Thursday, July 29, 2010

Kulaan reader

"Kulaan ngiring napa terkureheng?" salah satu ayat best yang saye belajar. Kamu tahu? Mesti rasa wonder kan. Bahasa apakah?

Ini lah bahasa "banjar". Kalau ada "kulaan" kat sini, mesti mereka akan memahami :). Saye adalah salah seorang pewaris bahasa ini. Cuma kada' hingkat bersurah dalam bahasa banjar yang proper. Masih lagi cuba-cuba untuk belajar.

Bahasa ni sangat unik cuma kadang-kadang kamu akan berasa keliru. Contohnya situasi yang terjadi antara kakak dan Nenek saye.

"Zizah, ambilkan tok "tapes"....kata nenek saye. Dengan segera kakak saye mengambil penapis untuk diberikan pada nenek. Hahaha malangnya tapes yang dimaksudkan bukan penapis, tapi kain basahan. Sangat mengelirukan bukan?

Another word that make people get confuse is "guring". Kalau kamu dengar apa tanggapan kamu? Macam goreng. Goreng apa? Goreng pisang maybe T____T
Guring adalah tidur. Contoh ayat yang boleh digunakan ialah :

"Apa di ulah, Guring kah?" (Buat apa tu, tidur ke?) :)

Ha nampaknya pembelajaran kita semakin menarik. Mari kita belajar ayat cinta pula. Memetik dari ayat di wall encik kelakar :

aduh!!pusang nik kepalak akuk..kerindangan pda mamanyak..jumaat hanyar bersuak..itu p0wn setumat.

Hehe yang ini saye tidak mahu menterjemah. Tepuk dada tanya orang banjar :).

Hoccey, malam semakin tua, Akuk mahu guring duluan, esok mahu pakai baju hanyar... :) (hahaha ngarut je)

Maaf kalau ada tersilap bahasa. Saye budak baru belajar.

No comments: