...siapa??? u, u, u, and u semua daaaa~

Sunday, November 21, 2010

tv addicted???




Byul - Kim Ah Joong (sedutan 200 pound beauty)

Cuba dengar lagu ni, best an...kalau rasa bosan study sila jadikan lagu ini sebagai selingan.


Ermm sepatutnya saye tulis pasal mimpi best saye, tapi tiba-tiba mood bertukar. Malam ni asyik layan lagu-lagu korea sampai lebam theeheee.

 Ok next kita tengok series or drama yang memberi pengaruh besar terhadap saye. Let's cekidaut bebeh

~Nombor 5

Dulu-dulu setiap hari jumaat pukul sepuluh ada series CHARMED. Wuishh cerita ni memang terbaik. Sampai sekarang saye tak boleh lupa. Ada watak PIPER, PRUE ngan PHOEBE. Lepas tu ada adik tiri diorang kot nama PAIGE. Bila teringat kat series ni, saye teringat kawan saye, Marlina, dia sangat suka pada LEO. LEO ni husband PIPER kalau tak silap. Kalau dia tengok LEO dia akan seperti terkena renjatan elektrik. Sangat comel beliau ni.


Piper, Prue, Phoebe

~Nombor 4

F4 dari Taiwan kan, kan, kan??? Dulu gigih lah nak tengok drama METEOR GARDEN yang F4 berlakon tu sampai ponteng riadah bagai. Oh dulu kat asrama kena riadah setiap petang. Mainlah kau bola jaring, tak pun kalau tak pandai main bola jaring mainlah taman=)

Orait, back to the F4, haku memang kipas susah mati (die hard fan) diorang sampai tampal poster kat tepi katil. Hahaha comel sungguh perbuatan saye tu kan. Bila tengok drama METEOR GARDEN tu sentiasa senyum dan tengok jam. Senyum sebab tangok hero-hero yang comey belako dan asyik tengok jam sebab rasa bila tengok je drama tu, sejam macam 2 saat je, perghhh cepat sungguh masa berlalu.

Semuanya kacak bukan?? Tapi saye suka yang dua dari kiri tu, nama dia dalam meteor garden HUA ZHE LEI. Nama sebenar saye tak ambil tahu=)

Yang tengah-tengah tu nama tipu-tipu dia SAN CHAI. Nama dia chumel!!

Gigihlah saye dan rakan-rakan menonton drama tersebut selama isnin-jumaat pukul 4setengah kalau tak silap kat NTV7. Last-last terkantoi dengan ibu (warden). Kantoi, dah lah tak turun riadah, tengok tv pulak, memang dia hangin satu badan la..jadi sebagai denda jeng3x beliau menghadiahkan kami vcd complete set drama meteor garden. Yeay!!! Terima kasih ibu *______*

Jadi menontonlah kami seisi aspuri drama meteor garden pada setiap hari jumaat dan sabtu. Siap cop-cop tempat lagi, nak duduk depan-depan aje, sayelah tu sebab saye ni rabun kena duduk depan tv , kalau boleh nak masuk terus dalam tv tu.


~ Nombor 3


Dunia Baru
 Drama ni di tayangkan kat tv3 masa saye form 5. Ok kenapa drama ni memberi impak kepada saye?? Sebab saye cuba-cuba nak dress up macam si Opie. Saye juga sanggup tak menyiapkan kerja sekolah yang cikgu bagi sebab nak tengok drama ni dan esoknya terkelam pagi-pagi niru homework kawan.

Eh mana ada pengaruh negatif, sebab tengok dunia barulah saye jadi semangat nak masuk U hahaha* tetttt semua kena tipu

~Nombor 2

Sailormoon
 Maaf ku tak pernah berterus-terang, bukan ku tak mempercayai mu..lalalala. Gugurl macam saye haruslah menonton series anime ini. Saye sanggup nak tengok sailormoon sampai skip tolong mak tekan putu kacang. Buat putu kacang boring, sakit jari, tengok sailormoon baru best.

Sebenarnya saye suka juga Dragon Ball, Doremon bal bla bla tapi Sailormoon ni lain sikit, sebab saye ada kenangan lebih sikit. Hik3 dulu saye dengan empat orang lagi kawan saye masing-masing gigih pilih sorang satu character dalam series ni untuk dijadikan idola. Hahaha saye punye idol, yang kaler biru tu, JUPITER kalau tak silap. Saye suka dia sebab dia bijak, ada macam saye sikit-sikit hahaha. Sila abaikan statement tersebut. Nasib baik saye tak tiru cara diorang dress up. Kalau tak tak tahu lah apa akan jadi..ngeng~

Nombor 1


Forum Perdana Ehwal Islam

 Yess, ini sepatutnya yang saye tengok daripada dulu. Tapi secara jujur dan ikhlas saye akui sepanjang hidup saye, sejak saye pandai menekan remote tv, berapa kali sangatlah saye menonton program keagamaan. Kalau tengok pon tertonton secara tak sengaja, dan kalau tengok pon akan terlena-lena sebab rasa bosan. Ish3x sentap sekejap kan.

p/s : tapi saye suka dengar ceramah USTAZAH NUR BAHYAH...nice dan terbaik

Saturday, November 20, 2010

alone...

Boo pada diri sendiri..motif?? Tak ada motif, kalau dah terlampau bosan gini lah gayanya.

Tadi saye study, tadi juga saye fesbuk, tadi juga saye blogwalking..hebat bukan, 3 in 1 hahahaha. Aishhh pliz jangan nafikan kehebatan saye tu.

Tapi tak hebat mana sebab yang dikejar memang dapat, tapi yang dikendong tercicir pula. Sebabnya saye baru habiskan 1 chapter dalam masa 4 jam. Catatan masa yang kurang baik. Tapi tak apa since mata tak mahu shut down jadi saye akan cover next chapter sekejap lagi.

Eh, lately macam asyik update blog saja kan. theehhee tak apa lah, ini kan blog saye, kalau kau dah bosan sila click button 'x' pada hujung sebelah kanan lappie masing-masing. Tiada paksaan, walaupun saye menangis kecewa sebab kau dah tak mahu baca blog sayeT____T

Tadi kan, masa saye study kan, tiba-tiba saye terchatting dengan kawan lama saye kan. Dia ni macam besties saye la. Bukan macam malah memang besties foreva ok. Alhamdulillah, dia tengah bahagia sekarang dengan Zahiril Azim, ala yang artis tu..yang berlakon drama tu..kalau tak kenal memang ah. Teeettt saye tipu. Pandai-pandai je buat cerita. Tapi the true is she's happy with her boyfriend, tapi bukan Zahiril Azim.

My roommate pun tengah bahagia sekarang, roommate yang mana satu?? Erm cik yyna la yang sedang happy bergumbira sekarang?? Semoga kegembiraan cik yyna akan berjangkit dengan saye=)

Oh, saye memang tak berapa nak happy sekarang, rasa macam nak packing semua barang dan balik Trolak malam ni jugak. Boleh ke gitu?? Tak boleh, saye kena duduk diam-diam, buat revision secara istiqamah. Nanti exam dah habis saye boleh join club enjoy sedunia yeay!!!

Nak release tension jom kita selesaikan teka-teki di bawah, ni pun kawan saye yang text

"Dalam banyak-banyak huruf, huruf apa yang boleh kahwin??"

Saye memang tak tahu jawapannya pun, jadi sebab rasa taknak kalah jadi saye dengan selambe tanya kat encik google. Tak sampai 3 saat encik google bagi jawapan kat saye. (amaran, dialog ini berbentuk fantasi)

"hang nak taw ka apa jawapan dia??" tanya encik google
"ha la..kalau tak buat pa cek tanya..!!" kata saye sambil sekeh kepala encik google
"jawapan dia, i dengan u la..awat bodo sangat hang ni, tu pon xleh pikiaq ka"

Ok google is always helping. Dan dengan Google saye mampu menjaga air muka tanpa drop walau setitik pun sebab berjaya menjawap teka-teki daripada kawan saye dengan betul dan laju=)

Reaksi gembira bila dapat jawab teka-teki dengan betul..yeay!!!!
 Ada mimpi best?? Saye ada...nanti akan diceritakan pada next entry..=)

p/s : lunch hari ni nasi ayam...pada ayam-ayam semua jangan jeles hoccey!!

Friday, November 19, 2010

Day Dreaming

Bosannya..tak tahu nak buat apa.

Celik mata je, tiba-tiba rasa kecewa sebab tak ada roommate nak borak. Penyelesaian untuk masalah tersebut, saye on YM then chat secara rawak.

"Jom bowling!!!" tiba ajak-ajak ayam tersebut pop up kat kotak chat. Ciss!! kuang asam tol kau ni, mentang-mentang tengah bercuti sekarang.




Nak main bowling..
Merengek jiwa gwa nak main boling..T__T
 

Haishh..tak tak tak..saye takkan keluar berfoya-foya this time. Rugilah pengorbanan saye balik awal ke hostel kalau tiba-tiba saye pergi keluar main bowling pulak kan. OK I"M STUDYING!!!

Tapi sebelum tu jom pi berangan sat..
Saye ada buat kuiz ni beberapa hari yang lepas. Then resultnya adalah begini :

Apakah baju pengantin awak?? Gown hitam!!!

Haih, nama pun fesbuk, dah tentu kuiz ni mitos..tapi saye still suka sebab saye suka warna hitam-__-


Nice=)

Jadi adakah saye akan memakai ini on my wedding?? Hahaha kalau shoulder off macam itu saye tak akan pakai ok. Nanti jiran-jiran akan cakap 

"hang ni awat??tak dak duit ka nak beli kein lebih??"

 Ok, peduli kata jiran sebentar=) Sambung sesi berangan, kalau pakai gown hitam takkan nak pakai kasut putih pulak kan, jom kita usha stilettos pulak


Sat, sat, biaq cek bayangkan rupa cek sat..emmm ok not bad hahaha. Pendek kata hitam memang menarik la. Tapi kebahagiaan hanya sementara saja. Bila saye buat kuiz ni pulak :

Ape akan jadi pd anda pd 2012?? Jadi JANDA!!

Oh, tak mo tak mo tak mo*geleng kepala seratusenampuluh kali. Hahaha fesbuk tipu!!!! Daripada berangan sebegini baik saye study..huh!

p/s : mak ngan ayah nak balik kampung tak ajak saye..huahuahua..nanes berlagu-lagu T____T

Jom tidur jom

I supposed to sleep rite now..haisshhh* mengeluh tanda kesal.

But it's like a tradition,when lie down on this bed, i can't sleep before 12 like at home, it's so what the fish rite..padahal masa kat dalam tren petang tadi bukan main lagi saye tersengguk sampaikan bila saye terjaga ada seorang makcik memandang penuh simpati pada saye hahaha. Dalam hati saye just cakap "cool la makcik, ni baru sikit, kalau makcik tengok saye dalam class math masa sem 1 dulu lagi kesian" hahaha dalam class math kau ngantuk fara?? aishh siapa suruh lecturer bagi lecture math macam lecture kenegaraan, of coz saye ngantukT________T

.....Ok sesi kenangan lama tamat......

Tadi sempat chat dengan encik F, tapi instinct saye cakap encik F macam marahkan saye, then when i asked him, he said he's not. Emm tak apalah mungkin itu cuma perasaan saye je. But if i was make a mistake pliz forgive me ye. Saye harap saye dapat jadi kawan yang baik.

Memandangkan tak boleh tidur, jadi saye pun jadi rajin reply sms encik kelakar. Siapa encik kelakar??? Sila tengok sini kalau nak kenal. Dulu pernah mengalami konflik yang amat dashyat dengan dia, tapi sekarang Alhamdulillah, masih boleh berkawan.

Dia : Buat apa fb malam-malam ni, cari bf ye??
Saye : Tak de maknanya..
Dia : Dah ada bf ke??
Saye : Mana ada...orang tak cun, sape nak

Eh, cukuplah sampai situ je, kalau nak tahu banyak-banyak, silalah text ex anda sekarang juga, topik perbualan mungkin tak lari, lebih kurang sama je.

Ok it's almost 1 am already..i wanna sleep sleep sleep.......

p/s : reply text encik kelakar sebanyak 8 kali, (8 x setengah sen = 4sen... ) hahaha celcom is great!!!





Thursday, November 18, 2010

At hostel already

   Still in Raya mood??? Ok selamat hari raya aidiladha

kami dua orang budak comel sedang tunggu bas sekolah =)
Raya Aidiladha kali ini tidak mengujakan. Stop, tidak mahu komen banyak.

Tapi rumah saye still meriah dengan adanya anak-anak saudara yang ramai dan mainan-mainan anak saudara yang banyak..theee. Banyak sampai haku terpijak-pijak. Kejam tak?? hahahaha

Tapi malam ni, secara rasminya saye kembali ke kolej dan akan tidur secara solo. Walaupun dalam hati masih berharap agar roommate segera sampai.

Tadi rasa berat hati je nak balik kolej, encik abang yang hantarkan kat stesen KTM. Nasib baik encik abang tak merungut bila saye tidur bagai tak hingat dalam kereta. Bila dah naik tren saye sambung tidur lagi. Dalam perjalanan encik abang call suruh saye cakap dengan Darwisy. Kesian Darwisy, dia tak tahu saye nak balik hostel hari ni, masa saye nak gerak tadi dia tidur teehee tak apa, ahad ni acu balik ye Darwisy, nanti kita main rempit-rempit lagi.

Sampai je kolej terus rasa sedih sebab tangok bilik kosong. Bantal tak ada, selimut tak ada, yang tinggal telekung dengan tuala dan beberapa helai t-shirt sahaja. Mujur toiletry saye bawa dari rumah. Actually I packed all my stuff already sebab saye cadang nak duduk di rumah sampai sabtu then take a last paper on sunday dan pulang semula ke Trolak pada petang ahad. Tapi kita hanya merancang tuhan yang menentukan, saye terpaksa pulang ke kolej awal sebab dah berlaku cuai terhadap diri sendiri. Ada ke patut segala buku dan nota ditinggalkan di kolej sementara tuan punya badan berlenggang kanggaru balik ke kampung...habis macam mana nak buat revision ye tak?

Saye tak bawa banyak barang kali ni, baju pun saye akan pakai yang mana ada je. Kot-kot kalau kau terserempak, then nampak saye serabut serabai, baiklah jangan tegur hahaha.

Dan yang paling menyedihkan saye tertinggal lipgloss. Jadi dalam masa 3 hari ni, starting from tomorrow to sunday, i'll look pale and dull. But it doesn't matter, I don't want to think too much about it. Boleh kan, boleh kan?????

Oh ya, I was reminding myself that don't ever use "lipice color gloss" because its totally suck. Hahaha even saye adalah peminat lipice, but for this one, i will never, ever use again. Bibir saye jadi kering kontang dan sakit dan pedih juga. Baru guna dua kali, tak luak pun tapi saye akan buang sebab saye lebih sayang bibir saye=)

Sebabkan saye bosan tinggal seorang di dalam bilik, jadi entry ini turut berjangkit menjadi bosan. Baik saye hentikan sampai kat sini sahaja sebelum saye kena boooo sebab niyang merepek kat blog.


p/s : saye perlu sambung tidur hahaha. Eh nak tanya kenapa lelaki suka nak naik ladies coach ye???

Tuesday, November 16, 2010

Cerita dari Trolak

Happy cooking =)

Having a very nice day today, baking a chocolate cake, make choc strawberry pudding, and the special one is laksa.

Gila banyak la, betul ke kau yang masak?? Of cuz kawan-kawan, ini kisah benar dan jujur...8 jam yang lepas baju saye berbau telur sebab baking cake dan berbau ikan juga heeee.

Step 1 : Put the sugar and butter...pukul sampai sebati
Step 2 : Masukkan telur one by one. Saye guna 5 biji telur ye
Step 3 : Tambah cooking choc. Lagi banyak lagi sedap kot hahahaha
Step 4 : Tambah tepung sedikit demi sedikit...tambah serbuk coco gak
Step 5 : Masukkan dalam double boiler..letak aluminium foil dalam acuan kalau nak mudahkkan kerja.
Step 6 : Guna cooking Choc untuk toping cake. Lepas tu hias sesuka hati.
Jeng Jeng !!!!!!!

Inilah hasilnya, opss sori sangat comot sebab tak letak kat bekas yang proper sikit. Tak sabar nak capture gambar =)

Eh, baking cake??? Tak tak..saye kukus sebenarnya.

Esok jemputlah datang rumah ye..boleh kita makan kek sama-sama. Ketupat dan rendang yang paling penting=)

........................................................

Ok, sebenarnya sebelum balik rumah saye sempat jalan-jalan dengan encik E..encik E siapa? He's my bestfren ever, best lepak dengan dia ni sebab dia memang sempoi - ___ -

Tak mo cerita lanjut-lanjut pasal Encik E sekarang ni. Next entry I'll..ermm maybe..

Oh ya kalau nak berkenalan dengan Encik E dah tak boleh tau, sebab tak lama lagi Encik E bakal bergurlfren..yeay!!! Saye akan dapat kawan ipar. Hope that gurl still benarkan saye keluar lepak-lepak dengan Encik E..plizz ya

Pakai headgear baru, tapi Encik E kata macam pakai selimut.

Comel kan?? hahahaha ok snowman is cutest than me.

Mrs Flash Boutiqe

Teng..teng..teng..

Saye : cantik tak ni?? sambil tunjuk peshmina, sambil pura-pura comel
Encik E : cun, tapi macam pakai selimut..hahahaha~lawak PANAS daripada Encik E
Saye : Bengong!!! tarik muncung laju-laju.

p/s : Mc Chicken Supreme sedaaaappp2x
        Encik E, kau memang best..HIK3

Sunday, November 14, 2010

Salam AidilAdha


Kepada yang membaca blog ini dan kepada semua kewan-kawan yang mengenali, sama ada kita rapat makan nasi sepinggan, ataupun selisih bahu tapi buat-buat tak kenal, sesiapa sajalah, saye Farah Azreen Binti Ahmad menyusun 10 jari tangan kan 10 jari kaki*exagerated la kau nih...memohon maaf zahir dan batin.

Semoga Aidil Adha ini membawa kita ke lembaran baru yang lebih bermakna.


Dah macam salam perantau kat newspaper dah ~ngee, tulisan tu saye buat warna hijau sempena warna ketupat daun palas...Aissshh sungguh suka=)

p/s: apahal??Tak puas hati sebab saye kasi jari kaki?? Ok tak mo macam tu dear, whatever orang bagi sila terima dengan hati yang redha hahaha...Ok2 jangan marah..tak payah yang jari kaki tu..jari tangan cukup. 


Teringat pada AIDIL zafuan dengan zaquan ADHA

Mallwalking

Gelak la wei, gelak...Kuang hasam punya budak, hang gelak kat cek no..tak pa tak pa..
Ciss macam mana kau boleh perasan ni, hahahaha sumpah saye langsung tak perasan kesalahan yang telah berlaku. Ok, saye ngaku, bukan Amnesia tapi Insomia. *dah la haku siap caplock lagi word amnesia tu..huuuu malu. Kepada yang clueless silalah refer pada entry ini. Ha tak nak?? tak nak sudah, nak kawin dengan bedah, tuuttttt nya sebelah.


Sebab dah malu jadi baik kita tutup cerita. Siapa pernah pergi Times Square, sila angkat tangan. Ha kau tengok, kau tengok..semua orang pernah pergi Times Square. Tapi tak semua orang suka Times Square sebab kat situ macam ribut tambah-tambah bila weekend.


Saye suka TS sebab bila shopping kat situ rasa macam shopping kat downtown sahaja hahahaha. Shopping?? did I mention it?? Aishh mana ada, hujung semester ni mana mampu bai. Jalan-jalan sambil telan air liur je hahahaha. Tapi bila tengok stall jual headgear yang cun-cun hati saye jadi melting...pilih, pilih dan pilih akhirnya saye beli jugak.

Oh ya, kami ( merujuk kepada saye dan rakan dan rakan...cuba teka berapa orang ) ke sana dengan pengangkutan awam. Sungguh mulia bukan sebab dah selamatkan environment daripada pencemaran asap.




Muka gembira + penat. Saye suka warna tiang tu...!!!!

LRT is faster than KTM..siapa berani sangkal???

Gembira walaupun tersesat, Hambik kau, tersalah naik tren, sesat sampai ke MIHARJA.


Abaikan muka saye yang nampak macam orang sakit tu, ni semua gara-gara insomia..kali ni betul ok haku sebut insomia bukan amnesia. Muka pucat dan tak berseri tu adalah hasil daripada tak cukup tidur. Jadi kau jangan sekali-kali berani kurangkan waktu tidur kau sebab nanti muka kau jadi macam kat atas tu..Ada bran bai??? 

Cerita sikit pasal sesat, masa nak balik kami dengan selamba je naik mana-mana tren yang sampai dulu. Kira tren yang kami naik adalah tren yang bertuah la sebab dah terpilih* merepek! Jadi sebab naik secara melulu-hala, kami naik tren yang takkan tiba di Tasik Selatan sebaliknya tertiba di MIHARJA. LRT is confusing la...nasib baik boleh tukar tren tanpa perlu beli tiket baru. Fuhh selamat poket den*sambil urut dada. Ni lah pertama kali dalam hidup saye tiba di MIHARJA. Saye macam excited sebab nama tempat tu unik. Bila asyik sebut, terasa macam kau ada di BALI (^ - ^)

Eh, bila dah sampai kolej hati jadi riang gembira mencuba headgear baru. Hahaha sampaikan terasa syok sendiri dan tanpa sengaja tersnap pic pakai webcam camera. Hahahaha

Pink peshmina and blue syiria scarf.

Sekali lagi anda diminta untuk mengabai muka si pucat lesi di atas. Hahaha, haku patut mintak tips kecantikan kat Lisa Surihani ni. Then baru boleh tackle Farid Kamil...wink wink

Jadi sampai di sini sahaja entry saye sebelum pulang beraya di kampung..Ahahaha bunyi cam suspen. Lepas ni saye akan sibuk beraya dan mungkin tidak akan update blog ini buat sementara waktu. Kenapa sibuk??? oh saye nak tolong imam sembelih lembu =)

p/s:cek amek masa berjam-jam nak upload gambaq-gambaq ni...internet oh internet...
     Tunggu YES in the end of this year..Yeay!!!