Tuesday, August 31, 2010

moh ler balik perak yeop!


"Dam dam dum..bunyi mercun lalala" aiceh, menyanyi-nyanyi ye. Entah kenapa feeling nak raya sangat terasa tahun ni. Dah tak sabar-sabar nak balik ke kampung.


Happynya saye nak balik kampung terasa macam nak dipinang orang hahaha. (macam lah kau pernah rasa dipinang orang..!!)

Ok esok saye akan memulakan satu perjalanan yang panjang.

WOooo OOo balik kampung...hati ria!!!

Monday, August 30, 2010

Made a decision, is it hard?

Pernah tak kamu buat satu keputusan yang sangat pantas??

Biar saye bagi satu contoh

Membuat satu keputusan dalam hubungan cinta. Kadang-kadang kita sangka yang kita sudah bertemu dengan "soulmate" kita sedangkan kita baru sahaja kenal dengan sidia. Dalam hati "mungkin inilah cinta pandang pertama"







Dan apabila kita tahu bahawa sidia tidaklah seperti yang kita sangkakan, semuanya pasti akan mengecewakan.
Awal hubungan yang indah mula hilang dalam waktu yang sekejap.
Tiada lagi sidia yang kelakar.
Tiada lagi sidia yang mengambil berat.
Tiada lagi sidia yang memahami.

Kerana perkenalan yang terlalu singkat tidak cukup untuk kita mengenali hati budi masing-masing.

Pejamkan Mata


"Kadang-kadang tak semua benda yang kita mahukan, kita boleh memiliki.

Tapi tak memiliki bukan bermakna kita berhenti berharap.

Saya masih sayangkan awak dan semua itu akan kekal begitu.

Jadi bahagiakan diri awak, saya akan turut bahagia.

Dan kenangan kita sudah cukup untuk buat saya tersenyum."




Sunday, August 22, 2010

kad raya vs sms raya


Ha apa ni?? Oh ni adalah tanda-tanda saye khusyuk di dalam kelas. Tipu! Sebenarnya ini adalah cara saye menghilangkan mengantuk di dalam kelas. Bergambar secara sembunyi-sembunyi. Kamu pun boleh amalkannya dan dijamin 56% berkesan. Saye tak berani nak jamin banyak sebab pada sesetangah orang kalau dah mengantuk, mengantuk juga walau kau snap lah berapa banyak pun. Mungkin bergantung kepada berapa ekor setan yang bergayut di mata kot.

Erm selalu bila nak raya saye akan terima banyak SMS, email, e-card dan comment "Selamat Hari Raya". Kamu pun mesti akan terima benda-benda yang sama kan.
So tahun ini mahu buat sedikit perubahan....
Ramadhan kali ni saye mahu mengupul pahala. Dan juga mengumpul kad raya. Akan saye usahakan menghantar kad-kad raya pada kawan-kawan, teman-teman dan sahabat-sahabat dan semoga posmen akan singgah di rumah saye untuk menghantar kad-kad raye pemberian daripada kawan-kawan, teman-teman dan sahabat-sahabat saye tadi. Aishh kau ni Farah, memang tak ikhlas. Opss bukan tak ikhlas ye, buat baik dibalas baik...so bila kita hantar kad raya pada orang sewajarnya kita mengharapkan balasan:)
Tapi mungkinkah akan tercapai hasrat ku ???? Just wait and see



Selamat Menyambut Lebaran ( awal gila haku ucap..)

Thursday, August 19, 2010

Kuih Tako


Gambar hiasan

Ini namanya kuih Tako. Walaupun namanya ala-ala jepun, but It's originally from Malaysia (maybe) hahaha suddenly I feel not so confident, mana lah tau kuih ni asalnya dari Indonesia pulak ke, nanti ada yang kena saman.

Yang penting, mak saye pandai buat kuih ni, err saye pula pandai makan kuih ni..malah amat suka. Dulu saye panggil kuih ni kuih sampan. Tapi sekarang barulah saye tahu ini kuih tako bukan kuih sampan. Nama saintifik bagi kuih sampan adalah tepung pelita.

Tepung Pelita

Kuih ini turut menjadi pilihan hati saye. Memang sedap dimakan terutama kalau dari air tangan mak saye. Dan saye takkan kempunan kuih ini sebab saye berkesempatan merasa kuih sampan buatan emak pada ramadhan ke 6 tempoh hari. Pada kamu yang juga suka makan kuih ini sila dapatkan di bazar ramadhan berdekatan rumah anda. Kalau nak dapatkan di bazar ramadhan berhampiran rumah saye pun boleh juga.

Ohh saye ada misi yang belum diselesaikan, iaitu...



tepung bungkus

Makan kuih tepung bungkus. Kuih ni memang sedap kalau dijadikan juadah side selepas berbuka. Kamu pernah makan? Kalau belum sila beli secara online. Saye akan minta mak saye buatkan bila saye pulang ke kampung nanti.

Hoccey ssaye perlu tamatkan kembara kuih tradisi sampai di sini. Kepada MAK.. I lurve U mucho mucho sebab sangat pandai membuat kuih-kuih tradisi yang sedaaaaaaaaaappppppp lagi menyelerakan.

Ha? mahu menjadi menantu mak saye..???? LOL :D

Friday, August 13, 2010

woooo wooo balik kampung

Pagi ni terlepas sahur. Aisshh, awal-awal lagi dah missed sahur. Saye tidur terlena-lena malam tadi sehingga Fik pun gagal mengejutkan saye. Hebat bukan?

Wake up in the morning, then I realized ada 3 miss called daripada Fik beserta satu mesej

"awk...bangun sahur.."

Terima kasih, tapi saye tak mampu nak reply mesej awak, kredit is out of service. LOL!

Hoccey, cukup drama cinta.

Malam ni saye akan pulang ke kampung halaman. Yeay!

Nanti akan ada update tentang menu berbuka puasa yang enak-enak. Berbuka puasa sambil gelak ketawa dengan adik-beradik, mak ayah. Memang hati dah tak boleh bersabar:)

Suddenly, Dr Azizi's face cross in my mind. OMG! got to study rite now. Have OB test tonight. This spoil my mood tapi memandangkan lepas test akan pulang ke kampung, hati jadi suka:)

Wednesday, August 11, 2010

Puasa

It was siyesly great, sungguh teruja apabila Internet di kolej mencapai kelajuan kuasa kuda. It so Alhamdulillah.

"Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa"

Hari ini 1 ramadhan, dan saye berpuasa pada hari ini. Dah tentu saye berpuasa kerana saye berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Pagi tadi saye bersahur juga. Biasalah awal-awal ramadhan semangat itu perlu. Tapi.... bersahur tanpa keluarga disisi agak mensedihkan hati. Tak ada masakan mak untuk dijamah. Tiada gelak ketawa adik-beradik, tiada aksi-aksi makan sambil pejam mata daripada nephew and nieces. But Fara its still ok then, kau masih ada kawan-kawan. Bersahur bersama kawan-kawan juga boleh dijadikan memori yang menseronokkan.

Menu saye??? Jangan menangis ye kalau dengar. Pagi tadi saye hanya bersahur 3 keping roti dan segelas susu. Eh, eh jangan lah begitu kasihankan saye, saye memang suka makan makanan yang simple dan yummy di pagi hari.

Dan sehingga sekarang, Alhamdulillah saye masih mempunyai banyak tenaga dan sihat sejahtera.