Sunday, October 3, 2010

~Rumah Terbuka

Macam biasa setiap tahun kalau kau tinggal kat kampus, mesti ada adat istiadat ni. Aktiviti wajib selepas raya. Dan saye, untuk kali kedua, tidak terlepas untuk sama-sama memeriahkan majlis walaupun sebenarnya saye tak ada buat apa-apa untuk memeriahkan majlis pun, kecuali beratur panjang-panjang untuk mengisi perut.

Menu banyak, jadi mari lihat apa yang saye dapat.


Seperti gambar di atas. Nasi kaler oren, ayam masak ape ntah dan sate empat cucuk. Timun err timun di kira ulam.

Majlis agak meriah, cuma suasana, aktiviti dan makanan sama saja dengan tahun lepas dan mungkin juga sama dengan tahun-tahun sebelum ni.


Antara kawan-kawan yang hadir. Apa?? cantik?? Thanks so much *bagi pihak mereka =)


Saye rasa macam ramai yang pakai baju warna merah dan ungu malam tu.

....................................................................

Okeh, ini kita masuk lain cerita. Hari ahad adalah hari beriadah sedunia, so mari kita mengukur mall. Seharian jalan-jalan, shopping tingkap...bila penat mari kita menjamah sesuatu.








Look nice, rasa sedap. Harga berbaloi.