Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA......

Entry ini kamu tak perlu baca sebab ini ditujukan kepada bapa saye Hj Ahmad bin Hassan.
Jadi kepada bapa saye silalah online untuk bace ucapan sepatah dua kata daripada saye ye. (heeee tipu, ayah saye online bila nak buat e-filing jak)

Thanks to u my lovely dad coz raise me up. I really love u. Walaupun kita selalu bercanggah pendapat, tapi U're still the best daddy in the world. U're

~my teacher~ always taugh me about life.
~my doctor~ take care of me when I'm sick
~my chef~ sometimes, take my mom's duty, u're really good in cooking dad, trust me.
~my friend~ I can share almost anything with u, but mom still da best in this partT__T
~my supporter~ I know u always support in what I'm doing.

Thanks again dad, my life totally incomplete without u.

......................................

Contoh karangan UPSR.

Soalan : Tuliskan surat tidak rasmi kepada bapa anda sempena hari bapa. Panjang karangan tidak boleh melebihi 350 patah perkataan.



Felda Trolak Selatan
35600, Sungkai
Perak

20 JUN 2010

Kehadapan, ayahanda di Perak, semoga sihat sejahtera. Ayahanda sihat ke? Kalau tak sihat pergilah jumpa doktor (pheww ayat skema). Mesti ayahanda tertanya-tanya kenapa anakanda mengirim surat pada kali ini bukan? Tetapi ayahanda janganlah risau kerana tujuan anakanda menulis surat ini bukanlah untuk meminta wang daripada ayahanda untuk menjelaskan yuran pengajian anakanda. Semua itu telah dijelaskan oleh pihak PTPTN. Anakanda sedikit terkilan kerana apabila yuran ditolak, tinggal berapa sen je duit PT. Berbalik kepada isu kita tadi, tujuan anakanda menulis surat ini adalah untuk mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada ayahanda.

Ayahanda,

Terima kasih anakanda ucapkan kerana sudi membesarkan anakanda sebesar ini. Walaupun anakanda tidak begitu besar, cuma saiz S, anakanda tetap ucapkan terima kasih. Anakanda masih ingat waktu anakanda masih kecil, ayahanda selalu bawa anakanda pergi mengopi bersama. Tapi anakanda tidak ingat sama ada anakanda minum kopi ataupun milo..cuma masih jelas diingatan anakanda minum menggunakan piring cawan kerana air itu sangat panas. Sebenarnya sedikit sebanyak ayahanda telah mengajar anakanda teori sains. "Haba cepat disebarkan apabila berada dipermukaan yang luas"

Oya, terima kasih lagi sebab ayahanda sudi mengajar anakanda mengaji AL QURAN. Walaupun pada mulanya anakanda mengaji dirumah USTAZAH SALMAH, tetapi sebab anakanda selalu pulang berlari-lari seperti dikejar hantu, ayahanda risau anakanda jatuh dan cedera lalu ayahanda mengambil keputusan mengajar sendiri anakanda mengaji. Walaupun anakanda selalu buat trick pura-pura tidur pada hari ahad sebab nak tengok doremon, tetapi ayahanda tetap buat dek je ambil papan rehal dan QURAN. So nak tak nak anakanda tetap perlu mengaji.

Ayahanda,

Bila dah enam tahun, anakanda perlu menjalani pembedahan untuk buang selaput di mata. Ayahandalah yang banyak bekorban wang untuk anakanda. Tapi mak yang banyak bekorban masa menemani anakanda di wad. Dekat sebulan anakanda bersama mak tinggal di wad. Hospital tu umpama rumah kami, nurse-nurse tu macam kawan-kawan dah jadinya. Terima kasih sebab rajin datang melawat anakanda dan mak T___T

Bila anakanda dah besar, kita dah jarang spend time bersama sebab anakanda belajar di asrama. Tapi bila sesekali anakanda pulang mesti dapat makan yang sedap-sedap. Sebab bi hari bapa, thanks to ayahanda walaupun mak yang masak. Ayahanda memang tegas, kadang-kadang ego pun ada, dan anakanda rasa perangai ayahanda tu dah meresap sedikit ke anakanda. Bak kata pepatah, kuah mesti tumpah kat nasik punye.

Ayahanda,

Sekian sahaja surat anakanda pada kali ini. Nak cerita panjang tunggulah kepulangan anakanda. Nanti kita cerita lagi sambil layan sate & nasi ayam kat SLIM.
Oh, sebelum itu, kirim salam anakanda untuk mak, Mak U're my quenn and dad are the king.

Sekian.
Yang Benar



anakmu

2 comments:

izansalleh® said...

nanti aku print hantar kat pak mat ;)

farahAzreenHJAhmad said...

izan~jangan..t terharu bapak aku