Tuesday, April 20, 2010

Jalan-jalan pakai kaki itik

Tadi saye makan instans soup jak. Tak sedap sangat pun tapi bantai sebab lapar. Kesian kan. Bila nak dapat makan sedap-sedap ni.

Erm makan sedap sebenarnya sudah. Hari sabtu lepas. Yum yum yum...Walaupun hujan lebat, kami masing-masing tabahkan hati untuk teruskan perjalanan ke destinasi untuk melampiaskan nafsu. (huhu ayat macam terlebih sudah).


Destinasi pertama: Kajang


Makan apa hari ni? Erk? kenapa tanya soalan tu, saye paling tak suka nak jawab soalan tentang makan.





Enaknya, sedapnya, kuahnya em em mengancam. Eleh saye sengaja hiperbola disitu sebab nak buat kamu cemburu sama perut saye. Sebenarnya makanan-makanan tersebut tidaklah seperti yang digembar-gemburkan, rasanya sama seperti sate je. sebab ia sememangnya sate.

Destinasi kedua : Bangi

Pasar malam Bangi sebenarnya. Tak sempat nak capture gambar walau satu pun. Yelah sesak pulak, tak sempat la nak bergedik depan camera.

"Eih, tak tahan la tempat ni, banyak asap, bau bundle pulak tu!"
"Chill, nanti kita pergi pavilion yeh."

Hehehe kesian kawan saye, tak tahan dengan suasana pasar malam. Tak apa next time kita pergi tempat yang tenang dan tak sesak ye...erm mana ye? Oh saye tahu Tanah Perkuburan Islam. Okeh???

Part paling best dan paling mengiurkan, mestilah kepak ayam madu....tapi not as nice as chicken wing kat Seri Serdang la. Sedikit kecewa walaupun makan kepak tu sampai menggigit tulang

Destinasi seterusnya : Final destination eh bukan Putrajaya

Aishh, sesat-sesat nak cari dataran depan masjid tu, macam dah gila lama tak jejak Putrajaya.

Duduk punya duduk, sembang punya sembang, tiba-tiba terlihat aksi American funny home video. Aishh jahat ah kamu gelakkan anak orang jatuh kolam. (sebenarnya bukan kolam, macam longkang jak, tapi taulah putrajaya kan, semuanya indah. Longkang pun consider kolam:))

"Eh laju je budak ni bawak basikal" kata saye sambil tengok budak lelaki umur dalam 5 tahun sedang bawak basikal melalui jambatan kecil kat kolam.

Tiba-tiba, kejadian berlaku dengan pantas gila. Saye pun tak perasan, cuma dengar kawan saye jerit.

"Eh adik!" sambil berlari mendapatkan budak lelaki yang dah tersadai dalam kolam tu. Ada seorang lelaki tak dikenali dan seorang wanita juga tak dikenali turut menghulurkan bantuan. Saye? tergamam.

"Eh, adoi...sakit..." suara budak tu macam sakit je, Ok ke tak ni? (bisikan dalam hati saye je)

Tapi lega bila tengok budak tu boleh berdiri dengan penuh cool. Aishh nasib baik.

"Mak mana dik?" soalan daripada siapa saye pun tak pasti.

"Tadi mak ada kat sana, hujung sekali." petah gila budak ni cakap. Comel lak tu.

Pastu, selamba jak budak tu naik basikal dalam keadaan basah lencun berlalu dari situ.

Ha ambil, nasib baik tak dalam airnya, so budak tu dijamin takkan lemas. Kepada ibu bapa yang rajin bawa anak beriadah, ingat ye, beriadah memang elok tapi kena lah alert sikit dengan keselamatan anak anda. tengok sampai saye pun terbebel-bebel disitu.

Destinasi terakhir : Kolej ke tuuuuttttt (taknak bagitau kamu tempat tinggal saye)

Oppss sudah larut malam, kenalah cepat-cepat balik sebab suami sudah tunggu dirumah. Aiyak, statement miang terkeluar sudah. Sebenarnya kena balik segara untuk mengerjakan tidur. Cepat, cepat, cepat.

Nanti ada masa kita keluar berpoya-poya lagi ye kawan-kawan. ;)

1 comment:

izan salleh said...

kuang ajaqqqqqq...
mai sini tak bgtaw!
huh!