Thursday, April 15, 2010

Dari kerana kata

Lama saye tak online. Atas alasan apa? Sekarang kan tengah final exam jadi saye tak boleh online dengan kerap.

"Eh macam free je, sekarang budak U ngah sibuk final kan?"
"Tak study ke?"
"Best la ko, selalu je online, mesti dah abes study kan."

Berikut antara komen-komen kawan-kawan yang cemburu dengan saye, yelah masa saye banyak daripada kamu hehehe.

Rileks ye kawan-kawan, Masa saye sama je dengan kamu semua. Kita masing-masing ada 24jam untuk 1 hari. Kalau kamu sibuk saye juga sibuk ( atau menyibuk:) )

Akhir-akhir ni cuaca panas sangat, jarang hujan. Eh blog Farah dah jadi tempat ramalan cuaca ke?? Hehehe saye cuma buat statement manja disitu. Memang cuaca panas lately, Setiap malam tidur sambil mandi@ tidur basah (bukan mimpi basah). Maksudnya tidur dan berpeluh-peluh. Tapi saye tak berani nak merungut sangat, takut nanti dikatakan tak bersyukur pulak.

Panas salah, hujan salah. Dah nama pun manusia kan. Never satisfied with what they had. Sama lah macam orang yang menulis ni. Eh bukan, bukan, samalah dengan jiran mak cik tiri belah atuk sedara kamu. (eh salahkan orang lain pulak). Hehehe saye sedar saye pun selalu tak puas hati dengan apa yang ada. Contohnya, baru je lepas makan BigMac, lepas tu teringin pulak nak makan Big Apple, bila dah lalu depan deretan Big Apple yang menyelerakan tu taknak pulak beli. Terus je jalan tanpa mempedulikan abang yang "kacak ke?" kat kedai tersebut. Lepas tu lepak-lepak depan Reject shop tengo orang lalu lalang. Kalau ada abang-abang yang lalu dan sengih-sengih, terus tarik muka dan berkata dalam hati "what the fish!" ( macam tak releven je contoh ni.)

jadi kesimpulannya marilah kita menjadi insan yang bersyukur. Opss rindunya nak makan "alien" kat big apple. Siapa mahu belanja?

No comments: