Wednesday, September 1, 2010

Mata


Pe benda ni?? Mata kamu??? Mata saye?? Mata hati???

Ni kan gambar mata, buat apa lah kamu berfikir-fikir lagi. Kan sudah terang tanpa perlu disuluh torch light cap eveready.

Tadi saye tengok satu video yang kawan-kawan share di facebook. Mula-mula kawan saye yang tengok.

"Wei cube ko tengok ni..." nada agak terkejut.

"Uishhh ape ni???" dengan penuh perasaan ingin tahu saye bertanya. Saye pun usha pc dia.

Video belum di"play" lagi. Nampak gambar seperti gambar #$#@ (vertical smile ). Aishhh takkan la berani diorang ni nak share video yang bukan-bukan pula.

Bila video di'play'

Gambar jari sedang menggosok-gosok benda alah tersebut. Yuckkk

Benda alah yang dimaksudkan adalah "mata"

Chitt bikin suspen saja. Kalau kamu tak faham nanti pandai-pandai la cari sendiri video tersebut.

.......................................................................................................

Pause!

Mata saye terasa berkedip-kedip sebelah kiri sejak semalam. Teringat pula kata orang kalau mata kau berkedip sebelah kiri tandanya nak menangis.

"opah aku a yang cakap kan, kalau mata kiri berkedip-kedip tandanya hang nak menangis kejap lagi, tapi opah aku macam tipu je..." - kawan saye berkata

Aishhh pe benda yang akan buat saye menangis agaknya ye???

Kejap lagi ada test Role Play. Jangan ada kena mengena sudahlah.

Tak puas hati, saye pun google

Google punya google antara jawapan yang terdapat.

1) Bakal menerima berita buruk

2) Bakal menangis

3) Mata kan otot, biasalah kalau bergerak.

4) Kurang vitamin E

5) Terlebih kolestrol.

Pilih lah mana-mana jawapan yang kamu suka. Saye suka jawapan nombor 3. Tapi ikut rating, jawapan nombor satu lah paling mantap sekali. Ahh mana-mana lah, abaikan sahaja :)

Tapi menurut pengalamn kawan-kawan saye, tak ada apa-apa pun yang akan terjadi. Jadi jawapan nombor 3 nampaknya releven dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

So no worry, be happy :D

Bakal pulang ke kampung...

No comments: