Monday, April 26, 2010

Sajian Emak



Black Paper steak



ikan terubuk bakar+air asam.



....

Mana lagi sedap, ikan terubuk bakar + air asam buatan emak ataupun black paper steak di stesen kopitiam??

Perbandingan ni tak similar ye tak? Susah la nak compared sebab steak western food ikan terubuk Malaysian food (hehehe). Tapi sebab ikan terubuk bakar adalah dimasak oleh emak dengan penuh kasih sayang, maka dah tentu ikan terubuk bakar lebih sedap.

Memang sedap secukup rasa. Sila lap air liur yang meleleh tu ya. Saye makan bertambah-tambah dah terasa tidak mahu berhenti. Tapi sebelum perut meletup akibat overload baik saye segera membatalkan niat untuk tambah lagi satu pinggan.

Duduk di rumah, saye tak akan ada topik lain yang lebih menarik untuk berkongsi dengan kamu melainkan menu-menu yang menarik yang emak saye masak. Dari celik mata sampai pejam mata saye boleh makan macam-macam secara bufet. Gembira bukan.

~Sarapan pagi

Nasi lemak + pulut panggang + apam + teh 'O'

~Lunch

Sambal tumis udang + pecal + sambal belacan + ulam raja + ikan goreng + sup carot dan udang (ini makanan anak saudara saye, tapi sebagai maksu penyayang kami telah berkongsi) + air sirap selasih

~Minum petang

Bubur kacang + air kopi

~Makan malam

Tidak disediakan kerana kami semua ahli persatuan diet. Bagus bukan.

~Supper

Saye tak mampu tak makan malam jadi saye men"supper"kan diri dengan makan nasik + telur goreng mata + kicap.

Tak termasuk kudap-kudapan yang dimakan ketika sedang online dan ketika menonton cerekarama.

No comments: