Thursday, September 30, 2010

Suka minum nescafe?? Saye memang suka..arwah tok wan saye pun suka. Ni serius, saye tak tipu. Mak dan ayah saye tak minum nescafe jadi kat rumah kami memang takkan ada stok minuman ni, tapi kalau arwah tok wan nak datang rumah je, mesti kena beli sebab arwah tok wan tak minum teh boh atau kopi che' Nah. Beliau minum NESCAFE saja.

Bagus ke minum benda alah ni??? Kat sini ada sedikit fakta dan beberapa pandangan saye tentang NESCAFE


The Good!
  • It tastes awesome! Well ni mungkin pandangan saye secara personal.
  • Keeps your awake. Its a stimulant.
  • Coffee has a mild diuretic effect. means more trips to the bathroom.
  • Can increase your mental performance and ability to focus
  • Ada antioksida kan..awet muda!

The Bad!
  • Can cause irritable Bowel Syndrome.
  • It is a stimulant so obviously there are short term side effects such as restlessness, insomnia etc.
  • In the long term, coffee has been linked to Osteoporosis
  • Coffee is diuretic. Hence can increase dehydration.
  • Coffee is not addictive but can cause caffeine withdrawal syndrome (headaches, lethargy etc)
  • Kencing berbau hahaha

Tapi ada satu lagi fakta atau juga mungkin rumor daripada kawan saye.

Me :wei ko xkasi aku mnum nescafe nape ???
Kawan :hurm ak xtaw lar btol ker x...
Me : nape ???
Kawan : tp ak pernh dgar pmpuan mnum byk nscafe mudah mndul.
.sbb kndungan cafein dlm tue tggi..tp ak pown xtaw jgak...ntah btol ntah x..
Me :huhuhu btol ke ni??
Kawan : mgkin btol mgkin x..btter dont...
Hahaha kawan saye ni mungkin telah menakutkan para perempuan di luar sana. Tapi dah cakap pulak yang ni bukan fakta yang terbukti, ni cuma cakap-cakap dari mulut ke mulut saja. Jadi terpulang lah. Dan saye?? Saye masih menjadikan nescafe sebagai teman saye berjaga sampai pagi=)

~Next test is OB, need to study rite now~


S to C...Omg


Sekarang ni dah jarang update sebab dah jarang ada masa terluang, dah jarang ada idea, dah kerap kusut kepala.

Kusut sebab,
final exam dah makin hampir,
Kusut sebab,
dateline assignment dah hampir luput,
Kusut sebab
semester semakin berakhir,
Kusut sebab,
malas sikat rambut... T_______T

.........................................................

Semalam online facebook macam biasa, bila buka home terbaca satu post daripada seorang rakan. Perkara ni memang biasa. Tapi sedikit luar biasa bila saye mengambil masa yang agak lama untuk membaca post tersebut. Bukan kerana keupayaan membaca saye telah hilang tapi kerana lidah saye seakan bertatih untuk membaca ayat beliau satu-persatu.

cucah2x je = susah2x je
combonk keyh = sombong k
3ma = terima
cape2x = sape2x
babomm= tidur
ye = dia

Hahah banyak la lagi kosa kata baru yang saye belajar. Dan saye dapat buat kesimpulan yang semua perkataan yang ada huruf "S" ditukarkan kepada "C".

Contoh ayat :

Caye cuke campoo cuncilk.... (saye suke syampu sunsilk)

Memang macam comel kan tapi bagi sesetengah orang la. Tapi bagi saye it's quite annoying. Maaf la

But since it is a personal right for a person, so just go on. Facebook is what on your mind rite? So, Lantak aku la..aku peduli hape??? kan!

Hahaha, tiba-tiba je rasa nak kritik orang pulak. Taklah ini cuma pandangan saye je tapi saye tak halang asalkan kamu selesa. Lagipun kamu memang comel dengan ayat-ayat begitu.

~)

Monday, September 27, 2010

musical all day


Teater Muzikal Tun Mahathir...

It's first time for me watching theater. I'm having nice experience anyway.
Tengok teater buat pertama kali dan masuk Istana Budaya pun buat pertama kali juga.

Senibina bangunan Istana Budaya memang mengkagumkan, dan saye tertarik dengan rekabentuk bumbung bangunan ini.

Then.........

Kami meredah jalan raya yang sesak untuk menonton MAGIKA. Hahaha meredah jalan raya yang sesak??? exagerated sungguh.

The story..err is just nice musical movie. But it is so annoying when a little boy beside me was always make "film review" and predicted this and that.

"Ala yang jadi pokok tu kan Yusri kru"
"Mesti orang tua ni penunggu naga tu"
"Kakak dia tah apa-apa ouh, nanti last mesti dengan mawi"

Kalau nak tulis semua, memang tanggal la satu-persatu huruf kat keyboard lappie ni. "adik oi, aku nak tengok wayang la, bukan nak dengar kau cerita. Kalau kau nak cerita jugak, off screen then kau cerita the whole story. Deal??" kata saye tapi dalam hati jela T______T

Sebab dah menonton teater muzikal dan menonton movie muzikal dalam satu hari jadi saye namakan hari itu "musical all day"

~Dah tamat

Saturday, September 25, 2010

siri penjelajahan 3

Forgot about the past, mari kita ingati memori yang mensukakan saja.
Mahu tokok tambah cerita tentang siri penjelajahan yang sebelum ini.


Pengacara anda pada hari ini.

Program : Destinasi Bajet
Place : Ban Pecah
Location : Kuala Kurau


"Seratus, dua ratus, tiga ratus, sekarang ni 3oo bukan lah banyak sangat, kalau harga barang semua naik boleh la bayar bil elektrik, bil air bla bla bla. Korang percaya tak dengan 300 ni kita boleh pergi melancong, complete dengan penginapan, jalan-jalan, boleh beli cendera hati lagi. Haaa terkejut?? Jangan terkejut.. nak tau di manakah destinasi bajet kita kali ini??? KITA KE BAN PECAH...HUHU *pengacara akan lompat keriangan.

......................................................................

Okey rancangan dah habis, memandangkan otak serabut jadi sila layankan saja gambar-gambar yang tidak seberapa kualitinya di bawah. Maaf tiada caption untuk semua gambar. Penilaian dibuat atas kebijaksanaan masing-masing. T___________T








Tuesday, September 21, 2010

siri penjelajahan 2

3 ramadhan....

Now we're suppose to go back to Trolak. Tapi memandangkan ayah malas nak drive dalam keadaan jalan jammed, jadi kami tangguhkan dulu perjalanan dan singgah di rumah Pak Long.
A several part I was tell in entry before. This just want to be detail. When we arrived at Pak Long's house, mak tak bertangguh untuk sediakan lunch. Menu utama hari tu ikan bakar dan air asam. Credit to abang-abang yang sudi mengait buah kelapa muda.

"Buah kelapa di luar pagar
,Ambil galah, tolong jolokkan...
Air buah kelapa muda memamng sedap diminum waktu tengah hari.."

Makanan memang simple, tapi suasana yang dikelilingi hijau sawah dengan angin sepoi-sepoi buat masing-masing makan bertambah-tambah. "Hahaha kalau mak mentua lalu jangan haraplah aku nak pandang d:"

Petang tu, lepas melelapkan mata (perkara wajib), saye melihat persembahan papan anjal oleh anak-anak saudara saye. Memang dahsyat diorang ni, kalau BrianNickson tengok mesti menagis terharu T______T


Malam raya ke 3, aktiviti bermain bunga api oleh kanak-kanak dan mercun oleh bapa kanak-kanak. Ketika ini barulah mereka dapat bermain secara normal kerana malam raya pertama dan kedua mereka menjadi tidak normal dengan hanya duduk secara pasif didepan tv bermain PS2.

Gambar tidak boleh di upload banyak-banyak kerana kanak-kanak tidak digalakkan bermain bunga api dan mercun ya.

Monday, September 20, 2010

Raya ke - 6

Raya ke - 6 bersama Izan, Daia Amin, Dila, Aina dan Dayah

Actually I never plan to celebrate raya with them since I was quite busy helping mak preparing dishes. We've tetamu that day. Tapi mengenangkan sudah lama saye tidak berjumpa dengan mereka dan mungkin peluang untuk berjumpa adalah jarang-jarang, jadi apa salahnya kalau saye spend sedikit masa untuk dihabiskan bersama kawan-kawan tersayang =)

Sempat singgah di rumah Aina, Dila dan Kak Long Izan,then we're decided to spend our day at Sungai Klah Hot Spring. I've no idea at all about their planning so I'm not bring any extra shirt. Thanks to Aina because being so nice to lend me her shirt and pants





Walau macammana sekalipun, hang out dengan mereka ini memang fun dan meriah. Next time mesti lepak sama-sama lagi.

~Ntah bila reunion ASBT akan berlangsung...aishhhh

Sunday, September 19, 2010

siri penjelajahan 1

Mari kita memulakan perjalanan pulang ke kampung yang betul-betul boleh dipanggil kampung. Mana arah tujuan saye kali ini??? Hoccey kita terus ke Parit Buntar.

This year we're decided to celebrate eid at Kuala Kurau. Well I'm quite excited since I never been there for a year. Tapi nasib baik sempat juga beraya kat Trolak, maka sempatlah si Farah bertemu dengan kawan-kawan yang merinduinya =)



Ni sebahagian daripada suasan di kampung saye. Sawah padi memang keliling rumah. Agak-agak kalau beras habis, just kutip je kat tepi rumah.



Depan rumah ada tali air, anak-anak buah saye punyalah excited main air. Keruh ke jernih belakang kira. Tapi banyak ikan kat sini.




Tak jauh dari rumah ada kawasan laut. Ban pecah namanya. Kat sini kalau nak lepak-lepak makan mi udang ke mi ketam ke ABC ke memang layan la. Petang tu memang ramai orang memancing ikan, saye memancing jugak, tapi memancing jodoh hahahaha.

Ok siri penjelajahan akan bersambung pada masa akan datang. See ya!

Friday, September 3, 2010

Sahur ke 2

Sahur ke 2

Situasi lebih kurang sama macam hari pertama sahur kali pertama tahun ini disini. Anak-anak buah masih berperangai seperti semalam cuma kali ini lebih teruk sikit.




Macam ni lah lebih kurang keadaan diorang. LOL:D

Saye makan secara senyap sahaja tapi dalam hati mengekek ketawa. (jangan nak cakap aku hipokrit pulak!) Saye malas nak ketawa-ketawa ketika makan sahur sebab nanti saye akan disyaki gila pula.

Tapi hari ni mereka nampak rilek-rilek sahaja. Sebab tak perlu ke sekolah kot, cuma angah sahaja lepas makan laju-laju gosok gigi dan laju-laju pergi tidur.

"Angah ade persembahan nasyid nanti kat sekolah.." oooo patut la

Diorang ni ada satu tradisi, lepas makan nasi mesti akan makan biskut. Kakak saye akan buat milo sorang segelas dan milo ini wajib diminum sehingga habis. Hahaha ni memang ikut perangai mak ni. Mak kami pun telah membuat perkara yang hampir serupa terhadap kami adik-beradik.

Jadi akan makanlah diorang ni biskut cicah air milo sebagai desert. Dan dah 2 hari ni saye memang akan join diorang. Boleh tahan layan la.

Resepi :

Segelas air milo
Sugar krim kreker. (kalau tak ada sugar tak berapa nak layan kot)

Hari ni saye malas nak lelap lepas sahur. Saja mahu melihat telatah kanak-kanak kawasan ni pergi kesekolah. Mesti menarik

Thursday, September 2, 2010

happy big family

Tak lengkap rasanya kalau saye asyik menulis skrip tanpa memperkenalkan para pelakonnya. Aiceh ayat nak top.
Presenting anak-anak sedara saye. Wanie cousin diorang which is anak sedara saye dari anak kakak yang lain. Ayat memang terbelit, kalau kau faham kau memang terbaik la.



Pakai baju Ben10 tu Darwisy, ni anak abang saye. Kurang jelas???
Keluarga saye memang besar. Adik-beradik 6 orang, Anak saudara ada 8. Tu belum campur ipar-duai lagi. Abg ipar 3 orang, kakak ipar seorang. Mak seorang, ayah pun seorang. Campur, tolak, darab dengan bahagi semua sekali 20 orang. Ramai kan???

Sebab tu saye suka balik kampung, tambah-tambah bila semua berkumpul. Aishh macam kenduri kot. Kalau kau nak goreng ikan, sekilo pun belum tentu cukup...hehehehe.

Tu bab goreng ikan, kalau bab basuh pinggan lepas makan pula lagi la haru biru. Pinggan mangkuk tu boleh susun buat klcc (ni tipu je)
Bab berebut bilik air lagi, jamban tak payah nak cerita la kan. Ayat yang biasa saye dengar,

"sape kat dalam ni..??" sambil tangan mengetuk-ngetuk pintu jamban tanpa sabar.
"wei cepat la...berak batu ke???"

Kalau nak update pasal family ni memang akan tertanggal satu persatu huruf kat keyboard lappie ni. Nantilah next time baru cerita.

...................................................................

Ok cukup dulu setakat ni, nak pergi layan cerita hantu entah apa-apa kat tv3. Kata cerita hantu tapi dari tadi saye tengok orang bercakap je tak henti-henti, hantu tak keluar-keluar pun.

Klang

Plan nak balik ke kampung saye cancelkan dulu.

Sekarang ni berpoya-poya di rumah kakak. Lepak-lepak dulu, nanti lambat sikit baru balik kampung ye tak? Tak lari kot gunug dikejar.

Tinggal kat sini seronok sebab 24jam saye boleh layan internet. Tak ada siapa nak kacau. Anak-anak buah??? Biasalah budak-budak...

Situasi 1

Saye sampai lepas tu rilek-rilek jap. Buka facebook untuk mencari teman buekkk!

Datang anak buah paling kecil ni lalu duduk sebelah saye. Aye (nama manja dia)

"acu, acu tengok ape?"
"maen tenet je...'
"tu ape tu acu?" sambil tangan yang baru lepas makan buah duku tunjuk tepat pada screen lappie. Chittt hahahaha
"tu video hantu tu"
"nak tengok" aishhh saye baru nak kelentong, dia percaya pula

Maka saye pun carilah satu video yang seram-seram meremang kasi dia tengok.

"ha tengok la ni."
Pejam mata kot saye menyaksikan video tersebut. Lepas lebih kurang 1 minit dengar suara hantu menjerit, lepas tu senyap...Saye buka mata semula. Tengok ank buah, dia pandang saye selamba jak.
"nak tengok lagi..." hahahah budak-budak zaman sekarang.

Situasi 2

Saye yang baru sampai rilek-rilek je kat kerusi tengok drama ntah apa-apa.

"acu nampak tak pistol alang?" anak buah saye nama Aidid tanya. Saye buat tak tahu je.
"kan acu baru sampai, mane la die tau." Along, abang yang sulung menyampuk.
"acu nak pakai jam acu..."
"nak pinjam jam acu esok?"
"ah tak de, kang jam acu tu hilang macam jam ben10 kau dulu." sampuk kakak saye. Saye senyum je mampu

Situasi 3

Nyenyak tidur, tiba-tiba dengar suara kakak saye memangil-manggil nama anak bongsu dia.
"Aye...Aye..'
Saye cepat-cepat celik mata. Kena sahur la pulak. Dah lama kot saye tinggal.
Saye terus bangun, cari toilet basuh muka. Nampak angah (anak buah kedua) baru keluar bilik air.
Makan sahur pagi tu saye rasa kelakar-kelakar sikit.

Aye saye tengok baring kat atas lantai.
Yang si Aidid pula kakak saye suapkan makan. Tapi dia advance sikit, makan sambil pejam mata.
Angah dengan Along kalau nak buat hal juga memang nak kena luku kepala la.

Budak-budak ni, kalau makan masa berbuka bukan main riuh lagi. Terutama lepas makan, angah dengan along mesti akan devide kerja-kerja pencucian.

"Angah basuh pinggan-pinggan ni, along basuh cawan."
"Along, ko tolong la angkat benda-benda ni!"

Tapi kalau makan masa sahur, sunyi sepi je sampai kau mengunyah pun boleh dengar.

.....................

Macam-macam lagi kerenah diorang ni yang akan buat saye gelak sorang-sorang. Hahaha budak-budak...

Para pelakon :

Along
Angah
Aidid
Aye
Kakak saye
dan saye

Wednesday, September 1, 2010

Mata


Pe benda ni?? Mata kamu??? Mata saye?? Mata hati???

Ni kan gambar mata, buat apa lah kamu berfikir-fikir lagi. Kan sudah terang tanpa perlu disuluh torch light cap eveready.

Tadi saye tengok satu video yang kawan-kawan share di facebook. Mula-mula kawan saye yang tengok.

"Wei cube ko tengok ni..." nada agak terkejut.

"Uishhh ape ni???" dengan penuh perasaan ingin tahu saye bertanya. Saye pun usha pc dia.

Video belum di"play" lagi. Nampak gambar seperti gambar #$#@ (vertical smile ). Aishhh takkan la berani diorang ni nak share video yang bukan-bukan pula.

Bila video di'play'

Gambar jari sedang menggosok-gosok benda alah tersebut. Yuckkk

Benda alah yang dimaksudkan adalah "mata"

Chitt bikin suspen saja. Kalau kamu tak faham nanti pandai-pandai la cari sendiri video tersebut.

.......................................................................................................

Pause!

Mata saye terasa berkedip-kedip sebelah kiri sejak semalam. Teringat pula kata orang kalau mata kau berkedip sebelah kiri tandanya nak menangis.

"opah aku a yang cakap kan, kalau mata kiri berkedip-kedip tandanya hang nak menangis kejap lagi, tapi opah aku macam tipu je..." - kawan saye berkata

Aishhh pe benda yang akan buat saye menangis agaknya ye???

Kejap lagi ada test Role Play. Jangan ada kena mengena sudahlah.

Tak puas hati, saye pun google

Google punya google antara jawapan yang terdapat.

1) Bakal menerima berita buruk

2) Bakal menangis

3) Mata kan otot, biasalah kalau bergerak.

4) Kurang vitamin E

5) Terlebih kolestrol.

Pilih lah mana-mana jawapan yang kamu suka. Saye suka jawapan nombor 3. Tapi ikut rating, jawapan nombor satu lah paling mantap sekali. Ahh mana-mana lah, abaikan sahaja :)

Tapi menurut pengalamn kawan-kawan saye, tak ada apa-apa pun yang akan terjadi. Jadi jawapan nombor 3 nampaknya releven dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

So no worry, be happy :D

Bakal pulang ke kampung...