Friday, June 11, 2010

tak bagi salam pun

Balik kerja terus je bermuka buku.

Eh apahal terus redah je ni. Tak sabar sangat mahu bercerita ke.

Assalamualaikum WBT. Tadi selepas pulang daripada kerja saye dengan tidak semena-mena terus ber Facebook. Kerana apa? Kerana mahu bergosip. Okeh, habis cerita itu. Cerita yang tidak releven, cuma mahu menunjukkan yang saye gemar berFacebook untuk bergosip. Insaf la cepat-cepat ye Farah.
.................................................

Hari ni terasa hidup lebih sempurna sebab waktu kerja normal 9 setengah - 5 setengah. Sebelum pulang kerumah sempat window shopping dulu. Kau shopping pakai baju kerja Farah? Ye tepat sekali, saye memakai uniform kerja dan berjalan comel berwindow shopping. Natijahnya (aiceh) boleh mendapat diskaun yang memuaskan.

Hari ni ada perkara sengal yang terjadi? Rasanya tak ada kecuali begitu mengantuk sehingga tersengguk-sengguk sambil duduk di atas baldi biru. Gila kau ni. Memang mengantuk gila, dan semestinya perkara itu tidak disengajakan.

Dan...

Tadi ada amoi canti ditemani balak kurang kacak (jahatnya, kau fikir kau cantik???) beli sundae. Tapi bukan kecantikan amoi tu yang saye nak cerita, tapi kekurangan beliau. Sayangnya dia bisu, begitu juga dengan kekasih awal dan akhirnya itu. Masa tu saye rasa bersyukur pada Allah, walaupun dikurniakan paras yang sederhana tapi masih mempunyai suara lunak. Ahh lebih ni, masih mampu bercakap. Thanks Allah.

Dan tadi juga....

Ada juga pasangan lesbo, berpeluk mesra di depan saye.
"U nak yang mana?" tanya si gadis yang berperanan sebagai lelaki konon kacak.
"Emmmm (jari di dagu, fikir lama-lama macam nak jawap soalan add math) McFlurry lah."
Selepas selesai urusan jual-beli, si gadis berperanan sebagai awek cun meraih pinggang cintanya dan berlalu.

Fuhh rasa mahu muntah.

1 comment:

sAfwaN said...

waa...
hahaha....
cian ko erk...
windows shopping sowg2...
keh3..