Tuesday, May 11, 2010

chocholate, strawberry, manggo, pic

Seminggu sudah...

Seronoknya kerja. kawan-kawan semuanya happening sampai saye jadi pening. Mungkin dah jadi trademark tempat ni kot semua pekerja ramah & mesra. Cuma kadang-kadang kerenah customer tak larat nak layan.

"Hye Bang!" (nada ceria giler)
"Jangan la panggil abang, muda lagi.." (nada manja)
"Ok, Hye dik"
"Adik? Panggillah sayang ke sedap sikit dengar..."

"Sikitnya ais krim ni!"
"Maaf kak ini memang standard kami."
"Honey, just look at this, this is too much. (ngadu kat boyfriend) I tak kira, I nak report kat manager U!"

"Hye selamat datang!"
"Eh, saje je singgah, tak nak beli pun."
"Hek eleh" (dalam hati)

"Cik Farah bila habis kerja ye?" (mesti kes tengok nama saye kat name tag)
"Kenapa?" ( senyum, pura-pura ikhlas)
"Jom tengok wayang."
"Tak nak lah, takde movie best."
"Iron man??"
"Tak minat."

"kakak, kakak, nak tisu, ayah kite bagi tumpah ais krim..."
"Kejap ye dik."
(lepas dah bagi tisu sebanyak 3 keping, kanak-kanak itu masih tidak berganjak. Cepat lah pergi dik, akak ini banyak customer lain nak layan.)

"Ok 2 cornetto sundae, thank you."
"Hmm lain kali taruk la dalam plastik. (nada sombong nak mampus)
"hek eleh, what the fish" ( dalam hati ja)

Banyak benda nak cerita, tapi nanti lah saye cerita lagi...

No comments: