Friday, April 9, 2010

CINTA MELANKOLIA

"Ko ngan S skunk camne?"

Eh, eh siapa yang tanya saye soalan yang sebegitu. Thanks to Mr Farid make me being in melankolik mood. Hahaha, kenapa kamu nak tahu yeh?

"Dah putus? Sayangnya, dulu macam belangkas."

Komen-komen yang Mr Farid berikan memang buat saye sentap. Saye cuma mampu menjawab.

"Sekarang pun macam belangkas lagi ape....cuma dah tukar status. Bkn Couple tapi kawan je."

Saye jujur. Memang kami masih berkawan baik. Tapi saye sebenarnya tak percaya lelaki dan perempuan boleh menjadi kawan yang sebegitu baik. Sepanjang kami berkawan, cara layanan dia pada saye masih tidak berubah. Panggilan dia untuk saye masih sama (nama panggilan yang manja taw. Kalau saye mention kat sini, kamu vomit pulak) Memang tak ada beza sangat. Dan dia masih mahu mengajak saye pergi kemana-mana bersama.

"Next month nak pergi libur(eh eh dia tak guna perkataan libur, saye je yang tukar) dengan kawan-kawan. Nak ikut?"

Saye tak mahu ikut. Bukan sebab tak mahu, tapi sebab taknak perasaan yang dah layu ni berbunga-bunga pulak (ayat jiwa-jiwa, buat saye gelak je. Hep kamu jangan gelak ok) Tapi jujur, saye mahu mengelakkan diri dari dia. Saye mahu mulakan hidup baru.

"Mintak tolong boleh? Tolonglah jangan cari saye lagi" Saye kata pada dia.

"I'm sowie, I can"t do as u wish." Jawab dia pada saye.

Ewahhh senang je kamu jawab begitu ye. Saye ni apa?? Melukut di tepi gantang ke? (cekak pinggang macam mak marah anak dia)

Malam tadi dia called saye lagi. Macam biasalah waktu normal dia called mesti pukul 3-4 pagi. Saye malas nak layan pada mulanya. Ngantuk wei. Time tu saye baru nak betul-betul lena. Tapi akhirnya kami tetap berborak dengan mesra ( vomit la kalau geli. ) Saye cerita macam-macam benda pada dia. Kebetulan memang macam-macam benda terjadi akhir-akhir ni. Perbualan berlanjutan dengan penuh suka. kami ceritakan hal masing-masing tapi bukan pasal hati atau perasaan. Cuma perbualan normal yang selalu berlaku antara kawan-kawan.

Yess, memang kami berjaya menjadi kawan biasa sekarang. Tapi esok-esok saye memang tak boleh jamin yang saye tak akan terfeeling-feeling pada dia.

Ex-boyfriend will never be your Friend. Saye tahu itu. Saye pernah baca tentang itu.

"The friendship will never last forever. You just make yourself into a bowl of hot soup. "

A ah yeh, memang betul pun. Macam mana kalau Dia dah ada girlfriend lain satu hari nanti, mungkin ke saye boleh berkawan lagi dengan dia. Perempuan tu (GF dia) mesti lah cemburu. Saye mestilah jadi mangsa cemburu. Silap-silap muka saye akan dicakar-cakar dan rambut saye akan ditarik-tarik. Aiyak! takut la.

Jadi, mesti jauhkan diri pada dia la kan. Tapi macam mana???

"Buang semua account kat internet. Myspace, Tagged, Friendster, Facebook, Twitter, E-mail, G-mail..."

"Tukar No telefon."

"Tukar Universiti"

"Pindah rumah"

Amboi melampaunye sampai pindah rumah bagai. Tahap imiginasi memang tinggi sampai saye terbayang saye tinggal diluar negara sebab nak jauhkan diri dari dia. Hahaha Cik Farah ni memang suka mengarut.

Sampai sekarang pun masih tak tahu nak buat apa. Tak payah buat apa-apa lah senang.

No comments: