Thursday, May 20, 2010

Cuti Bersalin

Hari guru dah lepas kan....tapi saye tetap nak ucapkan happy teacher's day kat semua guru-guru yang pernah mengajar saye. Tq soooo much!!!! Kepada sesiapa walaupun bukan formally as a teacher tapi pernah bagi saye ilmu-ilmu yang berguna still saye nak ucapkan jutaan terima kasih.

Oh ada pengumuman. hari ini saye diishtiharkan cuti bersalin. Ha? bukan, bukan, saye bercuti hari ini. Jadi tiadalah keTENSIONan melayan customer yang bermacam kerenah.

Sebab saye masih remaja jadi saye mengambil keputusan untuk keluar berpoya-poya. (hek eleh ayat tak boleh blah bukan) Seronaknya berhabis masa bersama kamu. Tapi saye minta maaf atas kelewatan saye selama 1jam 38minit. saye tahu kamu marah sebab kamu tak sorokkan pun perasaan marah kamu tu d:

"Lambatnye, tau tak dah berapa lama I tunggu kat sini..."
"Sorry la.....(dan beberapa ayat cinta untuk pujuk si dia. Tak boleh tulis disini nanti kamu muntah.)

Selepas beberapa ketika ayat-ayat cinta saye masih tak mampu mencairkan keEGOan si dia, saye pun berkata

"Eleh U baru tunggu I 1jam 38minit pun nak kecoh. Habis tu I yang tunggu u 4 5 jam ni takpe pulak"

Heee bengang gila dia dengan saye. Agaknya kalau saye ni anak kucing mesti dia dah campak saye dalam laut. Nasib baik saye ni anak orang.

Kami pergi makan KFC, lepas tu makan McD, lepas tu Kenny Rogers, lepas tu A&W. Hahaha farah tipu. Cuma meratah ayam di KFC dan mengerjakan sundae di McD. "Yang lain-lain tu next time eh U belanja I. I tunggu U gaji;)"

Seronoknya cuti!!!, Tapi kenapa dapat cuti sehari je? kenapa tak bagi cuti 6 hari seminggu? Esok dah kena mula berkerja. Dah kena menatap Encik Mc badut berambut merah berbaju kuning.

Well, that's what I choose, so what to do......terima jak dengan redha.

No comments: