Thursday, September 2, 2010

happy big family

Tak lengkap rasanya kalau saye asyik menulis skrip tanpa memperkenalkan para pelakonnya. Aiceh ayat nak top.
Presenting anak-anak sedara saye. Wanie cousin diorang which is anak sedara saye dari anak kakak yang lain. Ayat memang terbelit, kalau kau faham kau memang terbaik la.



Pakai baju Ben10 tu Darwisy, ni anak abang saye. Kurang jelas???
Keluarga saye memang besar. Adik-beradik 6 orang, Anak saudara ada 8. Tu belum campur ipar-duai lagi. Abg ipar 3 orang, kakak ipar seorang. Mak seorang, ayah pun seorang. Campur, tolak, darab dengan bahagi semua sekali 20 orang. Ramai kan???

Sebab tu saye suka balik kampung, tambah-tambah bila semua berkumpul. Aishh macam kenduri kot. Kalau kau nak goreng ikan, sekilo pun belum tentu cukup...hehehehe.

Tu bab goreng ikan, kalau bab basuh pinggan lepas makan pula lagi la haru biru. Pinggan mangkuk tu boleh susun buat klcc (ni tipu je)
Bab berebut bilik air lagi, jamban tak payah nak cerita la kan. Ayat yang biasa saye dengar,

"sape kat dalam ni..??" sambil tangan mengetuk-ngetuk pintu jamban tanpa sabar.
"wei cepat la...berak batu ke???"

Kalau nak update pasal family ni memang akan tertanggal satu persatu huruf kat keyboard lappie ni. Nantilah next time baru cerita.

...................................................................

Ok cukup dulu setakat ni, nak pergi layan cerita hantu entah apa-apa kat tv3. Kata cerita hantu tapi dari tadi saye tengok orang bercakap je tak henti-henti, hantu tak keluar-keluar pun.

No comments: