Monday, June 7, 2010

Sunyi

"oit watpe 2?...meh a dtg umah ak..."

Saye terima SMS dari seorang rakan.

"Sorry babe, kunci motor xde la...."

Balas saye, adakah itu cuma alasan? Tak, tak, itu adalah hakikat, motor tersadai diluar rumah, tetapi kuncinya gagal dijumpai.

Balik ke Trolak kali ni suasana memang lain sebabnya tiada ibu-bapa dirumah. Sampai hati diorang ni pergi trip tak ajak aku...Tak lah sebenarnya ibu-bapa saye bukanlah parents yang kejam sehingga mampu meninggalkan anak gadisnya ini keseorangan dirumah. Awal-awal lagi mereka sudah menginform kepada saye yang mereka tidak akan berada dirumah pada 5 Jun 2010 (eceh, lebih kau ye) kerana menghadirkan diri ke kenduri kahwin di Ipoh, seterusnya akan pulang ke kampung untuk 2@3 hari.

Tapi....

Disebabkan memory otak yang full jadi mungkin telah meng"erase" info tersebut lalu saye dengan ghairahnya memohon cuti pada 6 Jun 2010 sehingga 8 Jun 2010. Memang saye kesian dengan diri sendiri.

"Benar kata Doktor M, melayu mudah lupa"

Ha ambik kau, duduk rumah sorang-sorang. Jiran saye mengoffer secara ikhlas untuk saye tidur dirumahnya.

"Tidur kat rumah angah tau." Kata jiran saye ketika saye datang kerumahnya untuk mengambil kunci.

"Takpe la ngah, A'ah( my nick name, sorry!!!!) tidur kat rumah je."

"Tak takut ke?" Jiran saye bertanya penuh ragu. (mungkinkah perangai penakut saye telah tersebar ke seluruh pelusuk kampung?)

"Tak de ape lah...Bla bla bla (memberi hujah dengan penuh confident bahawa saye sangan berani untuk tinggal dirumah sendirian)


Sebenarnya saye malas untuk tidur dirumah jiran kerana
1) Nanti tak boleh buat macam rumah sendiri
2) Terpaksa tengok tv sambil duduk (telah terbiasa menonton tv sambil baring-baring sambil makan T____T )

Akhirnya dengan berat hati (pandai-pandai je) jiran saye membenarkan saye tidur dirumah sendiri.

Memang bosan tinggal sendiri, menambahkan bosan bila perut terlapar-lapar. Terpaksa mengoutingkan diri untuk makan diluar. Malam tu, saye mngerjakan NASI GORENG SOTONG dengan penuh nafsu, yeay!!! thanks ye kamu, sudi bawa saye keluar makan dan belanja saye kerana cek gaji masih belum clear. Lain kali bila kita keluar makan, its on me....promise.

Pulang kerumah saye tidur bagai dewa (merepek). Kalau ada monster makan rambut pun saye memang tak sedar.

Bila bangun pagi, terasa kecewa kerana perlu merajinkan diri untuk masak bagi memenuhi tuntutan nafsu lapar. Makanan apa yang cepat dimasak sedap dimakan? Mesti kau tau kan. Jadi kesimpulannya saye makan saye makanan yang cepat dimasak sedap dimakan itu sebagai lunch saye. Memang tak sesuai dibuat calon isteri bukan?

Tengok tv, makan ais krim, tidur......akhirnya saye terpaksa menyusahkan dia sekali lagi. Ambil talefon dan dial 017........

"Hye, watpe..?" tanya saye.
"Kat kenduri, tolong basuh pinggan." Aiyok, rajinnya dia. "Dah makan ke?"
"Makan maggi je...."
"Nak keluar?" soalan yang ditunggu-tunggu oleh saye.
"Pergi mana?" balas saye, konon macam jual mahal....
"Mana-mana jela...tapi lambat sikit, nak sattle kan pinggan ni dulu."


Nasib baik lah ada kamu kalau tidak tentu saye terbosan-bosan dirumah.

Tapi tu cuma keseronokkan sementara ye, Cinderella seperti saye perlu pulang kerumah sebelum jam 9 walaupun ibu-bapa tiada dirumah.

"Mak ngan ayah jangan risau, A'ah tau jage diri...." saye sudah berjanji, dan saye akan tepati.

No comments: