Friday, May 28, 2010

Happy Birthday To You

ULANG TAHUN KAMU BAKAL TIBA KAN......


Selamat Ulang Tahun Sayang,
Kini Kau Bersayap,
Pergilah terbang....

(selebihnya sila dengar sendiri lagu Imran Ajmain...'selamat ulang tahun sayang')

...............................

Hari ni saye cuti tapi pagi-pagi lagi dah kecoh, ada kejadian kecurian di rumah sewa. Memang tak sedap hati bila dah jadi benda-benda macam ni. Since kitaorang orang baru kat rumah ni, mungkin ada yang syak saye dan kawan-kawan. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Depan saye dan kawan-kawan memang lah diorang senyum je, tapi kalau dalam hati diorang kutuk kami, manalah saye tahu kan...?

Malas nak fikir pasal tu semua. Kat rumah sewa ni, kami semua mempraktikkan semangat indiidualisme kat sini. Hal aku, hal aku, hal kau ada aku kesah? Aiceh, gila sombong kau ni Farah.

Daripada sibuk-sibuk hal orang baiklah kita mengerjakan tidur di waktu cuti sepuas hati. Jom tidur.

...............................

Boringnya...jom lepak McD merangkap tempat kerja





-M untuk makan

l

-model baru McD, khas untuk promo Fifa World Cup-



-Sila pusingkan laptop anda secara clockwise untuk melihat gamar ini-

Thursday, May 20, 2010

Cuti Bersalin

Hari guru dah lepas kan....tapi saye tetap nak ucapkan happy teacher's day kat semua guru-guru yang pernah mengajar saye. Tq soooo much!!!! Kepada sesiapa walaupun bukan formally as a teacher tapi pernah bagi saye ilmu-ilmu yang berguna still saye nak ucapkan jutaan terima kasih.

Oh ada pengumuman. hari ini saye diishtiharkan cuti bersalin. Ha? bukan, bukan, saye bercuti hari ini. Jadi tiadalah keTENSIONan melayan customer yang bermacam kerenah.

Sebab saye masih remaja jadi saye mengambil keputusan untuk keluar berpoya-poya. (hek eleh ayat tak boleh blah bukan) Seronaknya berhabis masa bersama kamu. Tapi saye minta maaf atas kelewatan saye selama 1jam 38minit. saye tahu kamu marah sebab kamu tak sorokkan pun perasaan marah kamu tu d:

"Lambatnye, tau tak dah berapa lama I tunggu kat sini..."
"Sorry la.....(dan beberapa ayat cinta untuk pujuk si dia. Tak boleh tulis disini nanti kamu muntah.)

Selepas beberapa ketika ayat-ayat cinta saye masih tak mampu mencairkan keEGOan si dia, saye pun berkata

"Eleh U baru tunggu I 1jam 38minit pun nak kecoh. Habis tu I yang tunggu u 4 5 jam ni takpe pulak"

Heee bengang gila dia dengan saye. Agaknya kalau saye ni anak kucing mesti dia dah campak saye dalam laut. Nasib baik saye ni anak orang.

Kami pergi makan KFC, lepas tu makan McD, lepas tu Kenny Rogers, lepas tu A&W. Hahaha farah tipu. Cuma meratah ayam di KFC dan mengerjakan sundae di McD. "Yang lain-lain tu next time eh U belanja I. I tunggu U gaji;)"

Seronoknya cuti!!!, Tapi kenapa dapat cuti sehari je? kenapa tak bagi cuti 6 hari seminggu? Esok dah kena mula berkerja. Dah kena menatap Encik Mc badut berambut merah berbaju kuning.

Well, that's what I choose, so what to do......terima jak dengan redha.

Tuesday, May 11, 2010

chocholate, strawberry, manggo, pic

Seminggu sudah...

Seronoknya kerja. kawan-kawan semuanya happening sampai saye jadi pening. Mungkin dah jadi trademark tempat ni kot semua pekerja ramah & mesra. Cuma kadang-kadang kerenah customer tak larat nak layan.

"Hye Bang!" (nada ceria giler)
"Jangan la panggil abang, muda lagi.." (nada manja)
"Ok, Hye dik"
"Adik? Panggillah sayang ke sedap sikit dengar..."

"Sikitnya ais krim ni!"
"Maaf kak ini memang standard kami."
"Honey, just look at this, this is too much. (ngadu kat boyfriend) I tak kira, I nak report kat manager U!"

"Hye selamat datang!"
"Eh, saje je singgah, tak nak beli pun."
"Hek eleh" (dalam hati)

"Cik Farah bila habis kerja ye?" (mesti kes tengok nama saye kat name tag)
"Kenapa?" ( senyum, pura-pura ikhlas)
"Jom tengok wayang."
"Tak nak lah, takde movie best."
"Iron man??"
"Tak minat."

"kakak, kakak, nak tisu, ayah kite bagi tumpah ais krim..."
"Kejap ye dik."
(lepas dah bagi tisu sebanyak 3 keping, kanak-kanak itu masih tidak berganjak. Cepat lah pergi dik, akak ini banyak customer lain nak layan.)

"Ok 2 cornetto sundae, thank you."
"Hmm lain kali taruk la dalam plastik. (nada sombong nak mampus)
"hek eleh, what the fish" ( dalam hati ja)

Banyak benda nak cerita, tapi nanti lah saye cerita lagi...

Saturday, May 1, 2010

Baju putih

Wanna know my recent activity? Gosh, really have no time to explain. Cuma sempat upload sedikit gambar. Selebihnya predict lah sendiri apakah aktiviti saye sekarang.




Sila bulatkan jawapan anda.

Adakah gaya kami seperti

a)reject model?
b)pemandu kapal terbang kurang tauliah?
c)ahli akedemi fantasia (Islamic Version)
d)Tyra Bank






Apabila penat memang kita akan berposing dengan gaya yang aneh. Contohnya, leher saye nampak lebih panjang daripada yang sepatutnya. Aneh bukan.

Gadis Penjual Ais Krim

Kring Kring Kring

Mari beli ais krim dik, mahu perasa apakah?

Hahaha ini sebahagian daripada dunia baru saye, walaupun saye taklah menggunakan dialog diatas. Dialog saye yang sebenarnya lebih formal dan sedap bunyinya.

"Welcome to tuuuttttt, can I take ur order sir"

Opss dunia apakah? Ini dunia baru saye. Saye bekerja sekarang.

Hari ni jual ais krim, esok lusa apa lagi yang saye perlu buat yeh.....

Esok saye akan berlibur. Yay! mahu mengerjakan tidur dengan penuh khusyuk. Mahu bermimpi yang indah-indah.