Wednesday, June 16, 2010

Hari ni

Eh tadi ada idea nak update. Tapi bila dah mengadap blog ni saye jadi blur.

Rutin setiap hari sangat sama. Bangun, mandi, pergi kerja, balik kerja, mandi, online, tidur.

Demam???

Oh saye sudah kembali sihat. Hebat bukan?? Tq Allah sebab bagi semula kesihatan yang baik untuk saye. So far semuanya baik, kecuali suara saye masih serak-serak ayam.
Customer untuk hari ni sangat menyenangkan. Saye dapat bekerja dengan gembira dan tersenyum. Yeay!!!

Tapi dalam ramai-ramai tu masih ada yang annoying. Biarlah, kalau saye jadi customer mungkin saye pon annoying juga.

Hari ni masih ada kids yang panggil saye dengan kata ganti nama acik.
Hari ni ada customer daripada Jepun. Sangat sempoi dan peramah cuma sangat tidak boleh berbahasa Inggeris.
Hari ni ada sepasang pasangan lesbian yang sangat bermanja-manja di depan saye.
Hari ni ada seorang "hakimi" memberi nombor talefonnya kepada saye.
Hari ni abang 7E depan kiosk cakap nama saye "ayu"
Hari ni ada sekeluarga arab berlalu begitu sahaja tanpa perasan anak kecil perempuan mereka tertinggal dibelakang.
Hari ni ada sekumpulan budak-budak lelaki cina yang nak beli ais krim tapi cakap cina dengan saye.
Hari ni ada customer buang resit dalam tabung derma McD
Hari ni ada customer sejurus selepas saye memberi resit kepadanya kemudian dia renyukkan resit tu dan kata "tolong buang dik."
Hari ni ada amoi kecik cakap nak ais krim vanilla tapi dengar macam Ribena, Ribelia, entah la, macam nama artis pon ada.
Hari ni macam-macam ada.
Esok saye cerita lagi....................

No comments: