Friday, April 16, 2010

Sudah mahu beralah.

Okey mari kita simpan kisah cinta kita dalam periuk nasi jenama Panasonic, kerana bila dah simpan disitu "orang-orang yang berkenaan" tak sakit hati. Jadi buat masa sekarang takkan ada entry berunsur lucah heeee silap entry berunsur cinta disini. Nanti kita masukkan kisah-kisah teladan atau hikayat Musang Berjanggut Ungu (saje je tambah)

Baikknya hati. Ye hati Farah memang baik, sebab tak suka tengok hati orang lain sedih dan runsing. Ceh puji diri sendiri!!

Eh mana ada puji diri sendiri, ada orang puji saye tau tak. Dia cakap saye pandai masak, tapi masak maggi jak. Dulu saye pernah masakkan beliau maggi tomyam. Dah lama dah pun, 2 tahun lepas, tapi beliau masih teringat keenakkan masakkan segera saye tu. Sampaikan beliau membuat perbandingan yang sungguh hiperbola.


"Maggi kamu sedap sangat. Terasa macam makan lobster."


Alahai, selepas dua tahun kenapa baru sekarang kamu cakap pada saye. Kalau tak, mungkin sekarang saye dah masuk pertandingan ka Cung Kitchen tak pun Iron chef, dan dikenali sebagai chef two ( pengganti chef wan ). Hahaha gerek sungguh statement ini. Masak maggi jak tapi bangga 32 inci.

Mak saye masak apa ye dirumah hari ni? Mesti sedap macam selalu. Eh sekarang mak saye jarang masak, kakak saye yang jadi raja dapur. Kalau kakak saye jadi raja dapur, saye jadi apa? Saye jadi "raja tepi kolam, mahu jemur tepung, datang burung hitam, patuk batang hidung." eh eh ternyanyi pulak. Saye mahu jadi raja drama lah. Macam lagu Hitam feat Jumpa Pakcik Husin atau dalam erti kata sebenarnya Black feat Meet Uncle Husin.

Jam pukul berapa sekarang. (raba-raba dalam gelap cari jam.) Susah-susah je cari jam, tengok jam besar di desktop kamu sudah. Eh dah pukul 3.30pagi lah. Saye mahu tidur.

No comments: