Friday, September 3, 2010

Sahur ke 2

Sahur ke 2

Situasi lebih kurang sama macam hari pertama sahur kali pertama tahun ini disini. Anak-anak buah masih berperangai seperti semalam cuma kali ini lebih teruk sikit.




Macam ni lah lebih kurang keadaan diorang. LOL:D

Saye makan secara senyap sahaja tapi dalam hati mengekek ketawa. (jangan nak cakap aku hipokrit pulak!) Saye malas nak ketawa-ketawa ketika makan sahur sebab nanti saye akan disyaki gila pula.

Tapi hari ni mereka nampak rilek-rilek sahaja. Sebab tak perlu ke sekolah kot, cuma angah sahaja lepas makan laju-laju gosok gigi dan laju-laju pergi tidur.

"Angah ade persembahan nasyid nanti kat sekolah.." oooo patut la

Diorang ni ada satu tradisi, lepas makan nasi mesti akan makan biskut. Kakak saye akan buat milo sorang segelas dan milo ini wajib diminum sehingga habis. Hahaha ni memang ikut perangai mak ni. Mak kami pun telah membuat perkara yang hampir serupa terhadap kami adik-beradik.

Jadi akan makanlah diorang ni biskut cicah air milo sebagai desert. Dan dah 2 hari ni saye memang akan join diorang. Boleh tahan layan la.

Resepi :

Segelas air milo
Sugar krim kreker. (kalau tak ada sugar tak berapa nak layan kot)

Hari ni saye malas nak lelap lepas sahur. Saja mahu melihat telatah kanak-kanak kawasan ni pergi kesekolah. Mesti menarik

No comments: