Friday, April 9, 2010

Ketupat

Saye suka tidur, sebab bila saye tidur saye akan mimpi yang indah-indah. Betul ni, setakat ni saye jarang mimpi ngeri lagi (dikejar hantu, mengejar hantu, tengok burung hantu) Adalah setahun 2,3 kali saye mimpi benda-benda tak senonoh macam tu. Mungkin kerana saye konsisten untuk mencuci kaki sebelum tidur. Dan paling penting baca doa tidur ya. Kalau tak ingat sila rujuk buku doa-doa harian.

Malam tadi saye mimpi buat ketupat bersama mak, ayah dan adik-beradik. Maksud saye buat ketupat tu memang betul-betul buat ketupat ye, bukan mengumpat atau apa-apa yang sewaktu dengannya.

Memang nice kan dapat mimpi mak kita, ayah kita, adik-beradik kita. Terasa lepas rindu sekejap. Tapi bila bangun pagi tadi ( pagi saye agak lewat berbanding pagi kamu..mungkin) saye terfikir-fikir kenapa saye mimpi buat ketupat. Kenapa ketupat? Kenapa bukan sushi ke, nasi ayam ke,

Jadi saye telah membuat kesimpulan berdasarkan mimpi saye :

1) Mungkin petanda bahawa raya tahun ni, semua ahli keluarga akan berkumpul di Trolak.
2) Mungkin saye atau ahli keluarga saye yang lain teringin nak makan ketupat (erm erm sedapnya makan dengan rendang ayam...yam yam yam)
3) Mungkin ada orang nak masuk meminang saye kot ( jadi kami semua buat ketupat untuk dijamu kepada pihak lelaki..aiceh!!!)

Mimpi cuma mainan tidur. Tapi ada orang kata kalau kita mimpi di satu tempat, maknanya roh kita pergi ketempat tu. Nasib baik roh saye cepat-cepat balik ke tubuh saye, dibuatnya dia stuck kat tempat buat ketupat tu untuk menikmati ketupat buatan Mak Nah ( mak saye shehehee) yang sedap, enak dan lemak tu, mungkin sekarang ni saye masih di atas katil, mengerjakan tidur dengan penuh khusyuk.

Alamak bila dah mimpi pasal ketupat, saye terasa nak dengar lagu dendang perantau pulak. lalala

No comments: