Sunday, April 25, 2010

Jagung rebus 1...siap!!!!

Jom masak bersama chef wan eh chef wan plak chef two......

Bahan-bahan yang diperlukan

1) Garam
2) Jagung yang berwarna kuning, kale biru tak mau k
3) 1 liter air. Ikut suka nak air apa pun
3) Heater

So kita nak masak apa sebenarnya ni, err kalau tak salah nak buat sweet corn,tapi sebab bahan-bahan sangat terhad jadi kita buat jagung rebus sudah.



Tengok tu bahan-bahan sudah disediakan. Nampak tidak, jagung tu warna kuning yang menyelerakan....



Eh, eh tadi cakap nak buat jagung rebus, tapi kenapa ada periuk stim ni??. Jangan risau sebenarnya saye rasa antara jagung rebus dan jagung kukus, jagung kukus lebih berkhasiat. Bukan kah begitu?? (Farah tipu) Sebenarnya jagung rebus yang dikejakan tak berjaya masak. Gila ah, macam mana nak betul-betul masak kalau kau just rebus dalam heater yang comel tu, jadi jalan mudah kita kukus saja. Begitu mudah kan.

Makan sudah..what to do???

No comments: