Monday, June 28, 2010

Live on Port Dickson

Update kali ni live from port dickson. Ececeh...

Setelah 2 bulan melepaskan penat lelah mencari pengalaman bekerja, akhirnya kini saye dah boleh bersenang-lenang.
Yeay!!!

Vocation ni memang secara tiba-tiba, without proper planning. Mula-mula cuma cakap-cakap je, tapi tak sangka last sekali tetap dilaksanakan. Kenapa pilih PD? Hehehe sebab PD adalah destinasi bajet. Membazir kan amalan syaitan, so kami taknak membazir pergi tempat jauh-jauh just untuk naik banana boat. PD sudah.

Gerak pukul 2 sampai lebih kurang pukul 3, thank to yana sebab sudi jadi driver T___T. Sampai je PD terus check In resort, pastu jalan-jalan cari makan. Menu makan saye hari ni simple je. Cuma nasi putih, sotong, ikan keli sambal dan sayur. Bab rasa boleh la, tapi harga memang melambung tinggi. Tapi sebab ni bukan kali pertama saye ke sini, so taklah terkejut sangat.

Dah kenyang apa lagi, balik resort, tarik tilam depan TV, pasang TV, dan Online.
Setakat ni belum ada aktiviti mandi-manda lagi sebab cuaca maha terik. Demi masa depan saye ( cewah ) eloklah saye tak mandi sekarang, tunggu petang sikit. Ha apa? takut hitam...memang lah, so what?

Okeh, sekarang mahu tidur. Nanti saye akan update lagi.

Wednesday, June 23, 2010

Just for friend

Perhatian : Maaf kalau anda clueless mengenai entry dibawah.

Terbaca satu entry kawan baik saye mengenai kepercayaan. Okeh saye harap kalau kamu membaca, trust from social sciences, reliance on another person or entity. Having faith in others and believing them. But for me trust must be worth it. Kalau kau rase kau tak boleh dipercayai, jangan buat orang lain percaya pada kau, sebab itu namanya memprbodohkan. Saye minta maaf kalau kamu terasa.

Oya, adakah kita akan dikatakan suka jaga tepi kain orang bila kita cuba ambil berat. Saye kononnya nak jadi caring so nasihat kamu macam-macam. Padahal dalam hati kamu, mungkin kamu rasa saye ni jelmaan mak nenek yang suka membebel. Mungkin juga kamu rasa saye ni annoying. "Blah la farah, kau fikir kau bagus sangat, nak masuk campur hal aku." mungkin itu yang terlintas difikiran kau masa tu.

Tapi percayalah, sebagai seorang kawan, saye rasa kepercayaan saye terhadap kamu dah fade. Mungkin hampir tak ada. Bila kejadian ni berlaku apa ada dalam hati saye sekarang cuma

~sampai hati kau tipu aku, sampai hati kau reka- macam-macam cerita untuk tutup cerita sebenar. Aku ni sape, bukan kawan kau ke????~

Saye dah tahu hampir semua kebenaran, saye rasa tak perlu kamu nak sorokkan apa-apa daripada saye lagi. Sebagai seorang kawan, saye dah jalankan tanggungjawab saye apa yang patut. Dan kamu sebagai seorang manusia yang waras, tentu sekali boleh berfikir yang terbaik untuk diri sendiri.

Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA......

Entry ini kamu tak perlu baca sebab ini ditujukan kepada bapa saye Hj Ahmad bin Hassan.
Jadi kepada bapa saye silalah online untuk bace ucapan sepatah dua kata daripada saye ye. (heeee tipu, ayah saye online bila nak buat e-filing jak)

Thanks to u my lovely dad coz raise me up. I really love u. Walaupun kita selalu bercanggah pendapat, tapi U're still the best daddy in the world. U're

~my teacher~ always taugh me about life.
~my doctor~ take care of me when I'm sick
~my chef~ sometimes, take my mom's duty, u're really good in cooking dad, trust me.
~my friend~ I can share almost anything with u, but mom still da best in this partT__T
~my supporter~ I know u always support in what I'm doing.

Thanks again dad, my life totally incomplete without u.

......................................

Contoh karangan UPSR.

Soalan : Tuliskan surat tidak rasmi kepada bapa anda sempena hari bapa. Panjang karangan tidak boleh melebihi 350 patah perkataan.



Felda Trolak Selatan
35600, Sungkai
Perak

20 JUN 2010

Kehadapan, ayahanda di Perak, semoga sihat sejahtera. Ayahanda sihat ke? Kalau tak sihat pergilah jumpa doktor (pheww ayat skema). Mesti ayahanda tertanya-tanya kenapa anakanda mengirim surat pada kali ini bukan? Tetapi ayahanda janganlah risau kerana tujuan anakanda menulis surat ini bukanlah untuk meminta wang daripada ayahanda untuk menjelaskan yuran pengajian anakanda. Semua itu telah dijelaskan oleh pihak PTPTN. Anakanda sedikit terkilan kerana apabila yuran ditolak, tinggal berapa sen je duit PT. Berbalik kepada isu kita tadi, tujuan anakanda menulis surat ini adalah untuk mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada ayahanda.

Ayahanda,

Terima kasih anakanda ucapkan kerana sudi membesarkan anakanda sebesar ini. Walaupun anakanda tidak begitu besar, cuma saiz S, anakanda tetap ucapkan terima kasih. Anakanda masih ingat waktu anakanda masih kecil, ayahanda selalu bawa anakanda pergi mengopi bersama. Tapi anakanda tidak ingat sama ada anakanda minum kopi ataupun milo..cuma masih jelas diingatan anakanda minum menggunakan piring cawan kerana air itu sangat panas. Sebenarnya sedikit sebanyak ayahanda telah mengajar anakanda teori sains. "Haba cepat disebarkan apabila berada dipermukaan yang luas"

Oya, terima kasih lagi sebab ayahanda sudi mengajar anakanda mengaji AL QURAN. Walaupun pada mulanya anakanda mengaji dirumah USTAZAH SALMAH, tetapi sebab anakanda selalu pulang berlari-lari seperti dikejar hantu, ayahanda risau anakanda jatuh dan cedera lalu ayahanda mengambil keputusan mengajar sendiri anakanda mengaji. Walaupun anakanda selalu buat trick pura-pura tidur pada hari ahad sebab nak tengok doremon, tetapi ayahanda tetap buat dek je ambil papan rehal dan QURAN. So nak tak nak anakanda tetap perlu mengaji.

Ayahanda,

Bila dah enam tahun, anakanda perlu menjalani pembedahan untuk buang selaput di mata. Ayahandalah yang banyak bekorban wang untuk anakanda. Tapi mak yang banyak bekorban masa menemani anakanda di wad. Dekat sebulan anakanda bersama mak tinggal di wad. Hospital tu umpama rumah kami, nurse-nurse tu macam kawan-kawan dah jadinya. Terima kasih sebab rajin datang melawat anakanda dan mak T___T

Bila anakanda dah besar, kita dah jarang spend time bersama sebab anakanda belajar di asrama. Tapi bila sesekali anakanda pulang mesti dapat makan yang sedap-sedap. Sebab bi hari bapa, thanks to ayahanda walaupun mak yang masak. Ayahanda memang tegas, kadang-kadang ego pun ada, dan anakanda rasa perangai ayahanda tu dah meresap sedikit ke anakanda. Bak kata pepatah, kuah mesti tumpah kat nasik punye.

Ayahanda,

Sekian sahaja surat anakanda pada kali ini. Nak cerita panjang tunggulah kepulangan anakanda. Nanti kita cerita lagi sambil layan sate & nasi ayam kat SLIM.
Oh, sebelum itu, kirim salam anakanda untuk mak, Mak U're my quenn and dad are the king.

Sekian.
Yang Benar



anakmu

Saturday, June 19, 2010

Kerana Ku Cinta Kau

KERNA KU CINTA KAU

Bunga Cinta Lestari

Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau

Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Reff:
Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

Jika kau tak percaya pada ku
Sakitnya aku
Jika kau lebih dengar mereka
Sedih hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Back to Reff:

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Kau tahu ku juga ingin denganmu
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau


Lagu ni saye tujukan untuk awak. Itupun kalau awak still baca blog ni, atau mungkin awak terlampau bencikan saye sampai bukan setakat tak nak tengok muka saye, dengar suara saye, tengok Fb saye and sampai akan rasa MELUAT kalau baca blog ni.

Apa-apa pun saye still harap awak akan bace entry ni,

Saye memang bersalah, saye tahu. Tapi saye marah sebab awak buat saye macamlah awak tak pernah buat salah.

Saye memang degil. Betul tu, tak payah cakap pun saye kenal diri sendiri. Tapi saye rasa apa yang awak halang tu adalah hobi saye. Selagi saye tak melangkau batas, bagi saye apa salahnya.

Saye ego. Kalau itu yang awak kata, apa lagi perlu saye cakap. Sememangnya saye langsung tak minta maaf. Saye akui saye bersalah, tapi saye masih belum minta maaf bukan?. Sebab bagi saye awak tak perlukan kata maaf daripada saye.

Tapi apa pun yang terjadi, saye tetap sayangkan awak, walaupun awak benci saye. Cukuplah sekadar awak tahu itu.

p/s ~ jangan muntah hijau dengan entry ini....

Thursday, June 17, 2010

No entry

Nothing to update today....

Uh uh, kau jangan nak buat muka kecewa okeh. Entry saye yang sebelum ni pon kau tak baca lagi.
Malam ni perlu mengerjakan tidur awal. Esok perlu mengerjakan kerja seawal pagi. 9 setengah memang masih pagi bukan?
Jadi, kita jumpa esok.
Bye

Wednesday, June 16, 2010

Hari ni

Eh tadi ada idea nak update. Tapi bila dah mengadap blog ni saye jadi blur.

Rutin setiap hari sangat sama. Bangun, mandi, pergi kerja, balik kerja, mandi, online, tidur.

Demam???

Oh saye sudah kembali sihat. Hebat bukan?? Tq Allah sebab bagi semula kesihatan yang baik untuk saye. So far semuanya baik, kecuali suara saye masih serak-serak ayam.
Customer untuk hari ni sangat menyenangkan. Saye dapat bekerja dengan gembira dan tersenyum. Yeay!!!

Tapi dalam ramai-ramai tu masih ada yang annoying. Biarlah, kalau saye jadi customer mungkin saye pon annoying juga.

Hari ni masih ada kids yang panggil saye dengan kata ganti nama acik.
Hari ni ada customer daripada Jepun. Sangat sempoi dan peramah cuma sangat tidak boleh berbahasa Inggeris.
Hari ni ada sepasang pasangan lesbian yang sangat bermanja-manja di depan saye.
Hari ni ada seorang "hakimi" memberi nombor talefonnya kepada saye.
Hari ni abang 7E depan kiosk cakap nama saye "ayu"
Hari ni ada sekeluarga arab berlalu begitu sahaja tanpa perasan anak kecil perempuan mereka tertinggal dibelakang.
Hari ni ada sekumpulan budak-budak lelaki cina yang nak beli ais krim tapi cakap cina dengan saye.
Hari ni ada customer buang resit dalam tabung derma McD
Hari ni ada customer sejurus selepas saye memberi resit kepadanya kemudian dia renyukkan resit tu dan kata "tolong buang dik."
Hari ni ada amoi kecik cakap nak ais krim vanilla tapi dengar macam Ribena, Ribelia, entah la, macam nama artis pon ada.
Hari ni macam-macam ada.
Esok saye cerita lagi....................

Monday, June 14, 2010

Dugaan Allah

Demam ni........

Betul tak tipu ni.......

Memang saye demam, sakit tekak. Suara hilang sudah.

Kesian tak kat saye?
Kesian tak???

Sampai ah hati kau geleng-geleng kepala, tak kesian kat saye. Saye demam tapi still kerja. Mulia bukan. Tetap berbakti walaupun sakit. Boooo puji diri sendiri. Ha sekarang macam mana? Sudah mula kesian sikit-sikit pada saye kan.

~ "Tipu ah kau demam, kalau demam apasal online??" ~ Kawan saye cakap.

Kalau demam tak boleh online yeh? Kalau macam tu saye off sekarang juga.

Byeeeeeee...see you!!

Sunday, June 13, 2010

Cinta tak mengenal usia

Argentina doing a great job, win 1 : 0 to Nigeria. Its a expected result actually. Ermm tonight matches for England vs Us, Don't know the result yet. My expectation...emm obviously i'm for England.

I did my job really well today, manage all the customer with wide smile on my face. No more buat muka okeh. Oh ya I also have a chit - chat wif them. Not all of them lah, just certain.

E.g customer from Philiphine.

"Are you from philiphine?" I'm asking after heard when she talking to her friend.
"Yes, How you know?" She asked me back. Look so excited.
"I know la, erm I really like "Sanay Wala Nang Wakas" (one of famous Philiphine movie)" Hahaha I have no point to talk more.
"You watch it? Its a great movie."

E.g customer from err, not so sure. Wear England Jersey.

"England Fan huh?" I'm asking after answered his question about emmm sorry forgot already.
"Not really.." He said
"I'm for Brazil" I'm so poyo rite? don't say it. I already know.
"Spain is better." He's Spain fan??? Arghhh so why u're wearing England jersey????

E.g customer from Malaysia. (ceh bajet, macam lah kau daripada London.)

"5 sen pon nak kira ke kak?" said a boy around 18 years old.
"Yelah, mestilah."
"Tak payah la kak."
"Okeh, tunggu mcD ni jadi bapak saye punye, lepas tu tak payah bayar k."

And I really don't like when kids call me "acik"

"Acik, harga ais krim yang coklat tu berapa yeh?"

OMG, really like old woman sell ice cream at pasar malam. Call me Miss okeh. Hahaha no lah, just call me kakak okeh kids. That soooo much better.

Sometimes customer just made their decision like fool. Am I said fool??? Okeh I'm sorry, not my intention to hurt your heart my deary customer. But please don't be lalang. Change your decision in just one second. You make me feel like loser okeh.

"Dik bagi choco top ye." kate seorang akak berbaju hitam bunga merah jambu.
"Okeh." Jawab saye yang berbaju belang-belang hijau kuning, pink dan biru.
~Dah siap sebuah choco top yang cantik lagi enak.
"Dik nak tukarlah ye. Nanti anak akak makan comot-comot pulak."

At the time, I'm the loser and U're the fool. Not suppose to?? Okeh I change. U're customer and customer is always rite. Then I'm just a crew@kuli batak kau. So buat je apa yang kau suruh.

Haha ayat yang sungguh tak puas hati.But Don't worry, change mind is always happened even to myself. So I not really mad at kakak berbaju hitam bunga merah jambu. I still can give her a sweet smile (:

Okeh, 3 am already. Wanna to get some rest. Tidur lena-lena untuk dapatkan mimpi indah.

Saturday, June 12, 2010

sarang hea yo

Lagu ni best. Layan la

bola...demam.....

Lunch makan Mc Chicken, emm bosan...

Tadi makan nasi goreng mamak telur mata kat PKS Maju. Memang sedap nasi ni, saye pun tak tau apa yang mamak tu taruk, tapi memang boleh habiskan sepinggan nasi dalam masa 11 minit je.

Lepas makan nasi goreng makan wall mini bla bla bla...entah apa ye namanya. Saye panggil ais krim bulat je.

Lepas makan ais krim bulat, makan keropok super Ring. Sedapnya. Terkenang masa zaman sekolah rendah dulu.

Demam bola sudah bermula. Apa pasukan pilihan anda? Saye suka Brazil sebab Brazil best, ada gaya, mutu dan keunggulan. Brazil ada Kaka.



Baiklah, tak cakap banyak-banyak pasal bola sebab saya bukan soccer addict okeh. Saye just ambil tahu sedikit saja.

Tapi saye tahu banyak pasal ais krim kat McD.Hehehe...

Hari customer sangat-sangat anoying. Patut ke 1 family yang ahli keluarganya lebih daripada 9 orang membuli saye. Sangat tidak patut bukan. Mengorder ais krim yang tidak-tidak je. Lepas tu sesuka hati cancel order. Doyai......Dan juga mereka sampai hati mempertikaikan tentang tax ais krim tersebut. Bukan saye yang letak tax tu. Dah memang ada cukai kerajaan untuk setiap ais krim. Kalau kau makan kat Old Town White Coffee pun tetap ada tax. Sama lah kalau kau makan kat Kfc, Secret Receipe, Bla bla bla. Tak nak tax sila masak sendiri di rumah okeh. Atau makan lah di rumah tok penghulu di kampung kau.

Huuuuhhh....

Layan bola la...............jom lepak mamak!

Friday, June 11, 2010

tak bagi salam pun

Balik kerja terus je bermuka buku.

Eh apahal terus redah je ni. Tak sabar sangat mahu bercerita ke.

Assalamualaikum WBT. Tadi selepas pulang daripada kerja saye dengan tidak semena-mena terus ber Facebook. Kerana apa? Kerana mahu bergosip. Okeh, habis cerita itu. Cerita yang tidak releven, cuma mahu menunjukkan yang saye gemar berFacebook untuk bergosip. Insaf la cepat-cepat ye Farah.
.................................................

Hari ni terasa hidup lebih sempurna sebab waktu kerja normal 9 setengah - 5 setengah. Sebelum pulang kerumah sempat window shopping dulu. Kau shopping pakai baju kerja Farah? Ye tepat sekali, saye memakai uniform kerja dan berjalan comel berwindow shopping. Natijahnya (aiceh) boleh mendapat diskaun yang memuaskan.

Hari ni ada perkara sengal yang terjadi? Rasanya tak ada kecuali begitu mengantuk sehingga tersengguk-sengguk sambil duduk di atas baldi biru. Gila kau ni. Memang mengantuk gila, dan semestinya perkara itu tidak disengajakan.

Dan...

Tadi ada amoi canti ditemani balak kurang kacak (jahatnya, kau fikir kau cantik???) beli sundae. Tapi bukan kecantikan amoi tu yang saye nak cerita, tapi kekurangan beliau. Sayangnya dia bisu, begitu juga dengan kekasih awal dan akhirnya itu. Masa tu saye rasa bersyukur pada Allah, walaupun dikurniakan paras yang sederhana tapi masih mempunyai suara lunak. Ahh lebih ni, masih mampu bercakap. Thanks Allah.

Dan tadi juga....

Ada juga pasangan lesbo, berpeluk mesra di depan saye.
"U nak yang mana?" tanya si gadis yang berperanan sebagai lelaki konon kacak.
"Emmmm (jari di dagu, fikir lama-lama macam nak jawap soalan add math) McFlurry lah."
Selepas selesai urusan jual-beli, si gadis berperanan sebagai awek cun meraih pinggang cintanya dan berlalu.

Fuhh rasa mahu muntah.

Wednesday, June 9, 2010

Tak letak title tak pe ke?

Mahu update

Tapi......

Idea berlari-lari,

Oh ada kawan saye tanya Facebook siapa yang begitu mengejutkan saye ( based on last entry )

Emm perlukah saye cerita? Disebabkan ini adalah blog saye, jadi saye membuat keputusan untuk tidak bercerita tentang orang lain atau nama saintifiknya mengumpat. Dia mungkin terkena jangkitan culture shock yang sangat kronik. Semoga dia kembali ke pangkal jalan, amin.
............................................................

"eh kecik apasal abang tengok kau lain hari ni."

Antara komen pertama yang saye dengar apabila melangkah ke tempat kerja. Oh ya, kecik adalah nick name saye disana.
Saye lain ke? Agak lah sebab mata sembab hari ni. Ha kenapa sembab? Adalah sebabnya, malu mahu bercerita disini.

Hari pertama bekerja selepas rehat selama 3 hari membuatkan saye jadi sedikit blur. Customer mahu 3 sundae cone, tapi saye terfikir yang bukan-bukan, nasib tak buat 3 mc flurry oreo.

Heeee..nanti saye cerita lagi kisah sengal-sengal yang berlaku, sekarang mahu menjamah hidangan lazat lagi special dulu.

katak kembung

Akhirnya...

Saye dah pulang ke rumah sewa. Esok akan meneruskan sisa-sisa perjuangan ditempat kerja. Yeay, perjuangan yang sebenar adalah terpaksa bangun awal pagi kerana telah difahamkan akan masuk kerja pukul 9 setengah.

9setengah????
Awalnya.............
Tak cukup tidur lah nanti saye.
Saye kan tidur macam baby-baby 12 hours at least..

Oh ya, td terperanjat bila terbuka facebook salah seorang kawan lama. Perubahan yang sangat dasyhat sehingga saye beristigfar. Nantilah saye ceritakan. Mata sudah mahu terlelap.
...........................................................

Monday, June 7, 2010

Sunyi

"oit watpe 2?...meh a dtg umah ak..."

Saye terima SMS dari seorang rakan.

"Sorry babe, kunci motor xde la...."

Balas saye, adakah itu cuma alasan? Tak, tak, itu adalah hakikat, motor tersadai diluar rumah, tetapi kuncinya gagal dijumpai.

Balik ke Trolak kali ni suasana memang lain sebabnya tiada ibu-bapa dirumah. Sampai hati diorang ni pergi trip tak ajak aku...Tak lah sebenarnya ibu-bapa saye bukanlah parents yang kejam sehingga mampu meninggalkan anak gadisnya ini keseorangan dirumah. Awal-awal lagi mereka sudah menginform kepada saye yang mereka tidak akan berada dirumah pada 5 Jun 2010 (eceh, lebih kau ye) kerana menghadirkan diri ke kenduri kahwin di Ipoh, seterusnya akan pulang ke kampung untuk 2@3 hari.

Tapi....

Disebabkan memory otak yang full jadi mungkin telah meng"erase" info tersebut lalu saye dengan ghairahnya memohon cuti pada 6 Jun 2010 sehingga 8 Jun 2010. Memang saye kesian dengan diri sendiri.

"Benar kata Doktor M, melayu mudah lupa"

Ha ambik kau, duduk rumah sorang-sorang. Jiran saye mengoffer secara ikhlas untuk saye tidur dirumahnya.

"Tidur kat rumah angah tau." Kata jiran saye ketika saye datang kerumahnya untuk mengambil kunci.

"Takpe la ngah, A'ah( my nick name, sorry!!!!) tidur kat rumah je."

"Tak takut ke?" Jiran saye bertanya penuh ragu. (mungkinkah perangai penakut saye telah tersebar ke seluruh pelusuk kampung?)

"Tak de ape lah...Bla bla bla (memberi hujah dengan penuh confident bahawa saye sangan berani untuk tinggal dirumah sendirian)


Sebenarnya saye malas untuk tidur dirumah jiran kerana
1) Nanti tak boleh buat macam rumah sendiri
2) Terpaksa tengok tv sambil duduk (telah terbiasa menonton tv sambil baring-baring sambil makan T____T )

Akhirnya dengan berat hati (pandai-pandai je) jiran saye membenarkan saye tidur dirumah sendiri.

Memang bosan tinggal sendiri, menambahkan bosan bila perut terlapar-lapar. Terpaksa mengoutingkan diri untuk makan diluar. Malam tu, saye mngerjakan NASI GORENG SOTONG dengan penuh nafsu, yeay!!! thanks ye kamu, sudi bawa saye keluar makan dan belanja saye kerana cek gaji masih belum clear. Lain kali bila kita keluar makan, its on me....promise.

Pulang kerumah saye tidur bagai dewa (merepek). Kalau ada monster makan rambut pun saye memang tak sedar.

Bila bangun pagi, terasa kecewa kerana perlu merajinkan diri untuk masak bagi memenuhi tuntutan nafsu lapar. Makanan apa yang cepat dimasak sedap dimakan? Mesti kau tau kan. Jadi kesimpulannya saye makan saye makanan yang cepat dimasak sedap dimakan itu sebagai lunch saye. Memang tak sesuai dibuat calon isteri bukan?

Tengok tv, makan ais krim, tidur......akhirnya saye terpaksa menyusahkan dia sekali lagi. Ambil talefon dan dial 017........

"Hye, watpe..?" tanya saye.
"Kat kenduri, tolong basuh pinggan." Aiyok, rajinnya dia. "Dah makan ke?"
"Makan maggi je...."
"Nak keluar?" soalan yang ditunggu-tunggu oleh saye.
"Pergi mana?" balas saye, konon macam jual mahal....
"Mana-mana jela...tapi lambat sikit, nak sattle kan pinggan ni dulu."


Nasib baik lah ada kamu kalau tidak tentu saye terbosan-bosan dirumah.

Tapi tu cuma keseronokkan sementara ye, Cinderella seperti saye perlu pulang kerumah sebelum jam 9 walaupun ibu-bapa tiada dirumah.

"Mak ngan ayah jangan risau, A'ah tau jage diri...." saye sudah berjanji, dan saye akan tepati.

Thursday, June 3, 2010

Bukan Cinta Biasa

WARNING

Ini bukan iklan racun serangga. Entry ini sangat berunsurkan kisah jiwang. Amaran kepada ibu mengandung, dilarang membaca entry ini kerana mungkin anda akan berasa mual dan loya.

........................

Bila saye ada masalah, pada siapa saye nak bercerita?
Adakah orang yang sudi pinjamkan telingnya pada saye?
Rasa macam tak ada je.......

"berdoalah pada tuhan, DIA maha mendengar...."

Thanks pada kamu atas pesanan itu. Saye sangat hargai.

"Apa masalah kamu sebenarnya???"
"Bukan masalah besar, cuma terasa dipermainkan."
"Sebabnya?"
"Cinta 3 segi...."

Ye saye mengaku sekarang saye terlibat dalam sebuah cinta penuh misteri, eh silap silap, cinta 3 segi. Maknanya????... Maknanya saye ada seorang cinta, tetapi cinta saye ada seorang lagi cinta??? Hahahaha..itu bukan cinta 3 segi tetapi rantaian makanan..eh, rantaian cinta....

Tapi bila dah jadi macam ni, apa yang mampu saye buat?

ku berserah, kepadamu Maha Esa,
mungkin takdir, telah menentukan segalanya....
ku berserah, kepada apa yang
telah berlaku pada diriku ini......


Jadi jelas bukan yang kisah cinta saye bukan cinta biasa. Ia sangat merumitkan sampaikan saye tak mahu berfikir tentang ini. Okeh, hari ni cukup setakat ini, esok-esok saye cerita lagi.

p/s-minta maaf pada kamu, saye tahu kamu tak suka dengan entry ini.

Wednesday, June 2, 2010

Selamat pengantin baru

Saye tunggu hari ahad menjelma macam seorang isteri menunggu suaminya pulang ke rumah.
Eceh, statement gatal keluar di situ. Tapi memang xsabar nak jumpa ibu-bapa nih.
Hari ahad ni InsyaAllah mahu menghadirkan diri ke majlis kawin-kawin kawan saye. Auuuuwww sudah mahu berkahwin kamu ya. Dalam usia 21 sudah menjadi isteri orang, 22 menjadi emak-emak. 45 transform menjadi nenek penyayang. Menarik bukan?
Kepada cik Zarith Sofia semoga berbahagia bersama encik Fadhil. Hari ni saye datang ke majlis kamu, esok-esok kamu mesti datang ke majlis saye pula ye.

Majlis saye? Majlis apakah? Hahaha jangan fikir ye, sebab walaupun sekarang I'm not single but it's complicated. very-very complicated. Nantilah ada masa saye terangkan kenapa ia sungguh kusut bak benang yang terkusut.

Cepatlah masa berlalu. Mahu mengerjakan kerja secepat mungkin dan mengerjakan cuti se'enjoy mungkin. Seronoknya!!!

Mi maggi, cepat dimasak, sedap dimakan????

Hidup saye macam orang bujang....

Oppsss memang saye bujang kan, bilakah masanya saye bernikah?. Hari ni jadual kerja sangat terbaik. Masuk pukul 4 petang, balik 10.30 malam. Terbaik ke? Hahaha sumpah saye suka. Sebab pertama saye boleh bangun lewat-selewatnya. Sebab kedua saye tak perlu opening. Jadi kerja saye tak rumit sangat.

Hari ni customer memang tak ramai, biasalah weekday pulak. Paling ramai mat-mat arab dan mat-mat negro. Memang diorang ni penggemar setia sundae kot.

"How much is oreo McFlurry?" -gila kuat mat arab tu cakap dengan aku. Terkejut den.
"4.05, sir." - gila sopan aku membalas.
"Ok, gimme 3, err how much?."
"12.15..."
"It's so cheap, r u sure?"
- hek eleh mamat ni, murah salah, mahal salah. Tapi takpe lah itu tandanya dia banyak duit.
"I give u rm13. Keep da change ya."

..........................


Opsss beralik kepada cerita orang bujang tadi, saye mengerjakan lunch dengan makan maggi telur mata. Sangat enak dimakan panas-panas. Emm emmm sedapnya.






- sediakan bahan secukupnya-



- Walaupun belum sedia untuk dimakan, tetap nampak enak-



- telur mata terpecah.....tapi tetap enak T__________T


Tengok bukankah kehidupan saye sangat macam orang bujang?????

Tuesday, June 1, 2010

hidup bagai lampu dinding

Hidup saye makin tragik.

Cewah, saje je nak kasi gimik gempak bila letak intro macam tu. Tapi jujur saye kata yang terlampau banyak pengalaman pelik yang berlaku kepada saye dan kawan-kawan sepanjang tinggal di 1006 ni. Sebab 1006 bukan cuma dihuni oleh saye dan kawan-kawan sahaja, tetapi dihuni oleh beberapa orang yang aneh-aneh yang kisah hidup mereka mungkin lebih tragik. Contohnya kakak 1 yang berusia lanjut tetapi masih tidak mendapat jodoh, kakak 2 yang bermuka talam 2 (talam 2 muka), dan kakak 3 yang kuat cemburu, mungkin berasa insecure sebab kurang cantik. Takut cinta kekasihnya berubah arah. (Fuhhh ayat cinta yang berbisa)

Kakak 1.

Dah jarang bersua muka dengan dia sekarang. Sejak kejadian kecurian dulu. Lagipun dia yang menjadi mangsa, so mungkin dia trauma nak tinggalkan bilik secara kerap kot.
Rasa-rasanya saye baru 2 kali bertegur sapa dengan kakak 1. Ayat yang selalu digunakan ialah:

"Masuk kerja pukul berapa kak?"

Kakak 2.

Nama gelaran untuk dia adalah "roti". Sebab nama sebenar kakak 2 berkaitan dengan jenama roti@biskut yang terkenal. Errr mungkin hup seng, atau biskut cap ping-pong?? Tidak, tidak, tidak....
Super peramah, sangat baik hati, caring and loving. Tapi sayangnya semua tu cuma hipokritasi yang dilakonkan oleh kakak 2. Perangai sebenar ialah, sangat busuk hati dan dengki. Selalu mengkutuk saye dan kawan-kawan kepada kakak 3. Oh ya dia juga menyebarkan rumor yang bf kakak 3 sudah pandai curang. Kononnya bf kakak 3 suka salah seorang daripada kami. "Hello, kami tau kami hotties. Setakat Bf kakak 3 tu, bagi free pun kita tak nak OK!" (berkata sambil berlagak hot)

Kakak 3.

Fizikal agak besar. Kalau kat rumah memang serabut. Mungkin jarang menyikat rambut. Kalau kat tempat kerja agak tip-top. Bekerja di tempat yang agak eksklusif.
Sebelum berjangkit dengan virus fitnah kakak 2, kakak 3 agak baik dengan kami. Masih boleh tersenyum jika terserempak. Sekarang mungkin dia sangat membenci kami. Hmm ada aku kesah??

.......................

Kadang-kadang saye sampai boleh gelak sorang-sorang bila terfikir pasal mereka-mereka ni. Semoga ada hikmah disebalik semuanya.