Saturday, July 31, 2010

Happynya kalau....

Selamat datang ke hari merehatkan otot sedunia. Yea, I'm in this world today. Feeling not very well. Adakah ini impact daripada aktiviti semalam? Err maybe. Itulah kau kalau bergumbira memang tidak mahu ingat dunia!
But seriously, I really had fun yesterday. Seriously! Nampak disitu, saye mengulangi ayat "seriously" berkali-kali. Jelas bukan yang saye benar-benar serius.

Semalam bercanda gumbira di Cosmo's World bersama encik kelakar. Eh, baru perasan, sudah lama tidak mention nama encik kelakar di sini.
Tapi sebenarnya saye bukanlah teman yang perfect untuk dibawa ke taman tema. Saye tiada keberanian untuk menaiki roller coster berkali-kali. Cukuplah 1 kali untuk setiap game. Haha kadang-kadang saye impress dengan diri sendiri, tak sangka kau mahu memberanikan diri pada kali ini ye Farah. Sebelum ini, punyalah penakut, sampai sanggup duduk tercongok tengok orang main roller coaster walaupun dah membeli tiket all park di Genting. Cuma rugi sabab tak dapat naik space shot. Rugi rugi rugi... tapi tu ayat encik kelakar la. Pada saye nasib baiklah kalau tak mungkin muntah hijau..selamat haku.
Tapi ada satu pengorbanan encik kelakar yang tak dapat saye lupakan. Dia sanggup ikut saye naik train di Botanic Garden, which is place for kids. Hahahahahahah...haha.. masa nak naik memang was-was. Takut kena halau pula. Yelah semua budak-budak je yang naik. Tapi kami redah je, mesti encik kelakar berasa sedikit polak sebab kena naik train berbentuk kereta yang ada steering tapi tiada function. Oh tapi ada sedikit keseronokan di situ bila dia picit-picit hon sepanjang perjalanan. Kira okey lah kan sebab saye dah sudi teman dia main bumper car dan asyik dilanggar oleh anak arab yang perasan michael schumacher.

Nampaknya tahap keberanian saye sudah mencapai ke next level. No more fear to high place. Okey kalau gitu lepas ni Encik kelakar dan saye boleh berpening lalat di Hong Kong Disneyland pula ( aiceh, berangan )

Ouh kami juga sempat menonton wayang. Cerita Mantra. Erm no preview film here. The story is just nice, well this kind of story is not so into me. Encik kelakar nampak begitu fokus menonton sementara saye begitu fokus menikmati popcorn, which is one of my favourite snack. Habis je cerita seperti biasa kita akan mendengar juri jemputan akan memberi komen.

"Cis menyesal aku tengok.""La..habis macam tu je??"

Banyak la lagi komen lain, tapi kebanyakkan adalah negatif. Adat lah kan,



Eh, encik kelakar botak sudah...neway, thanks, this is nice package, cosmo's + makan + movie + pengangkutan.


Haku yang sudah penat. Haip, jangan komen apa-apa.


Lagi..lagi..lagi... apa yang begitu menseronokkan hati ye?? Mungkin apa yang saye buat adalah perkara biasa sahaje, tapi dengan siapa saye keluar buatkan hati jadi gumbira. Gelis??? sila muntah

Thursday, July 29, 2010

Kulaan reader

"Kulaan ngiring napa terkureheng?" salah satu ayat best yang saye belajar. Kamu tahu? Mesti rasa wonder kan. Bahasa apakah?

Ini lah bahasa "banjar". Kalau ada "kulaan" kat sini, mesti mereka akan memahami :). Saye adalah salah seorang pewaris bahasa ini. Cuma kada' hingkat bersurah dalam bahasa banjar yang proper. Masih lagi cuba-cuba untuk belajar.

Bahasa ni sangat unik cuma kadang-kadang kamu akan berasa keliru. Contohnya situasi yang terjadi antara kakak dan Nenek saye.

"Zizah, ambilkan tok "tapes"....kata nenek saye. Dengan segera kakak saye mengambil penapis untuk diberikan pada nenek. Hahaha malangnya tapes yang dimaksudkan bukan penapis, tapi kain basahan. Sangat mengelirukan bukan?

Another word that make people get confuse is "guring". Kalau kamu dengar apa tanggapan kamu? Macam goreng. Goreng apa? Goreng pisang maybe T____T
Guring adalah tidur. Contoh ayat yang boleh digunakan ialah :

"Apa di ulah, Guring kah?" (Buat apa tu, tidur ke?) :)

Ha nampaknya pembelajaran kita semakin menarik. Mari kita belajar ayat cinta pula. Memetik dari ayat di wall encik kelakar :

aduh!!pusang nik kepalak akuk..kerindangan pda mamanyak..jumaat hanyar bersuak..itu p0wn setumat.

Hehe yang ini saye tidak mahu menterjemah. Tepuk dada tanya orang banjar :).

Hoccey, malam semakin tua, Akuk mahu guring duluan, esok mahu pakai baju hanyar... :) (hahaha ngarut je)

Maaf kalau ada tersilap bahasa. Saye budak baru belajar.

Tuesday, July 20, 2010

Duri -duri

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Yeah berat mata cuz I already sleepy rite now, and berat bahu??? Its out of the topic. But now I feel berat hati.

Berat hati kenapakah?

Hahaha feel so berat hati to let him go. Aishh sekali lagi kita akan melangkah ke dalam dunia cinta yang cair berlendir...buekkkk!
I know now he was moved on again. Well he seem happy now and I'd promised myself just let him alone. Just feel so uncomfortable when I read cinta-cinta comment at his FB's wall. Haish, who ask u to read it rite??? kata saye pada diri sendiri.
For me, it's so Ok. He was happy now and so am I. :)
Kalau dalam hati saye masih ada lagi perasaan yang aneh-aneh biar saye buang jauh-jauh ke laut mati. Eh, tak boleh Laut Mati jauh sangat, err kalau Laut China Selatan OK tak?

~Tamat sudah~

p/s - Dapat teka -teki daripada seorang rakan.

"Dalam banyak-banyak durian, durian apa yang banyak?"

Memang sangat sengal bukan teka-teki ini, tapi saye memang mampu memberikan jawapan terbaik. Cepat-cepat saye text dia.

"Eleh, teka-teki ko sng mcm aiskrim...jwpnny DURIAN-DURIAN la....."

Lama sikit baru dia balas SMS saye.

"Laa dah tau eh?"

Dengan bangga saye membalas.

"Dah dengar kat radio Hot la huhu"

So kesimpulannya jangan berani berteka-teki dengan gua, eh silap dengan saye. T___T

Sunday, July 18, 2010

Lalala

Apa perasaan kau kalau kau sekarang tengah berblogging sambil baring dan makan keropok Mamee. Bahagia bukan? Itu lah perasaan saye sekarang. Berasa sangat bahagia pada pagi ahad yang tenang ini. Erk, pagi? Pukul 1 pm sekarang ni.

Jangan salah anggap, jangan ingat saye anak dara pemalas yang bangun tidur pada pukul 1 pm. Salah tu, saye bangun lebih awal daripada itu. Buktinya saye dah menonton beberapa buah movie sebelum saye singgah di blog ini. Macam tu boleh dikira sebagai bukti ke? Gasak la.

Semalam sehari suntuk bershopping, dari Times Squre sampai la ke Jalan Tar. Bunyi macam saye dah beli macam-macam kan? Hakikatnya?? Boleh la tahan, saye beli ikut keperluan bukan perasaan. T_T

Kalau Kak Ngah baca, mesti dia nak tahu apa yang telah dibelanjakan oleh saye?? Hehehe Kak Ngah jangan risau ye, orang beli barang keperluan sahaja, betul-betul sangat perlu. Orang tak beli pun Jeans Levi's ke Guess ke. Dah kata pulak shopping kat Times Squre dan Jalan Tar sahaja, bukan di Pavilion ataupun Klcc.

Hehehe balik-balik mention nama Kak Ngah, Maaf ye Kak Ngah,

Berbalik kepada kisah shopping menshopping tadi, salah satubarang yang dibeli adalah cadar. Owww malam tadi juga saye tanpa segan silu telah menggunakan cadar baru. Rasa gembira T___T

Ha apa nak tengok cadar baru?? Hoccey-hoccey, nanti dah siap buat decorating saye upload gambar ye. Kak Ngah mesti orang yang paling tak sabar nak tengok, sabar, sabar... sabar itu separuh daripada iman. Kan ustaz sekolah agama masa dulu-dulu ada cakap.

Ok dah banyak sangat merepek. Nak sambung tengok movie jap.

Friday, July 16, 2010

Lagu Untukmu

Something was came and brought a little changes in my life, Alhamdulillah!..... I'll tell about that later later okey. Sebenarnya memang tak ada mood nak blogging pun, cuma lama sangat tak post entry kat sini. Kak Ngah saye pun mesti selalu rasa kecewa bila singgah kat sini tapi nothing new to read. Hahaha see that Kak Ngah, I always love u...

"Nanti adakah saye akan mendapat sedikit imbuhan daripada Kak Ngah, sebab dah menunjukkan kasih-sayang saye padanya??" - persoalan hati saye sekarang...abaikan!

Err..

New semester is just begin. Baru masuk seminggu, belajar pun entah apa-apa lagi. Jadual boleh dikatakan fleksibel. Tapi.... mungkin kurang sesuai bagi saye yang sangat memerlukan tidur yang cukup. Ya, most of the day, I've to wake so early early. My class start at 8 so I've to wake up at 6...tipu, 6 plus plus actually.

Pro will come with contra isn't? jadual saye cuma padat di waktu pagi, petang-petang saye menganggur je. Maka tak hairanlah kalau mak ke ayah ke kakak ke abang ke abang sayang :) ke yang talefon, ayat pertama daripada mereka ialah,

"Tidur ke?"

Saye pulak dengan confidentnya akan menjawab :

"Eh, tak lah, mane ade.."

Tak payah tipulah Farah oi, You are transparent enough for people to see in you. Kan Kak Ngah kan? Kalau orang cakap orang tak tidur pun, mesti Kak Ngah tak berapa nak percaya kan?

Okey, sekarang sudah berapa patah perkataan yang saye sudah taip. Cukup tak untuk membuatkan kamu bosan...Kak Ngah bosan ke? Kalau rasa tak cukup apa lagi, telpon aja.

Mention a lot of your name my dear sis, kalau Kak Ngah tak terharu lagi, tak tau la orang nak kate ape T____T

Sunday, July 11, 2010

Bantal




Wake up early in this morning..
"OMG, where am I??"

Hahaha gimik saja lebih. Tak la terkejut mana pun, cuma sedikit terkeliru bila bangun dan terlupa bahawa saye sudah pulang ke kolej.

Tapi tidur saye malam tadi memang sangat gembira sebab dapat peluk "si lembik" hahaha my lovely bantal. Sepanjang malam saye peluk "si lembik" dan hari ni sepanjang hari jugak saye peluk dia. Cuma bau dia dah lain sikit sebab dah 2 bulan terperap dalam stor. Neway, I can fix it. "Nanti kita kasi U wangi eh si lembik."


Ni dia si busuk eh silap lak, si lembik


Sorry if this entry is quite childish, yeah telling abaout bantal busuk in your blog?? Tak releven langsung kan. Tapi tak apa ini sebagai ubat kepada kamu yang sudah bosan membaca kisah cinta saye yang menggelikan jiwa itu.

Ow tadi saye ada baca 1 comment di wall kawan encik kelakar. Macam bunyi perli-perlian di situ. Kesian encik kelakar, sebab lately dia memang ada sedikit prob dengan kawan baiknya. I can do nothing, but just hoping encik kelakar and his bestfrend can be ok soon. And I hope kawan encik kelakar tak fikir yang encik kelakar lebih pentingkan saye dari mereka sebab encik kelakar is still the same man.

and I still the same Farah :)

Saturday, July 10, 2010

Haru Biru Jadi kelabu

Buat satu tindakan berani mati....

Tiba-tiba setelah lama tak contact saye, S talefon saye. Kami berbual seperti biasa bagai aur dengan tebing. Aishh merepek.

Dalam hati saye gembira teramat sebab saye memang ingin betul dengar suara dia. Senang cerita saye memang dah missed him so much.

Tapi...

Tiba-tiba hati kecil saye berbisik, (eceh, pakai bisik-bisik pulak hati kau ni Farah.)
"wajar ke saye begini. Berbual mesra dengan dia sedangkan saye kan dah mempunyai cinta baru." Oya, kat sini saye nak gelarkan cinta baru saye dengan nama Encik Kelakar.

Saye bertanya pada S
"How's ur life now, without me?"

Dia ketawa sahaja...mungkin dia anggap itu satu pertanyaan biasa-biasa dari saye, dan dia jawab
"Sengsara..."

Saye tersentap, sungguhkah??
"I moved on already, have new bf now. u noe bout dat rite?"

Dia diam...
"ade B kesah?" tanya S dalam bentuk yang betul-betul tidak serius.

Saye dah bertekad. Saye tak mahu mainkan perasaan sesiapa kali ini. Kalau ada yang sakit hati dengan tindakan saye, biarlah ini kali yang terakhir. Saye menegaskan hal yang saye betul-betul dah move on pada S dan akhirnya....

"Ok fine, dah ade boy lain kan, nak sangat dengan dia????"

Itu ayat terakhir dari S, dia dah matikan talefonnya. Mungkin marah dan mungkin benci pada saye. Saye tak tahu.

That's my decision, and I was promised myself...no regret on it.

Thursday, July 8, 2010

Cinta oh Cinta

Oww sekarang gossip saye dan si dia dah hangat melanda di tempat kerja. Wow mungkinkah ini lebih hangat daripada gossip si Fasha Sanda dan Jejai?? Huhu tak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Semoga si dia okay2x sahaja mengerjakan hari dengan penuh pertanyaan "Kau couple dengan dia ke?"

Saye? saye okey dan aman sejahtera kerana dah lama berjauhan dengan tempat kerja. Cuma sesekali ada comment-comment di wall FB yang berunsur usik-mengusik dan berbau gossip. Well saye bukan artis yeh nak jawab benda-benda begini . Ngee~

Memang pelik keputusan yang saye buat kali ni. Kenal tak sampai 2 bulan, rapat tak sampai 3 minggu, tapi dah boleh declare sesuatu. Hehehe declare sesuatu?? no comment ya.

Inikah dinamakan cinta express? Dijamin sampai esok macam pos express tu. Aisshh saye sendiri tak berani nak cakap apa-apa. Sekarang ni let it go with the flow, and I will make time answered everything.

Kawan saye cakap saye terima dia sebab sekarang ni saye bosan.

"Kau kan baru clash, maybe sebab tu lah kot." kata kawan saye. Memang terdiam saye mendengar kata-katanya. Dalam hati saye mula terfikir-fikir. Betul ke macam tu? Maknanya saye tak ikhlas menerima si dia...

Tapi saye tahu, saye terima dia bukan sebab saye bosan kerana baru bercerai, eh bukan putus cinta..hek!. Tapi sebab bagi saye dia ada sesuatu yang saye tak ada. Hahaha kau jangan fikir yang bukan-bukan okey. Dia special bagi saye sebab dia ada magic. Bukan sebab dia belajar kat sekolah magic macam Harry Potter ke apa, tapi dia boleh buat saye ketawa saat saye sedih. Ini lah faktanya.

Amboi Farah ni kalau dah dapat tulis pasal cinta bagi 3 hari 3 malam pun tak nak stop. Okey lah saye mahu melelapkan mata sekejap. Tidur sebelum zohor ni elok kan? kan? kan? Err not so sure, please remind me if its wrong ya.

Just wanna take a nap.....

Tuesday, July 6, 2010

Hidup ini

One thing i realize bout myself is I'm sooooo tamak. Yeah, that's the fact. I leave him coz I know we're not suit each other anymore, I can't stand with his attitude. And so he are. he said that I'm so degil, can't do what he want. And know we're broke up already, tried to move on with own life, unfotunately, I still wanna know bout his life. Of cuz saye tak tunjukkan secara terang-teranggan yang saye masih peduli tentang hidupnya. Semuanya saye lakukan secara tersirat. Dan hakikatnya saye cemburu bila dia betul-betul dah teruskan hidupnya tanpa saye. Bukankah itu tamak namanya. Saye dah decide konon-kononya mahu teruskan hidup secara masing-masing, tapi bila dia bahagia, saye cemburu. Aik?? apa kena mengena dengan tamak??? Eh, eh mungkin saye bukan tamak, tapi saye dengki. Eiiiiyuuu buruknya perangai kau Farah.

Yeah, saye mahu buang jauh-jauh perangai buruk tu. Jadi saye dengan ikhlasnya mendoakan kamu bahagia dengan sesiapun pilihan kamu. Ni ikhlas hoccey! Bukan sekadar ayat.

I have my own life now, try hard to be a better person, for me and for a new person in my life...

Friday, July 2, 2010

Dia

Tengok kan saye dah cakap, duduk kat rumah mesti melantak je kerja. Mungkin ke lepas 10 hari berat badan saye akan bertambah 4kg???

Mungkin ke??

Mungkin juga......

Makan masakan mak, masakan kakak, masakan ane roti canai, masakan makcik nasi lemak.

Bila nak makan masakan sendiri???

Hehehe esok kot. Esok kalau saye masak akan saye upload hasilnya disini. Tapi itu pun kalau saye masak lah.

Oya, masak telur dadar sheila rusly pon ok what. Macam iklan ladies choice 2. Nanti saye cuba, kalau sedap kamu boleh cuba pula ye.

Lately, feeling so happy. Maybe coz of him. Even it's so fast, mean just know him but felt like know him for years ago.

With him I feel sooooo

comfortable...
happy...
always smile...
no worries...

Hahaha macam iklan kotex pulak. But I'm not deny I still not put 100% trust on him. It didn't mean that he's not trustworthy but.....you know accept someone drastically in your life it make us take a risk. So sebab dah serik kecewa, saye belajar untuk lebih percaya pada diri sendiri daripada orang lain.

Pada kamu, saye harap kamu mendoakan kebahagiaan saye.

T R I P

Walaupun kelajuan internet berada pada tahap yang tidak memberangsangkan, saye tetap tabah mengupload gambar-gambar dari PD. Hasilnya, jeng jeng jeng...cuma ini yang mampu dipaparkan;)


Fafa, Lily, Shasha.....Just three but still fun;)




Opss jangan perasan model ya!



Naik banana boat atas darat, hebat bukan?? Kau boleh??



Sudah terkena sunburn, but it'll never be a mess



........................................



This is da special one....Just for you my dear!!!!


Tak dapat nak upload banyak gambar, but less is more rite??? So enjoy with what u have;)

Thursday, July 1, 2010

Yang terindah untuk dikongsi

FOR THE REST OF MY LIFE

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And there's a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you

For the rest of my life
Through days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

And there's a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you

For the rest of my life
Through days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you


I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..


Pertama kali saye mendengar lagu ni, dah cukup membuatkan saye tertarik. Paling suka dengan setiap liriknya.

Dan paling indah bila kita kongsikan lagu ni bersama yang tersayang. T___T