Tuesday, June 1, 2010

hidup bagai lampu dinding

Hidup saye makin tragik.

Cewah, saje je nak kasi gimik gempak bila letak intro macam tu. Tapi jujur saye kata yang terlampau banyak pengalaman pelik yang berlaku kepada saye dan kawan-kawan sepanjang tinggal di 1006 ni. Sebab 1006 bukan cuma dihuni oleh saye dan kawan-kawan sahaja, tetapi dihuni oleh beberapa orang yang aneh-aneh yang kisah hidup mereka mungkin lebih tragik. Contohnya kakak 1 yang berusia lanjut tetapi masih tidak mendapat jodoh, kakak 2 yang bermuka talam 2 (talam 2 muka), dan kakak 3 yang kuat cemburu, mungkin berasa insecure sebab kurang cantik. Takut cinta kekasihnya berubah arah. (Fuhhh ayat cinta yang berbisa)

Kakak 1.

Dah jarang bersua muka dengan dia sekarang. Sejak kejadian kecurian dulu. Lagipun dia yang menjadi mangsa, so mungkin dia trauma nak tinggalkan bilik secara kerap kot.
Rasa-rasanya saye baru 2 kali bertegur sapa dengan kakak 1. Ayat yang selalu digunakan ialah:

"Masuk kerja pukul berapa kak?"

Kakak 2.

Nama gelaran untuk dia adalah "roti". Sebab nama sebenar kakak 2 berkaitan dengan jenama roti@biskut yang terkenal. Errr mungkin hup seng, atau biskut cap ping-pong?? Tidak, tidak, tidak....
Super peramah, sangat baik hati, caring and loving. Tapi sayangnya semua tu cuma hipokritasi yang dilakonkan oleh kakak 2. Perangai sebenar ialah, sangat busuk hati dan dengki. Selalu mengkutuk saye dan kawan-kawan kepada kakak 3. Oh ya dia juga menyebarkan rumor yang bf kakak 3 sudah pandai curang. Kononnya bf kakak 3 suka salah seorang daripada kami. "Hello, kami tau kami hotties. Setakat Bf kakak 3 tu, bagi free pun kita tak nak OK!" (berkata sambil berlagak hot)

Kakak 3.

Fizikal agak besar. Kalau kat rumah memang serabut. Mungkin jarang menyikat rambut. Kalau kat tempat kerja agak tip-top. Bekerja di tempat yang agak eksklusif.
Sebelum berjangkit dengan virus fitnah kakak 2, kakak 3 agak baik dengan kami. Masih boleh tersenyum jika terserempak. Sekarang mungkin dia sangat membenci kami. Hmm ada aku kesah??

.......................

Kadang-kadang saye sampai boleh gelak sorang-sorang bila terfikir pasal mereka-mereka ni. Semoga ada hikmah disebalik semuanya.

No comments: